''Kalau Ku Li jadi calon, BN akan kalah!”


PRK Galas; Inilah Ayat Sekadar Nak Sedapkan Hati Sendiri ataupun "syiok sendiri" : “Kalau Ku Li jadi calon, BN akan kalah!” – Mustaffa Ali.

Begitulah angkuhnya pemimpin PAS menghadapi Piliharaya Kecil DUN Galas, Kelantan. Menjawab soalan berasaskan fakta Pilihanraya Umum ke-12 yang menyaksikan undi untuk PAS berjumlah 4143 undi manakala BN pula mendapat 3826 undi. Dengan fakta ini sahaja, Mustaffa Ali yakin bahawa PAS akan menang di PRK DUN Galas, walaupun Ku Li yang menjadi calon BN. Mustaffa menyifatkan bahawa Ku Li adalah bagaikan “pedang dua mata” berikutan Ku Li yang kadang-kadang tidak sependapat dengan pentadbiran di Putrajaya.

Sebelum ini, Nik Aziz tidak bersetuju jika BN/UMNO meletakkan Ku Li sebagai calon PRK DUN Galas. Nik Aziz dalam kenyataannya meletakkan Ku Li sebagai tokoh UMNO yang berkredibiliti tinggi dan tidak layak bertanding DUN. Nik Aziz menyatakan bahawa “standard” Ku Li adalah hanya untuk calon Parlimen dan adalah satu penghinaan sekiranya Ku Li bertanding sebagai calon DUN. Husam Musa pula berkata bahawa PAS akan memberikan kemenangan percuma jika Ku Li diberikan mandat oleh BN/UMNO untuk menjadi calon BN di PRK DUN Galas itu.

Begitulah komen-komen pemimpin PAS terhadap Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Galas yang dilantik UMNO/BN kali ini. Percaturan BN/UMNO yang meletakkan nama besar seperti Ku Li telah menarik perhatian PAS. Pastinya Ku Li digeruni oleh PAS. Berdasarkan rekod, DUN Galas merupakan “bekas” kubu kuat BN di dalam kawasan Gua Musang yang turun temurun dikuasai oleh Ku Li dan UMNO. Namun DUN Galas berjaya di”jajah” oleh PAS Kelantan pada PRU-12 yang lalu berikutan ”tsunami politik” akibat sentuhan Perdana Menteri yang suka tidur dan ”menantu terlampau”nya.

Berbalik kepada komen Mustaffa Ali, apakah benar BN akan kalah meskipun meletakkan Ku Li sendiri sebagai calon di DUN Galas itu? Saya positif mengatakan bahawa PAS begitu beriya-iya mahu Ku Li dilantik sebagai calon PRK DUN Galas kali ini. Ini memandangkan bahawa jika Ku Li berjaya memenangi DUN Galas tersebut, maka berkemungkinan suara Ku Li yang akan turut menyokong tuntutan Kerajaan PAS Negeri Kelantan berhubung royalti minyak kepada Kerajaan Pusat. Mungkin positif dengan pendirian Ku Li itu, maka Husam begitu beriya-iya akan memberikan kerusi DUN Galas secara percuma kepada UMNO/BN.

Mengenai komen Nik Aziz yang seakan-akan ”melambung tinggi” kedudukan Ku Li itu adalah hanya sebagai “reverse psychology” yang mana Nik Aziz optimis bahawa BN/UMNO akan melakukan tindakan yang berlawanan dengan komennya. Justeru itu, dengan menyatakan bahawa Ku Li tidak layak bertanding di DUN Galas kerana “martabat”nya yang tinggi berbanding calon lain, maka Nik Aziz mengharapkan agar BN/UMNO menamakan Ku Li sebagai calon PRK DUN Galas bagi menafikan kenyataannya. Namun, mungkinkah UMNO/BN akan ter”makan umpan” yang dilemparkan Nik Aziz ini?

Pada penulis, komen Mustaffa Alilah yang paling lemah IQnya. Hanya berdasarkan rekod kemenangan PAS di DUN Galas pada PRU-12 yang lepas, apakah keputusan itu boleh dijadikan ukuran kemenangan sesuatu parti itu? Lihatlah bagaimana ramai YB-YB yang tumbang di kawasan mereka sebelum ini, sedangkan mereka begitu berjaya memenangi DUN dan Parlimen mereka dengan beribu-ribu undi sebelum ini. Jelas fakta keputusan pilihanraya tidak mempunyai asas yang kukuh untuk memenangkan calon. Oleh itu, jelas sekali dakwaan Mustaffa Ali adalah sangat lemah.

Pada penulis, BN/UMNO mempunyai rasional yang tinggi untuk merampas kembali DUN Galas dari tangan PAS. Dengan strategi melantik Ku Li sebagai pengarah pilihanraya di DUN itu, ternyata BN/UMNO akan lebih banyak menggunakan jentera tempatan untuk berkempen. Menurut khabar, Ku Li juga akan memberikan pengaruh yang besar dalam memilih calon PRK di Kelantan kali ini. Menurut khabar, kemungkinan untuk Ku Li menjadi calon di DUN Galas adalah sangat nipis. Dan kebanyakkan pengkritik politik tersohor yang sempat penulis temui yakin bahawa calon BN/UMNO kali ini adalah calon tempatan yang akan dipilih oleh Ku Li sendiri dan bukan dirinya sendiri. Sejauh mana kebenaran dakwaan mereka, sama-samalah kita nantikan.

Apapun, penulis agak “menyampah” dengan komen Mustaffa Ali dan pemimpin PAS yang lain. Taktik ”phsychology” mereka ini adalah taktik lama dan murahan. Tak ada strategi barukah? Apakah PAS sudah ketandusan idea? Sedang PKR dalam kemelut pemilihan PKR yang semakin ganas dan ekstrim dengan konstroversi, PKR bagaikan memandang dingin PRK di DUN Galas kali ini. Apatah lagi DAP yang selama ini “kurang ikhlas” bersahabat dengan PAS. PKR dan DAP yang sering memperkudakan PAS dilihat ”sepi” apabila melihat “kuda” mereka bertanding. Apakah PAS akan mengekalkan “jajahan” mereka di DUN Galas? Wallahua’lam.

-APC-

2 comments:

  1. tipah terkoyak belakangOctober 9, 2010 at 7:01 PM

    Jgn dengar cakap si Mangkok ni

    ReplyDelete
  2. Ku Li kata :

    "Kalu kita dengar semua apa yang PAS cakap, mati laa kita..!"

    Hahaha... barang macam ni laa maksud Ku Li gamaknyer...

    ReplyDelete