Mesti Baca! Untuk Renungan Juak PR Terutamanya! Mahukah Kita Jadi Seperti Rakyat Iraq?


Saddam Hussein bekas Presiden Iraq dari Parti Baath merupakan seorang yg handal di dalam politik di mana dia juga berpengalaman dalam menentang pakatan sulit. Saddam juga dikenali sebagai Diktator oleh rakyatnya dimana dia memerintah bumi Iraq selama 24tahun. Walaupun di gelar Diktator tetapi negara Iraq membangun spt negara2 maju yg lain.

Aktivitis demontrasi tidak wujud di Iraq semasa pemerintahan Saddam dan rakyat hanya di ajar bagaimana utk berperang dan bersedia utk berperang tiada lain drp itu. Akibat dari itu rakyat Saddam merasa tertekan termasuk desakan dari rakyat Iraq dan puak Sunni yg berada di luar negara utk menubuhkan sebuah kerajaan yg baru kerana mereka merasa kehidupan mereka amat tertekan.

Ada rakyat Saddam yg berkata jika tidak kerana ketamakan Saddam mempertahankan kuasanya mungkin tidak akan berlaku pertumpahan darah di bumi Iraq. Benarkah??
Atas desakan itu rakyat Iraq yg berada di luar negara meminta pertolongan dari AS dan berkesudahan AS menyerang Bumi Iraq dengan alasan menghapuskan keganasan di mana kononnya rakyat Iraq hidup dalam penderitaan.

Akibat dari serangan itu kemusnahan dapat di lihat di mana-mana di sekitar kota Baghdad termasuk bangunan kerajaan, rumah orang awam, sekolah dan masjid2 di mana musnah di bedil oleh tentera AS. Keadaan itu sekali gus menyebabkan rakyat Iraq hidup lebih derita dan sengsara dari keadaan sebelumnya.

Akibat dari kesan itu rakyat Iraq sedar yang kebebasan tidak boleh di capai melalui pertolongan pihak ketiga. Barangkali kita perlu bertanya bahawa apakah AS berniat baik mahu memakmurkan Iraq ataupun sebaliknya? Apakah Saddam yg dipilih oleh rakyat harus digulingkan krn dianggap menyusahkan rakyatnya? Apakah benar Saddam menyusahkan rakyatnya??? Selepas kejatuhan Saddam pada 9 April 2003, kekeliruan, kebingungan dan kemarahan terhadap kesilapan yg berlaku terus menghantui rakyat Iraq.

Dan buat pengikut-pengikut PR ambillah ikhtibar apa yang berlaku terhadap bumi Iraq. Jangan kerana perasan amarah kita mengatakan pemerintahan yg ada sekarang menyusahkan hidup rakyat, menipu rakyat, rasuah dan berbagai2 lagi yg di lemparkan ke atas UMNO/BN. Pihak pembangkang memang mencari ruang untuk memecah belahkan perpaduan yg sedia ada.

No comments:

Post a Comment