Terkini! LGE musibat bertindak zalim terhadap pekebun berbangsa India


Tindakan kerajaan DAP PP memusnahkan kebun milik seorang petani kecil, A. Kamala Devi disebuah tanah rizab di Seberang Jaya disifatkan satu bentuk penganiayaan. Mengapa operasi memusnahkan kebun itu perlu dilakukan dua hari menjelang Deepavali? Dimaklumkan sudah 12 tahun dia berkebun disitu dengan aman sejak dari zaman BN memerintah lagi bagi menyara persekolahan anak-anak, namun kenapa perlu dimusnahkan jika keadaan tidak mendesak?

Ini membuktikan kerajaan LGE musibat tidak sensitif kepada kesusahan yang dihadapi rakyat miskin. Tanah itu milik JPS namun mengapa perlu operasi itu dilakukan juga memandangkan JPS sendiri tiada halangan kerana Jabatan tersebut tiada perancangan untuk menggunakan tanah berkenaan buat masa terdekat ini. Mengapa pula Pejabat Daerah yang bertindak 'lebih sudu dari kuah'? JPS sendiri tidak tahu menahu mengenai operasi ini.
Kamala Devi mendakwa, dia juga ada menghantar surat meminta bantuan daripada Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy tetapi tidak mendapat perhatian sewajarnya walaupun sudah tiga kali cuba menemui pemimpin tersebut.
Ternyata sekali LGE musibat hanya pandai berjanji dan bercakap mahu membela rakyat miskin tetapi tidak membuktikannya melalui tindakan.

1 comment:

  1. SALAM ZIARAH Anak Seberang...

    Terima kasih. Blog saudara telah pun dipautkan dengan The Flying Kick.

    ReplyDelete