Kita selesa bersama bangsa Cina, tapi bukan dengan DAP dan LGE laknat!


Kita sebenarnya mengkritik LGE dan kerajaan DAP P.Pinang bukan pasai depa tu bangsa Cina.

Jauh sekali menghasut orang2 Melayu supaya membenci orang2 Cina P.Pinang kerana amalan bekenaan adalah nyata rasis dan bukanlah budaya Melayu orang P.Pinang dari dulu sampai sekarang.

Kita perlu ingat, budaya orang Melayu sebenarnya bukanlah suka tamak kuasa.

Amalan bersederhana dalam kehidupan serta keinginan untuk hidup aman damai sesama kaum telah terbukti terpelihara dari dahulu lagi.

Contohnya..cuba tanya kedai runcit Ah San belakang rumah Raju…Ada betoi ka?

Cuma puak2 DAP ini saja yang tak pernah2 faham sebaliknya cuba menghasut kaum2 lain untuk menyokong perjuangan mereka. Padahal, semua orang tahu depa ternyata gagal mentadbir negeri P.Pinang dengan baik.

Itu adalah fakta yang tak boleh diselindung oleh LGE ‘and the gang’.

Kritikan yang kita buat selama ini bukanlah semuanya macam tin2 kosong. Bila berhujah kita perlu guna akal yang waras serta fakta benar dan bukanlah semata2 nak fitnah orang atau untuk syok2 saja.

Bila kita nak berdepan dengan DAP P.Pinang ini, kita kenalah ada roh dan semangat dalam Barisan Nasional. Kita tak bolehlah lawan sorang2.

Nak tau dak sebab apa kita lawan LGE dan kerajaan DAP P.Pinang?

1. Yang pertama depa tu kuat pembohong. Depa tu hanya pandai bercakap dan suka menyalahkan orang lain padahal mereka sendiripun tidak kompeten untuk mentadbir negeri.

2. Negeri P.Pinang yang dahulunya banyak dengan hasil pelaburan ekonomi telah bertukar kepada negeri yang mempunyai pemimpin-pemimpin yang suka membazir, malas bekerja, tidak berkeupayaan dari segi kecekapan / akedemik, cakap tak serupa bikin yang menjadi penyebab utama kegagalan kerajaan negeri P.Pinang di bawah pimpinan DAP meningkatkan kemasukan pelabur luar setelah lebih dua tahun ia memperoleh mandat memerintah.

3. DAP yang merupakan serpihan dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang sentiasa mahu menimbulkan kekacauan bagi merosakkan kesejahteraan dan keamanan dalam negara.

Semua kaum di P.Pinang tahu, apa yang dilakukan oleh DAP terhadap minoriti orang2 Melayu Islam P.Pinang adalah ternyata rasis.

Mereka sentiasa menimbulkan pelbagai isu untuk membuatkan orang Melayu Islam P.Pinang marah. Mereka buta adab dan adat serta bersekongkol dengan golongan2 pelampau agama.

Banyak lagi yang boleh diulas di sini tentang kemungkaran LGE ‘and the gang’ di P.Pinang ini.

Bukan setakat orang2 Melayu P.Pinang saja, orang2 India Muslim, kaum Cina dan India P.Pinang yang mewakili komponen parti BN perlu bangkit dari sekarang menentang kerajaan DAP di bawah pentadbiran LGE ‘and the gang’ ini.

1 comment:

  1. Benar kita tidak memusuhi kaum CINA,tetapi kita membenci cina yang tidak sedar diri.
    Demokrasi yang diperolehi oleh mereka telah disalahgunakan untuk kepentingan diri sendiri.
    Mereka berjuang seolah2,mereka ditindas dan diketepilan hak sebagai rakyat Malaysia.
    Kita tidak membenci kaum CINA... tapi kita benci DAP dan PAP !

    ReplyDelete