Bebas Sungguh Media di bawah Ostad Azizan.. Macam budak-budakk,..


Selepas malu dirakam Menteri Besar berperangai macam budak-budak apabila ditanya tentang banjir di Kedah, Menteri Besar Serba Serbi Taktau telah keluarkan larangan Ke Atas Media.
Kerajaan PAS Kedah kini membuat larangan liputan oleh media tertentu. Antara media yang dilarang adalah Utusan, Berita Harian, RTM dan TV3.

Kalau dulu, mereka melaung-laungkan kebebasan media, kini hanya setelah dapat menjadi kerajaan negeri, sekatan keatas media sudah dilaksanakan. Sedangkan kerajaan pusat yang dituduh tidak bebas sentiasa meluluskan permit pelbagai akhbar, termasuk harakah, Kerajaan PAS Kedah yang ada sedikit kuasa sebaliknya bertindak menghalang kebebasan media.

Sekiranya alasan media penfitnah tidak dibenarkan membuat liputan, maka semua orang tahu, Harakah, akhbar yang satu-satu fungsinya untuk menfitnah yang sepatutnya diharamkan, bukannya Utusan atau TV3.

Jika hendak dikatakan sakit hati akibat pertanyaan atau laporan media, jauhlah bezanya pemimpin Umno yang telah disakiti dengan begitu dahsyat malah pernah dipanggil sebagai firaun, tidak pula melaksanakan pemboikotan media.

Apatah lagi, larangan ini dibuat hanya dalam tempoh tak sampai 24jam setelah Ustaz Azizan disiarkan berperangai kebudak-budakan dan menyerlahkan nafsu amarahnya. Ia juga menyerlahkan bahawa kerajaan negeri berfungsi sebagai sebuah parti politik, dimana sebarang keputusan dibuat atas dasar emosi dan sentimen, dan bukan berdasarkan kajian dan siasatan yang mengambil masa panjang sebagaimana dilakukan KDN.

Bayangkan jika pemimpin macam ni memerintah negara, bagaimana agaknya tahap kebebasan media mereka?

Dah berapa kali dah nak boikot media arus perdana ni daa? Jom Beli Utusan..


Media Pemfitnah Dilarang Buat Liputan
Ditulis oleh ZULKIFLI YAHAYA
ALOR SETAR, 11 November – Ekoran tindakan biadap beberapa media tertentu menyiarkan laporan fitnah terhadap Kerajaan Negeri dalam isu banjir, maka mereka dilarang sama sekali membuat liputan Sidang Bajet 2011 yang akan diadakan mulai 14 hingga 16 November ini.

Menurut Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah, Muhamad Helmi Mohamad Khalid, hanya 11 buah akhbar dibenarkan membuat liputan. Mereka adalah Sinar Harian, The Star, Harakah, Makkal Osai, Malaysia Nanban, Oriental Daily, Sin Chew Daily, Kwong Wah Jit Poh, China Press, Nan Nang Siang Pau dan Guan Ming Daily.

Dalam sidang media yang diadakan selepas Majlis Mesyuarat Exco semalam, Dato’ Seri Azizan telah mengherdik RTM dan TV3 ekoran berita fitnah dan putarbelit kedua-dua media tersebut terhadap Kerajaan Negeri.

TV3, RTM, Utusan Malaysia, Berita Harian dan Bernama adalah antara media yang tidak dibenarkan membuat liputan dalam Sidang DUN Kedah kali ini.

3 comments:

  1. Salam bro,

    Banyak lagi tentang azizan carian kat
    www.malaysiansearch.com

    ReplyDelete
  2. Salam bro,

    Banyak lagi tentang azizan carian kat http://malaysiansearch.com/search.php?q=azizan razak
    www.malaysiansearch.com

    ReplyDelete