Semalam AS berkesempatan ke PWTC bagi mengikuti Persidangan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. AS pun masuk ke dalam Dewan waktu dah hujung-hujung. Hanya sempat dengar 2 perbahasan dari wakil pemuda Negeri Perak dan Terengganu beserta ucapan dari wakil MKT, Dato' Shabeery, Sdr Dato Razali (NKP) dan ucapan penggulungan KP, Sdr KJ.
Walau apa pun tanggapn dan persepsi terhadap Sdr KJ, bagi AS mudah saja. AS menyokong KJ bukan kerana dia KJ, AS menyokong sesiapapun yang menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia selagi beliau membawa pemuda ke landasan yang betul
Pic yang AS amik.Dewan pun dah kurang perwakilan. Lain kali jangan tergedik-gedik nak lawan jadi perwakilan, tunggu sampai habis. Lagi satu, masa persidangan kalau boleh atur jangan sampai lajak masuk Maghrib!
Dalam ucapan penggulungan, AS tertarik dengan 10 ciri negatif Pemuda yang perlu dikikis,yang AS perhatikan secara realitinya memang berlaku dan memerlukan transformasi bukan sahaja dari Pemuda, malahan dari seluruh ahli dan pemimpin UMNO.
1. Elitis dan egois.
2. Suka melihat orang lain dihentam.
3. Syok sendiri.
4. Budaya 'check in'/'check out' dan 'punch card' -hanya tunjuk muka bila pemimpin ada.
5. Suka 'enter frame'/ gemar mengambil kredit atas usaha orang lain.
6. Budaya 'politik sate' - cucuk dan kipas pemimpin.
7. Baling batu sembunyi tangan.
8. Budaya 'yes man' / 'yes bos'
9. Talam dua muka
10. Oportunis.
Untuk mengelakan persepsi elitis, egois terutamanya di masyarakat kampung dan pinggir bandar.KJ dan semua pemuda nasional, negeri atau bahagian mulakan dengan Tinggalkan sebentar Merc. C class, E class , S class, BMW, poshe dll mewah di rumah dan pakai proton waja ke, wira ke, Alza ke...tapi sanggup ke???Sebab pemuda anggap tu low class.
Akhir kata, Tahniah kerana persidangan pemuda berjalan dengan lancar dan harmoni. inilah yang kita mahukan sebenarnya. Walaupun AS perhatikan banyak blog yang kritik KJ dan Pemuda , dan macam yang mereka tulis , apa apa pun rakyat di seluruh malaysia nampak akan kejaayan persidangan pemuda. Tahniah sekali lagi YB KJ dan Dato Razali.Buang yg keruh ambil yang jernih. Perjuangan kita masih jauh dan belum selesai!!
mcm mana nak berubah... kalu ketuanya masih ada ciri negatif tu.... berundur lah khairy demi umno
ReplyDelete