Khalid Samad, begitu angkuhnya kamu!

Khalid tidak gentar amaran Jais

SHAH ALAM - Amaran yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) supaya tidak ada individu yang berani mempertikaikan keputusan yang dibuat Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berhubung isu penggunaan kalimah Allah, sedikit pun tidak menggugat kelantangan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Menurutnya, beliau akan terus memberikan pandangan selagi tidak mendapat maklumbalas yang berasas dan kukuh daripada jabatan itu khususnya mengenai isu tersebut.

“Saya akan terus bercakap sehingga mereka (Jais dan Mais) memberikan jawapan dan respons yang kukuh kepada persoalan yang saya bangkitkan.
“Saya minta Jais beri penjelasan.....bukannya amaran keras ataupun ugutan. Saya beri (pandangan) dengan dalil sepatutnya mereka (Jais) beri penjelasan dengan dalil juga,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Khalid berkata, Jais tidak seharusnya mengamalkan sikap ‘aku buat keputusan, kamu ikut’ jika mereka tidak dapat memberikan hujah yang kukuh.
Kata beliau, walaupun ada keputusan-keputusan yang telah dibuat sebelum ini tidak bermakna ia tidak boleh menerima pandangan baru berikutan perkembangan semasa.
(sinar harian)


Komen Blogger
Mentang-mentang la ada kuasa politik,jangan anda sekalian lupa...rakyat yang memilih kamu semua.....takkan la pihak yang pihak2 berkuasa dlm hal-ehwal agama Islam pun nak dilawan.Ini umpama melawan Kuasa Sultan S`gor....Terer la hang nie Khalid...pengkhianat rupanya....Patut la hang bg bina kuil kt kawasan majoriti Melayu lebih dr 65% di S.Alam...... Tak hormat langsung dengan agama yang sama2 kita anuti.....Hang ni Islam mcmana agaknya ekk?demokratik sgt ke?....Dan rakyat akan terus melihat dan memerhati

1 comment:

  1. dah jadi tuhan kristian,,,apo nak dikato...
    nampaknya terasa diri terlebih pandai drpd ulamak2 yg mengatakan
    TIDAK BOLEH,,,seperti dato Haron Din, ustaz Harussani, ustaz Taib
    dan ramai lagi. Aku kesal dengan ada nya org yg seperti ini....
    angkuh, takbur bukan sifat orang islam...sedarlah.

    ReplyDelete