Pas keluarkan ‘fatwa baru’
KUALA LANGAT 2 Nov. – Pas yang sering mengeluarkan ‘fatwa baru’ bagi kepentingan politik parti itu, hari ini menegaskan, penerima bantuan daripada kerajaan negeri haram menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.AS:Ni bunyi macam mengugut saja. Kalau PAS ikhlas kenapa mengharapkan pembalasan. Nampak sangat dah parti hamPAS ni desperade sangat. Tolong tengok sat especially yang student balik dari oversea tu yang berapa ramai tak sokong BN apa plak cerita PASNGOK oii!!
Fatwa itu dinyatakan secara terbuka oleh Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Muhammad Zain Abdul Rahman ketika berucap pada majlis Penyerahan Cek Bantuan Pembangunan Pendidikan Sekolah Agama Rakyat Selangor Fasa Kedua di Madrasah Darul Mujahidin, Telok Panglima Garang di sini hari ini.
Tegasnya, memberi sokongan kepada BN adalah menyalahi tuntutan agama kerana ia membelakangkan kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang didakwanya sebuah kerajaan yang adil.
Menurutnya, bantuan yang diberi sama ada melibatkan pendidikan, kebajikan dan sebagainya merupakan sumbangan ikhlas kerajaan negeri untuk membantu rakyat dan sewajarnya mereka membalas dengan memilih semula ketiga-tiga parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
“Bantuan yang diberikan kepada rakyat pada hari ini datangnya daripada sebuah kerajaan yang adil.
“Jika bantuan diberikan, maka adalah wajar rakyat menyokong kerajaan negeri hari ini pada pilihan raya umum nanti.
“Kalau ada orang terima bantuan daripada kerajaan negeri, hukumnya haram kalau mereka sokong UMNO,” katanya di sini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta lebih 50 pelajar madrasah berkenaan.
Sementara itu, Abdul Khalid ketika berucap juga cuba mengelirukan rakyat dengan menyatakan langkah Kerajaan Pusat memberi bantuan RM95 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam Bajet 2011 adalah usaha pakatan pembangkang yang memperjuangkan isu berkenaan selama ini.
Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga terpaksa mengumumkan kenaikan elaun bulanan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) daripada RM500 kepada RM800 sebulan termasuk elaun imam kepada RM750 sebulan.
“Kita sudah memberi banyak bantuan kepada SAR sebelum ini, dahulu peruntukan untuk SAR tidak pernah disebut dalam bajet Kerajaan Persekutuan, sekarang mereka sebut.
“Boleh jadi mereka sebut kerana malu, segan atau rasa takut kedudukan mereka tergugat,” ujarnya.
UMNO BN taklah sesesat PAS yang keluar sampai hukum haram jika sapa yang dapat pelbagai bantuan, biasiswa, subsidi tak sokong kerajaan BN. Gila samdol dah puak-puak ni. Hukum haram halal depa bawak keluar sesuka hati mak bapak depa saja.
haram jadei punyo pas..
ReplyDeletehukum suka suki je..
Salam bro unspins,
ReplyDeleteaku pun nak habaq
HARAM KEPADA MANA2 PELAJAR SAMADA DARI SEKOLAH MENENGAH KERAJAAN ATAU SEK MEN BANTUAN KERAJAAN YG MENERIMA BANTUAN KERAJAAN BN SELAMA NI BERUPA BIASISWA, PAKAIAN, PERALATAN PERSEKOLAHAN, KOMPUTER, WANG KECEMERLANGAN DLL LAGI MENYOKONG PEMBANGKANG SETELAH MRK TAMAT BELAJAR. JIKA MRK MENERIMA BANTUAN KERAJAAN PERSEKUTUAN YAKNI BN, HARAM MRK MENDERHAKA KPD KERAJAAN PERSEKUTUAN & APA YG MRK TELAH AMBIL & MAKAN MENJADI DARAH DAGING AKAN MENJADI HARAM SELAMANYA JIKA MRK MENYOKONG PAS!
amacam bro? betul tak aku cakap kalau nak taklik dgn apa yg pas buatla...
sambung...
ReplyDeleteHARAM JUGA KPD MANA2 PENEROKA YG MENERIMA SEGALA BANTUAN TANAH, BENIH, ANAK POKOK KELAPA SAWIT, GETAH & KOKO SERTA APA SAJA BANTUAN BERKAITAN KERJA MRK JIKA MRK MENYOKONG PEMBANGKANG TERUTAMANYA PAS! JIKA MRK TERUS JUGA MENYOKONG PAS, APA YG TELAH MRK TERIMA SELAMA INI AKAN MENJADI API DLM DARAH DAGING MEREKA...
eh! bunyi mcm pas la plak!!? tak tergamakla aku! aku cuma terbalikkan maksud hukum pas kpd orang yg menerima bantuan kerajaan pas shj. takder niat nak ungkit2 semua tu sebab apa yg kerajaan pusat buat selama ni pun bukannya orang2 pas kenang...puak2 pas begini pembelot & penjahat blaka bagi aku
fatwa lama sejak dari dulu lagi ialah...
ReplyDelete'oghe bui kito ambik, tapi kito tetap pangkoh bule'
inilah fatwa songsang yg telah lama diajar sejak turun-temurun oleh pemimpin2 pas kpd anak2buah mrk. sebab itulah kebanyakan ahli2 pas tua muda jate tino semuanya dah bebal sebab makan barang haram... kata umno join bn jatuh kafir tapi tak serik2 ambik bantuan2 dari kerajaan bn yg pas kata kafir & jd darah daging masing2. kalau inilah yg diajar kpd anakcucu mrk, tak hairanlah jika mrk akhirnya jadi insan yg tidak pernah mengenang budi kerana sentiasa menggigit tangan yg memberi...
makbapak aku ajar aku,
'KALAU DAH TAK SUKA DGN ORANG TU, APA SAJA YG DIA BAGI AKU TAK KEBULOR NAK AMBIK!'
sebab tulah walaupung dah lama duduk di 'serambi golok' ni, aku tidak pernah ambik apa saja yg ada lambang bulan...meluat!!!
aku penyokong tegar kerajaan bn, parti umno, perkasa!
setuju dgn anti bohmau.
ReplyDeletemereka ni semua khufur nikmat.