Isu Tanah di Pulau Pinang! Luahan Anak Seberang..


Sebagai anak Pulau Pinang, AS terpanggil untuk menulis entry kali ini berkenaan isu tanah yang menjadi kemelut politik dan sosio ekonomi termasuklah isu hari ini yang mana Pulau Pinang merupakan negeri yang paling mahal harga rumah.

Sememangnya selepas pemerintahan LGE sangat ketara program menghalau Melayu dari Pulau Pinang secara terhormat dan tak terhormat yang di buat. Pada pendapat peribadi AS, pada zaman BN memerintah pun terdapat program pengusiran berhemah ini. Tapi tidak begitu ketara kerana ada UMNO untuk membuat check and balance. Bukan niat menyuntik semangat perkauman, tapi selagi Pulau Pinang di perintah oleh Ca Ya Nun Alif, tak kira dari Gerakan, MCA atau DAP, program ini akan terus dibuat.

Hanya berbeza diantara ketara atau tidak sahaja. Sebab itu AS lebih menekankan, untuk menyelamatkan Pulau Pinang, negeri ini WAJIB mempunya ketua menteri berbangsa Melayu dan beragama Islam yang tegas, tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan mempunyai kekuatan dari semua segi untuk menyelamatkan melayu Pulau Pinang. Jika ketua menteri Melayu Islam berperibadi seperti DSAI pun tak guna. Akan tergadai jugak pulau Pinang pada bangsa lain.

Selain dari itu, orang Melayu Pulau Pinang sendiri harus sedar dan muhasabah diri. Bukan semua pengusiran berhemah ini disebabkan oleh kerajaan negeri (tak kira masa BN atau PR memerintah). Semuanya berpunca dari sikap dan sifat orang Melayu itu sendiri.

AS dapat lihat bagaimana orang2 melayu Pulau Pinang di kaburi dengan wang ringgit yang ditawarkan oleh tauke-tauke cina ini. Akibat di tawarkan dengan harga yg tinggi, sekelip mata menjadi jutawan, orang melayu sanggup menjual tanah milik nenek moyang mereka kepada tauke2 ini. Mereka, tanpa memikirkan kesan keatas anak cucuk mereka dengan senang melepaskan tanah milik turun menurun kepada bangsa asing. Kenapa? Kerana buta dengan kekayaan sekelip mata. Perkara ini bukan hanya berlaku di sebelah Pulau saja, ia dah melarat lama ke Buterworth, Seberang jaya, Juru, BM, Kepala Batas dan terkini di tempat AS sendiri di Nibong Tebal. Sungai Acheh di hujung Pulau Pinang bersempadan dengan Perak misalnya boleh dikatakan 95% milik melayu, namun kini bangsa itu berlumba-lumba menawarkan tawaran terbaik untuk membeli tanah milik melayu.

Sudah banyak yang kita lihat dusun-dusun durian, kebun, tanah sawah yang dimiliki oleh bangsa asing. Walhal berapa banyak bangsa asing yang mengusahakan sawah? Cuba pembaca renungkan? Kenapa mereka sanggup menghabiskan wang untuk membeli tanah-tanah yang mereka tak usahakan? Ini semua adalah perancangan kaum ini untuk merampas dan menguasai Pulau Pinang. Yang salah adalah TIDAK APA pada orang Melayu sendiri. Pada mereka setakat jual 2-3 ekar apa salahnya, walhal jika 2-3 ekar di kalikan dengan seratus orang Melayu yg jual tanah mereka sudah berapa ratus ekar.

Kesedaran ini lah yang patut di fahamkan kepada semua orang Melayu Pulau Pinang. Jika ingin selamatkan negeri ini dari terus dimiliki oleh bangsa asing, sedarlah. Kita bermula dengan diri sendiri. Bagi tanah-tanh yang ingin diambil secara paksa bangunlah.. tegakkan hak kita. Jangan terus dibuli di tanah air sendiri.

Pada politikus yang mempunyai kuasa, bantulah kami anak Pulau Pinang ini. Exco Melayu PKR 2 orang yang ada tu, sedarlah! Bukalah mata dan hati anda. Kekuatan kami ada batasnya. Jika kami sendiri berjuang, tanpa ada sokongan dari anda, semuanya akan sia-sia. Bermacam cara boleh diguna untuk merampas harta milik kami.

Apapun, bagi yang menyokong PR pada pilihanraya yang lalu, sedarlah. Walau apapun, hanya Melayu yang akan tolong Melayu, walaupun tak dinafikan ada juga Melayu yang mengayakan bangsa lain. Renung dan tenungkanlah.

5 comments:

  1. itu lh hadiah dri pakatan rakyat untok hangpa...kemaruk sgt nk tukar pemerintah,lps ni hangpa jgn buta mata dan buta hati...

    ReplyDelete
  2. Bukan saja mahal, tetapi banyak kediaman yang tidak dijual kepada warganegara walaupun ada rakyat Malaysia yang mampu. Contohnya, saya sendiri pernah cuba untuk membeli sebuah unit kondo yang sedang dibina oleh IJM di tepi laut lebuhraya Jelutong, sebelah Jambatan Pulau Pinang. Nama kondo ini ialah THE LIGHT. Apa yang mengejutkan ialah pemaju menjelaskan bahawa kondominium ini hanya untuk rakyat Jepun dan Korea saja. Rakyat Malaysia walaupun mampu tidak dibenarkan beli.Pelik, tapi benar..kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan..bodoh punya kerajaan negeri! nanti pilihanraya, suruh itu Jepun undi Pakatan ok,,,

    ReplyDelete
  3. itulah apa yg dimahukan oleh org penang. dh la penang hancur gi ke negeri lain pun buat kerja yang sama jugak nak hancurkan negeri org pulak. klau org penang tak sedar tak tahulah nak ckp apk

    ReplyDelete
  4. salam.
    elok kita guna strategi BN Sabah untuk merampas kembali negeri Penang ni bro. Kita banyakkan pegawai tentera di kem2 askar seluruh Penang, pegawai Polis, Pegawai Penjara di sini. PAstu baru boleh kita pecah DUN baru.
    Hanya tu saja caranya kita rampas balik dan lantik orang Melayu+Islam jadi KM di Penang.

    Jemu dengan KM cha ya nun.

    Percayalah, takdak cara lain dah bro sebelum kita hilang Penang selama-lamanya macam Singapore.

    wassalam

    ReplyDelete