Layakkah Anwar Bergelar PM?

PENASIHAT Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti biasa tidak pernah gentar di dalam melontarkan omong kosong demi mencapai hajat menjadi Perdana Menteri .

Baru-baru ini Anwar memukul canang kononnya dia mampu menyelesaikan pertelingkahan negara serumpun Malaysia-Indonesia.

Jika difkirkan secara rasionalnya, benarkah Anwar mampu menyelesaikan pertelingkahan Malaysia-Indonesia hanya dalam tempoh beberapa minggu?

Jika benar Anwar mempunyai solusi yang ‘sangat bernas’ bagi menyelesaikan pertelingkahan ini, mengapa tidak dia bertemu empat mata dan berkongsi pendapat yang kononnya bernas itu dengan Perdana Menteri?

Walaupun berlainan fahaman politik, tetapi demi negara dan rasa jati diri yang tinggi terhadap Malaysia, apa salahnya Anwar mengetengahkan pandangannya itu.

Namun sayangnya, Anwar hanya mengakui mampu menyelesaikan pertelingkahan ini tanpa ada sebarang pendapat yang dilontarkannya.

Tidak perlulah Anwar memukul canang tetapi tiada apa yang ada untuk dikongsikan. Cakap-cakap Anwar ini hanyalah ibarat tin kosong.

Sebenarnya, Anwar boleh di anggap sebagai ‘pengkhianat bangsa’ kerana sering memburukkan negara sendiri di mata dunia. Tindakan Anwar ini bukan sahaja menjatuhkan setiap maruah rakyat Malaysia tetapi menyebabkan negara di pandang lemah di mata dunia.

Negara yang selama ini aman harmoni dan berbilang kaum akan disalah ertikan oleh orang luar. Teganya Anwar merendah-rendahkan Malaysia semata-mata demi kepentingan diri sendiri.

Tepuk dada tanya selera. Adakah orang seperti Anwar ini yang mahu kita angkat menjadi Perdana Menteri? Pekung Anwar sendiri, satu demi satu terbuka tetapi dia tetap tanpa segan silu menyatakan hasrat untuk menjawat jawatan Perdana Menteri.

Layakkah Anwar? Fikir-fikirkanlah….

AZLINA ROSDY
JANDA BAIK, PAHANG

2 comments:

  1. Nak jadi presiden PKR belum tentu.Ni nak jadi PM.Porahhhh....

    ReplyDelete
  2. peliwat tak layak dan tidak harus diangkat sebagai pemimpin

    ReplyDelete