Guan Eng pengotoq penternak tikus berjaya di Georgetown!

SM MOHAMED menunjukkan tikus bersaiz besar yang ditangkap serta gambar-gambar tikus yang pernah dimusnahkan di George Town semalam.


GEORGE TOWN - Nama-nama seperti Jalan Chowrasta, Jalan Penang, Jalan Macalister dan Jalan Burmah di sini memang cukup terkenal sebagai lokasi tumpuan pelancong.

Namun di sebalik populariti itu, disebabkan pengabaian kebersihan dan sikap ambil mudah segelintir golongan peniaga menyebabkan lokasi tersebut kini menjadi antara tempat pembiakan tikus.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris mendakwa, dianggarkan terdapat dua juta ekor tikus di George Town iaitu melebihi jumlah penduduk di kawasan itu terutama di kawasan gerai makan serta pasar.

Menurut beliau, perkembangan tersebut menunjukkan amalan pengurusan sisa dan kebersihan di negeri ini begitu rendah.

Katanya, kepesatan pembangunan bandar dan perancangan penduduk yang tidak sempurna memburukkan lagi keadaan.

AS: LGE, kalau macam ni baik toksah memerintah, Hang kata hang lebih baik dari BN dari segala segi. Kalau keadaan tikus bertambah buruk di Penang, maknanya hang dah gagal. Mana enforcement dari MPPP? Makan gaji buta saja ka? Takpun asyik duk kalut nak peroboh gerai orang melayu?
LGE ni betui la memalukan orang Penang saja. Buatla sesuatu untuk selesaikan masalah ni!

1 comment:

  1. Sokong. Penang teruk tp sepupu saya siap sokong puak sebelah Tasek Gelugor nak jatuhkan YB MP Nor Yakcob. Saya time PRU12 cukup siap kawat nak bagi menang BN, depa mau Maybank dah ada, pembangunan pun ada malah lepas setahun aku tak balik Tasek Gelugor tetiba aku boleh sesat cari jalan tak jumpa bukan apa, dulu kedai kat sepanjang jalan Sg Dua rumah papan, la ni siap bangunan yg cantik cantik. Bangga tak kira dah lalu situ. Mcm ni kita mau bawa perubahan kasi mata sihat tgk kawasan dah maju bukan menambah sakit mata.

    Puak Pakatan ni kata tak serupa bikin, BN siap bagi kemewahan pembangunan, sedap mulut mak bapak nak tahan ego kata depa yg punya projek, depa ni kira mai jalan belakang ja. Rakyat bukan bodoh pun. Seronok tgk perubahan mcm ni tak sia sia, kita tgk pulak reaksi puak pakatan ketua umum dok meliwat dgn jalan jalan cari makan kat overseas buat promote diri sendiri, muka kelat dgn basi, sedih tgk org p duduk kat galeri awan dok dengar cerita satu satu keluaq, geli laa...

    Tapi cuma satu ja..kalau thumb-up untuk Org Penang Pulau kerana pangkah Roket & Mata Syaitan. Menangis ayaq mata darah pun tak da guna, terima la seadanya untuk tempoh 5 sehingga 10 tahun akan datang khasnya anak2 muda yg fikiran tak boleh nak pandang jauh ke depan.

    ReplyDelete