Memfitnah di Facebook, saman 10 juta!
Lelaki, 3 saudara disaman kerana didakwa fitnah menerusi Facebook
2010/11/12SHAH ALAM: Seorang wanita memfailkan saman terhadap Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Mahharul Ismail, dan tiga anggota keluarganya kerana didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah menerusi laman sosial Facebook.
Zalina Jaafar, 42, selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi peguamnya, Faizul Mohd Nasir di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini.Selain Mahharul, dua adik perempuannya, Maisarah dan Norsyam serta anak saudara mereka, Wan Ikhwan Wan Azani, turut dinamakan sebagai defendan.
Zalina yang menyatakan jawatannya sebagai pembantu seorang "ahli majlis" Parti Keadilan Rakyat (PKR), mendakwa Mahharul telah mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya di laman sosial milik ahli majlis PKR itu pada 28 September lalu dan kenyataan di laman sosial milik Wan Ikhwan dikeluarkan pada 21 September lalu.
Beliau turut mendakwa Maisarah dan Norsyam dengan niat jahat telah mengeluarkan kata-kata fitnah yang menyentuh peribadinya secara palsu pada laman sosial milik Wan Ikhwan.
Zalina berkata, pernyataan oleh semua defendan telah menyebabkan karakter dan reputasi berkaitan dirinya telah dicemari.
Beliau menuntut ganti rugi RM10 juta, ganti rugi teladan, kos dan faedah pada kadar lapan peratus setahun serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Zalina yang turut hadir di mahkamah, juga memohon perintah injunksi bagi menghalang semua defendan daripada terus mengeluarkan kata-kata fitnah yang serupa terhadap dirinya. - BERNAMA
AS; Tu dia!! Memang gila dah juak2 PKRZ ni.. sesama depa pun dah main saman..
bukan skit plak tu.. RM 10 jootaaa... alang-alang kapai nak karam, kot dapat duit saman 10 juta senang 7 keturunan kot?
S
Salam bro, kalau tak buat begitu, macam mana nak cari kekayaan... nak harapkan pasir, sudah habis dikebas kroni-kroni MB Khalid Ibrahim....
ReplyDeleteSaman. jangan tak saman. dulu saman orang luar. sekarang saman sesama sendiri.
ReplyDeletekalau jual insurans tak berani aku nak jual kat dia orang nie. hehehe
Aku Yang Bingai
Zaid Kene Kencing Tikus di TendangTerajang