Rasis: Kit Siang kemuka usul di Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR, 8 Okt: Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang menghantar satu usul kepada Speaker Dewan Rakyat untuk membahaskan kes dua guru besar yang mengeluarkan kata-kata rasis dan berbentuk penghinaan kepada pelajar-pelajar mereka Ogos lalu.
Usul di bawah peraturan mesyuarat 18(1) itu telah dihantar kepada Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta Dewan ditangguhkan bagi membolehkan perkara itu dibahaskan memandangkan tiada tindakan disiplin dikenakan ke atas mereka.
Usul berkenaan dipetik seperti berikut:
“Dua bulan selepas guru-guru besar dari Kulai dan Bukit Selambau berkenaan yang antara lain, melabelkan pelajar-pelajar bukan Melayu di sekolah mereka sebagai 'pendatang', menggesa pejalar-pelajar kaum Cina supaya 'balik Cina', serta membandingkan benang sembahyang yang dipakai oleh pelajar beragama Hindu sebagai pengikat anjing menunjukkan sikap racis tidak sejajar dengan jawatan mereka sebagai pendidik yang berkredibel.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran masih berkeras bahawa beliau tidak berdaya mengambil tindakan untuk memperbetulkan keadaan, sebaliknya mengizinkan kedua-dua guru besar yang berkenaan meneruskan tugas mereka seperti sediakala. Di samping itu, Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan yang mengeluarkan pekeliling kepada semua guru-guru besar dan guru-guru dalam bulan Ogos untuk memberikan amaran bahawa 'tindakan akan dikenakan ke atas mereka yang mengeluarkan kata-kata racis di sekolah', tidak pula mengenakan tindakan displin ke atas kedua-dua guru besar yang berkenaan sehingga kini, menunjukkan tidak wujud iltizam politik atau falsafah pentadbiran yang betul dalam negara ini untuk membanteras ketaasuban perkauman.
“Semua ini merupakan sindiran langsung terhadap tema hari kebangsaan tahun ini iaitu '1Malaysia Menjana Transformasi' serta membelakangkan perisytiharan 'toleransi sifar terhadap rasisma' Perdana Menteri sendiri.
“Pada masa apabila Perdana Menteri cuba mengamalkan dasar '1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Didahulukan', seluruh pasukan pentadbiran beliau nampaknya tidak serius langsung terhadap dasar berkenaan, malah lebih cenderung untuk mendahulukan budaya rasis Biro Tata Negara – atau lebih tepat sekali, Biro Tentang Negara – yang meracuni generasi muda dan para pendidik kita selama ini dengan mesej rasis yang songsang dan lebih merupakan 'Trojan Horse' dalam usaha kita mencapai perpaduan negara.
Kit Siang juga meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Raza mengulangi gesaannya di perhimpunan agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini supaya diwujudkan pergerakan sederhana global semua agama yang memainkan peranan penting di dunia yang kini menghadapi ancaman melampau.
“Gesaan ini sesuai sekali diulangi di negara kita sendiri yang kini semakin terancam oleh anasir-anasir ketaasuban rasis dan pelampau agama yang mengancam ketenteraman negara serta menggoncang semangat majmuk yang merupakan batu asas Malaysia.” Katanya.
Dewan Rakyat akan memulakan persidangan kali ketiga bagi penggal ini pada Isnin, 11 Oktober ini
-Haramkah Daily-

AS: Hey apek, lu jangan jadi batu api! Wa cabar lu kemuka usul pasal namewee, pasal Itu indi yang pertikai Ketuanan Melayu, pasai bangsa lain yang banyak suka kacau hak melayu! wa mau itu budak baling cat sama surau di Seremban kasi masuk jel 10 tahun! bangsat punya apek! , wa dengar lu punya kempen ma, lu memang racist mah, lu jangan cakap olang lain racist ma.
Lu punya time politiking sudah espired ma, lu punya time dulu sama itu Razak Ahmad tu kepala lembu punya parti. Semua s...udah pencen ma. Lu pun bagus pencen saja ma,
Melaka tak la telima lu , lu lali pegi Ipoh, tak la malu ka?

LKS sendiri telah berlaku rasis pebila meminta diadakan perbahasan mengenai perkara ini..malahan bersikap rasis apabila memepertahankan sekolah2 jenis kebangsaan berasaskan kaum..
ReplyDeletetapi memang tak heran juga..jika dasar sosialis pragmatik diamalkan..tak kira oleh BN atau DAP atau PKR..maka sikap rasis ini akan wujud..
LKS memang Bapak Racist. Tetapi dalam usul ini, LKS cuba menipu dengan mengalih perhatian umum daripada huru hara yang sekian merebak dalam Pakatan Rakyat terutama nya dalam parti rasis DAP yang tertimbul diPerak dan keruntuhan ahlak dalam PKR. LKS adalah Bapak Racist Malaysia dan Penipu Bangsa Malaysia.
ReplyDelete