Malapetaka sekiranya negara diperintah pakatan pembangkang
Hampir setiap hari akhir-akhir ini terpampang didada beberapa akhbar perdana berkenaan cadangan penyatuan orang Melayu.Kita telah lihat bagaimana perilaku kerajaan Pulau Pinang dan Selangoryang ditunggangi oleh DAP dan PKR terhadap orang Melayu.
Kalau UMNO/BN memerintah, semua rakyat tidak kira suku atau kaum terjamin. Tetapi di Pulau Pinang dan Selangor, orang Melayu ditindas,perkampungan Melayu telah dan akan dihapuskan, peruk nasi peniaga dankontraktor Melayu sudah dimasukkan pasir.
Perkampungan Melayu di seluruh bahagian pulau sedang dihapuskan dengan cara halus dan kerajaan DAP Pulau Pinang sudah pun membuatpengumuman tiada lagi rumah kos rendah atau sederhana akan dibina,sebaliknya rumah kos tinggi harganya mencecah RM1 juta digalakkan.
Sejak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 ramai kontrakor kelas F Melayu sudah muflis atau sudah jadi kayu mati. Ini semua salah Melayu sendiri kerana mengundi pakatan pembangkang.
Di Selangor melombong pasir ala baru yang diperkenalkan oleh Menteri Besarnya melalui KSSB Sdn.Bhd (anak syarikat kerajaan negeri) dengan rakus siang malam mengeluarkan pasir dengan tidak mengendahkan teguran semua pihak dan rakyat Selangor.
Adakah mereka mahu mengaut wang walaupun merosakkan ekosistem hingga berkemungkinan membanjirkan perkampungan Melayu. Sekarang DAP cadangmahu hapuskan lima peratus diskaun pembelian untuk bumiputera.Masya-Allah satu malapetaka sekiranya negara ini diperintah olehpakatan pembangkang.
AS merayu kepada semua orang Melayu tidak kira penyokong parti politik yang berbeza ideologi, biarkan pemimpin parti tolak perpaduan tetapi pengikutnya terima perpaduan orang Melayu dan Islam.
Jom semua orang Melayu mengundi UMNO/BN PRU13 nanti, jangan aniaya diri sendiri. Fikir-fikirkanlah sebelum terlambat
No comments:
Post a Comment