Kekalutan Pakatan hapraq berterus-terusan, masa la ni jugak Jeff ooi kena saman!!


PULAU PINANG, Feb 1 — Bekas ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Mohd Razali Abdullah menfailkan saman sebanyak RM10 juta terhadap Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun hari ini kerana memfitnahnya dengan niat jahat termasuk mendakwanya ekstremis Islam.

Mohd Razali Abdullah yang juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan saman melalui peguamnya, Abdul Fareed Abdul Gafoor di Mahkamah Tinggi di sini.

Pernyataan tuntutan itu menjelaskan, Ooi (gambar) yang juga Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri membuat kenyataan seumpama itu mengenai plaintif secara berulang dan disiarkan dalam surat khabar tempatan, laman web dan portal Internet.

Menurut pernyataan tuntutan dalam writ saman itu, perkataan yang dikeluarkan itu adalah tidak berasas dan difahamkan sebagai membawa makna seperti fitnah dan berniat jahat dan dinyatakan secara sindiran.

Mohd Razali berkata tindakan saman itu dibuat selepas Ooi masih enggan membuat permohonan maaf walaupun telah diberikan tempoh yang agak lama.

Sementara itu, Ooi berkata, beliau menerima apa saja tindakan yang diambil Mohd Razali terhadapnya dan semuanya akan diuruskan oleh peguamnya.

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/51582-bekas-ahli-mppp-fail-saman-fitnah-rm10-juta-terhadap-jeff-ooi

AS
Kita dapat lihat kebelakangan ini berantakan keluarga pakatan haprak makin menjadi-jadi. Dimulai dengan YB Azan letak jawatan dalam PKR, Kes Zulkifli Nordin, tindakan disiplin kepada Khalid Samad dan Hassan Ali, Kritikan terbuka Zahrin kepada LGE,Kritikan MP Nibong Tebal PKR terhadap LGE dan maaacam-macam lagi dapat kita saksikan tak habis-habis isu paktan haprak mewarnai dunia politik negara.

Yang terbaru, kes yang sudah lama dan AS sendiri ingatkan dah reda atau tutup buku,
rupa-rupanya nak meledak pun pada masa sekarang ini juga. Apakah agenda pemimpin-pemimpin pakatan haprak yg semuanya saling menelanjangi antara satu sama lain.
Adakah ia taktik untuk mengalihkan pandangan terhadap kes Brader Anwar Bin Ibrahim yang akan dibicarakan mulai esok? Ataupun semua mereka ini dah jelak atau sedar yang Anwar Ibrahim sememangnya seorang peliwat tegar?

No comments:

Post a Comment