Nik Aziz Boleh Dianggap Murtad Menurut Ust Omar Khalid !!!




Fikirkan..

Pada 12 Nov 2008 Satu majlis bersejarah berlangsung apabila wakil istana Diraja Thailand, Dr Tej Bunnag bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Wat Pikulthong.

Pertemuan itu berlangsung sempena majlis penyerahan Kathin Diraja Thailand (kain kuning) pemberian Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej kepada wat tersebut yang akan dijadikan pakaian sami.

Dr Tej Bunnag juga bekas Menteri Luar Thailand. Menteri Besar dan tetamu yang hadir menyaksikan perarakan kain tersebut dibawa masuk oleh Bunnag yang lengkap dengan pakaian istiadat Diraja Thailand ke wat terbabit.

Wat Pikulthong merupakan wat pertama di luar Thailand yang menerima anugerah tersebut. Kehadiran Nik Aziz ke upacara agama tersebut telah diulas oleh Ust Omar Khalid di dalam video di atas.

Dalam Surah Al-Kafiruun(Orang-orang kafir) iaitu surah Makkiyyah, yang merupakan surah mengenai Tauhid dan pembersihan daripada segala bentuk syirik dan kesesatan. Surah ini adalah suatu tindak balas dan jawapan tegas terhadap tindakan orang-orang musyrik yang telah mempelawa dan mengajak Rasulullah s.a.w. mengadakan persefahaman, toleransi dan perdamaian dengan cara baginda menyembah atau melakukan upacara agama berhala satu tahun, dan mereka pula akan menyembah Allah SWT setahun kemudiannya. Maka turunlah surah ini bagi memutuskan segala harapan dan angan-angan mereka. Dengan turunnya surah ini, maka berakhirlah segala bentuk pertikaian dan perebutan pengaruh di antara kedua golongan itu: Golongan orang beriman dan golongan penyembah berhala, dan rancangan cetek dan bodoh itu pun ditolak dengan tegas.

Mengikut Tafsir Pimpinan Ar-Rahman halaman 1739 seperti berikut:

Bahawa kandungan ayat 1 -- 6 ini mengingatkan kita supaya tetap di atas dasar tauhid dan cara-cara beribadat menurut apa yang dibawa oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. sekalipun banyak godaan dan tipu helah daripada pihak musuh-musuh Islam dan orang-orang yang sesat untuk menjadikan kita menyeleweng daripada jalan yang benar.

PERHATIAN. Sila lihat dalam kitab Mukadimah Mastika Hadis muka surat 411 dalam bab perkara yang boleh merusakkan Iman melalui perbuatan ialah: melakukan upacara ibadat yang lain daripada Islam

Kenali Siapa Ustaz Omar Khalid di


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...