Fakta Menarik Di Parlimen Hulu Selangor


Alfatihah, Pertama sekali mari sama-sama para pembaca kita sedekahkan buat Arwah Datuk Dr Zainal Abidin Ahmaf.

Ahli Parlimen PKR Hulu Selangor Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia jam 9.27malam ini setelah sekian lama mengidap sakit barah otak.Beliau yang merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor semasa zaman dalam BN dulu meninggal dunia di kediamannya di Kajang.

Sebelum ini beliau beberapa kali menjalani rawatan di Pusat Perubatan Pantai.Ekoran kematian Allahyarham Dr Zainal,71 satu pilihanraya kecil kawasan parlimen Hulu Selangor pulu diadakan dalam tempoh 60 hari.

Semasa pilihanraya umum Mac 2008 beliau menewaskan calon BN yakni Timbaalan Presiden MIC Datuk G Palanivel hanya 198 undi sahaja.Allahyarham mendapat 23,177 undi manakala Palani 22,979.Mengikut daftar pemilih Mac 2008 terdapat seramai 63,593 pengundi di kawasan parlimen berkenaan.Di kawasan Hulu Selangor BN memenangi ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri tetapi kalah kerusi Parlimen.-

BERIKUT DISERTAKAN KEPUTUSAN PRU 12 DI PARLIMEN HULU LANGAT DIMANA BN TELAH MENANG DI KETIGA-TIGA DUN TETAPI TEWAS DI PARLIMEN. DENGAN SENARIO POLITIK SEKARANG, BN SEHARUSNYA MENGAMBIL KESEMPATAN YANG TERBAIK DAN MEMILIH CALON YANG TEPAT MEMANDANGKAN MAJORITI TEWAS PADA PRU 12 MASA LALU HANYA 198 UNDI, SUATU JUMLAH YANG TIDAKLAH SUKAR UNTUK MENGUBAHNYA KE ARAH KEMENANGAN.

NAMUN BN DIINGATI SEKALI LAGI JANGANLAH MERASA 'OVER KONFIDEN' KERANA JUAK-JUAK PAKATAN HAPRAQ SUDAH PASTI MENGGUNAKAN 1001 TEKTIK KOTOR UNTUK MENGEKALKAN KERUSI PARLIMEN PKR MEREKA YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN KURANG!

P94 HULU SELANGOR

Jumlah Pengundi: 63,593
Peratusan Kaum: M:53.94% C: 26.67% I: 18.98% L:0.41%

1. Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR) (23,177)
2. Datuk G. Palanivel (BN) (22,979)

Majoriti: 198
Jumlah undi: 47,622
Peratus mengundi: 74.89%
Undi rosak: 1,466

Penyandang: Datuk G. Palanivel (BN)
(Majoriti: 14,483 undi)


N5 HULU BERNAM

Jumlah Pengundi: 17,549
Peratusan Kaum: M:67.7% C: 17.2% I: 14.8% L: 0.3%

1. Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (BN) (7,985)
2. Sukor Ali (Pas) (4,436)

Majoriti: 3,549
Jumlah undi: 12,739
Peratus mengundi: 72.59%
Undi rosak: 318

Penyandang: Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (BN)
(Majoriti: 6,551 undi)



N6 KUALA KUBU BAHARU

Jumlah Pengundi: 18,212
Peratusan Kaum: M: 32.3% C: 45.5% I: 21.5% L: 0.7%

1. Wong Koon Mun (BN) (6,555)
2. K. A. Ramu (DAP) (6,107)

Majoriti: 448
Jumlah undi: 13,211
Peratus mengundi: 72.54%
Undi rosak: 549

Penyandang: Datuk Ch'ng Toh Eng (BN)
(Majoriti: 7,456 undi)


N7 BATANG KALI

Jumlah Pengundi: 27,832
Peratusan Kaum: M: 59.4% C: 20.3% I: 19.9% L: 0.3%

1. Mohd. Isa Abu Kasim (BN) (11,724)
2. Mohd. Nashruddin Abd. Aziz (PKR) (9,545)

Majoriti: 2,179
Jumlah undi: 21,673
Peratus mengundi: 77.87%
Undi rosak: 404

Penyandang: Datuk Zainal Abidin Sakom (BN)
(Majoriti: 8,828 undi)

No comments:

Post a Comment