Anwar Sosialis dan Komunis
Ketuanan Melayu dalam bahasa Inggeris bermakna Malay Supremacy.
Berbeza dengan Ketuanan Rakyat yang bunyinya People’s Power.
People’s Power jika dihalusi lagi akan membawa makna Kuasa Rakyat.
Ada banyak negara di dunia ini yang pergolakannya kerana Kuasa Rakyat atau People’ Power ini. Antaranya;National Assembly of People's Power of Cuba, the Parliament of CubaPeople's Power (Angola), a political faction within the Communist MPLA in the 1970sPeople's Power (Colombia), a political party in ColombiaLakas ng Bayan ("People's Power"), a political party in the Philippines.
People’s Power atau Kuasa Rakyat ini adalah gelombang penentangan rakyat terhadap pemerintah negara. Samada secara didesak atau dipimpin ataupun pendekatan ‘ganas’ dalam menukar kerajaan secara paksa.
Peranan People’s Power ini dalam banyak kejadian adalah mendesak secara paksa untuk membubar atau menukar pemerintahan terhadap kerajaan yang sedia ada kepada kerajaan yang baru.
Disini pandangan ini telah diguna pakai oleh Anwar dalam kerjaya politiknya. Berbezanya, Anwar mempergunakan konsep People’s Power ini untuk kepentingan dirinya. Kerana itu dalam pemilihan MPP…. Hanya mereka yang mendapat restunya sahaja dibenarkan bertanding.
(Berbalik kepada pengertian People’s Power ini tadi.
i. Ada yang mirip kepada Sistem Sosialis
ii. Ada yang secara langsung berkait dengan Komunisma.)
Sekali lagi disini Anwar menggunakan konsep yang sama diatas dalam PKR….ia itu hanya Majlis Pimpinan Pusat (MPP) atas nama Kongres Nasional sahaja yang berkuasa dalam menentukan hala tuju parti.
Rakyat atau ahli cuma perlu mengikut keperluan atau kehendak parti.
Contoh terbaik yang dapat kita lihat ialah dalam pucuk pimpinan PKR;
a. Anwar sebagai pemimpin umum .
b. Azizah sebagai presiden parti
c. Azmin adalah timbalan presiden
d. Nurulizzah pula naib presiden
e. Dan seterusnya mereka yang telah dilantik…Disini dapat kita lihat akan proses pengagihan kuasa ini tadi diperturunkan kepada kaum keluarga dan mereka yang berkait rapat dengan ketua umum itu tadi.
Proses ini sama dengan yang dipraktiskan di negara komunis.
Walau pun proses ini dikatakan dalam sistem demokrasi namun hasilnya adalah sama ia itu perjuangan terhadap kebangkitan ketua umum itu tadi.
Justeru, dimanakah perjuangan Ketuanan Rakyat yang di maksudkan oleh Anwar Ibrahim sedangkan rakyat yang menyokongnya tidak diberi peluang menyatakan pendapat atau pendapat mereka disanggah dan undi mereka tidak diperlukan kerana untuk menjaga kepentingan Anwar.
Kita telah lihat bagaimana Zaid Ibrahim dihalau dari PKR kerana dikatakan orang jahat yang cuba untuk berebut jawatan dalam parti. Kita juga telah lihat kekecohan demi kekecohan dalam dalam pengurusan pemilihan PKR yang tidak adil dan telus juga tidak demokrasi.
Jadi, tidak salahlah apabila ada pertubuhan yang bukan kerajaan yang tidak gembira apabila Wan Azizah menyeru Ketuanan Melayu dicampak ke dalam tong sampah sedangkan Ketuanan Rakyat itu sendiri kucar kacir.
Sepatutnya Wan Azizah itulah yang harus kita lontar ketempat pembuangan sampah kerana kurang ajar dan derhaka. Jangan Wan Azizah seorang, seluruh PKR itu pun kita patut humban ketempat pelupusan sampah.
No comments:
Post a Comment