Harga Minyak Naik Tengah Malam Ini !


Harga petrol RON97 akan dinaikkan 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter berkuatkuasa 1 Disember ini, mengikut sumber.
Pengumuman rasmi dijangka akan dibuat lewat hari ini. Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Namun apa yang perlu ditegaskan disini jika harga petrol ron97 naik sekalipun, terma sebenar yang sesuai adalah (PELARASAN HARGA) mengikut harga dunia. Kita dapat lihat, betapa subsidi tetap diteruskan melalui petrol ron 95 yang digunakan oleh majoriti rakyat Malaysia. Larangan terhadap warga asing dari membeli petrol ron 95 adalah suatu langkah yang bijak bagi hanya rakyat Malaysia yang layak menerima subsidi dari kerajaan yang prihatin terhadap rakyat ini.

Pohon rakyat yang bijak menilai dapat meahami bahawa kenaikan yang berlaku ini adalah pelarasan harga mengikut harga petrol dunia yang melibatkan petrol ron 97 sahaja. Ron 95 masih lagi tetap menerima subsidi yang sewajarnya dari kerajaan untuk meringankan beban rakyat.

Inilah Rupa Pondok rehat Kerajaan Selangor yang bernilai RM 55,000


Inilah mahligai pondok rehat yang bernilai RM55,000.00 di Kompleks Sukan Pandamaran Klang yang menjadi kontroversi bebaru nie.. Inilah hasil kerja tangan MPK yang di bawah Kerajaan Selangor yang telus mulus..

Lihatlah betapa hebatnya rekabentuk pondok rehat yg berlantaikan emas permata, berbumbungkan intan berlian, bertiangkan emas berpuluh2 karat..
hebatnya DAP menipu rakyat..hehee

Lihatlah Dunia! Betapa Zolimnya Kerajaan DAP pada orang Islam P.Pinang!


Saya ingin menarik perhatian tuan/puan kepada masalah yang dihadapi penduduk Islam di Taman Mewah Fasa 2, Batu Maung. Surau di taman ini telah sekian lama berfungsi dengan baik. Tetapi berada dalam keadaan tidak sempurna akibat tidak mempunyai ruang solat yang mencukupi dan tiada kemudahan wudhuk serta tandas. Oleh yang demikian, surau ini telah diubahsuai dengan perbelanjaan orang ramai dan telah siap sepenuhnya. Malangnya surau ini tidak dapat digunakan. Pintu surau dikunci. Sumber air untuk ke surau ini juga dikunci. Ini menyebabkan surau ini tidak berfungsi langsung dan penduduk terpaksa solat di surau berhampiran iaitu Surau Taman Iping.

Apa yang pelik ialah pemaju iaitu Lip Sin Development Sdn. Bhd. tidak memberi kebenaran untuk menggunakan surau ini dan telah memberi amaran untuk merobohkan surau ini. Pelik dan hairan juga apabila pemaju melantik pengerusi persatuan penduduk daripada kaum Cina sedangkan 80% penduduk taman Mewah adalah kaum Melayu. Mereka telah melantik kaum cina menjadi pengerusi tanpa mendapat persetujuan orang ramai. Dengan ini akan memudahkan kerja mereka untuk merobohkan surau ini kononnya telah mendapat persetujuan dari persatuan penduduk, sedangkan pengerusi persatuan adalah kaum Cina. Jelas perlakuan pemaju adalah keji dan bersifat dangkal.

Kami penduduk Islam di Taman Mewah telah menghubungi YB Malik Kassim dan menyatakan masalah ini. Tetapi malangnya beliau hanya memekakkan telinga dan membutakan mata serta sanggup melihat urusan agamanya sendiri dipermainkan oleh kaum Cina. Beliau selaku ADUN Matu Maung dan memegang portfolia exco hal-ehwal agama kerajaan Pulau Pinang telah gagal melaksanakan tugas dalam menyelesaikan kemelut antara penduduk Islam Taman Mewah, Persatuan penduduk dan Pemaju. Hal ini langsung tidak menggambarkan slogan "CAT" yang dilaungkan oleh kerajaan Pulau Pinang.

Kami berasa amat kecewa, terasa dihina, dipermainkan serta dianiayai di tanah tumpah darah kami sendiri. Apakah kami tidak mempunyai hak menggunakan surau untuk solat 5 waktu? Apakah kami mahu dihalang dari menjalankan urusan agama kami? Apakah akan terjadi kepada nasib anak-anak kami jika mereka tidak mendapat pelajaran Al-Quran yang sekian lama diajar di surau kami? Apakah kami telah jadi lebih hina daripada kaum Cina. India yang membina kuil di merata-rata walau di atas tanah milik orang melayu? Apakah YB Malik Kassim mahu menadah air liur kaum cina/india dan menyapu ke muka kami? Sudah lah tanah milik Melayu dirampas, orang Melayu diusir dari bahagian pulau, apakah saki-baki orang Melayu Islam yang tinggal di pulau tercinta ini tidak dapat hidup dengan aman?

Saya amat berharap agar semua pihak yang terlibat dapat turun melihat, berbincang dan menyelesaikan masalah SEGERA supaya laungan azan dapat kedengaran semula di SURAU TAMAN MEWAH FASA 2.

Ingatlah, apabila anda sekat orang-orang Islam daripada menunaikan solat dan melaungkan azan, kerajaan negeri anda akan hancur. Kepincangan akan wujud dalam pentadbiran negeri anda serta anda jangan menangis sekiranya anda gagal mempertahankan kerajaan negeri anda di masa akan datang. Kerana anda bukan sahaja menganiayai dan mendatangkan kesusahan kepada orang Islam Pulau Pinang, sebaliknya anda juga telah mengundang kemurkaan dari PENCIPTA LANGIT dan BUMI.

Sekian.
Penduduk Taman Mewah Fasa 2

AS: LIHATLAH KANDUNGAN ISI SURAT INI YANG DILUAHKAN OLEH PENDUDUK ISLAM TAMAN MEWAH FASA 2 DI BATU MAUNG, PULAU PINANG. DAPAT DIBUAT KESIMPULAN YANG SEAKAN-AKAN ADA SATU AGENDA HALUS UNTUK MELEMAHKAN DAN MENAFIKAN HAK ORANG ISLAN DI TAMAN TERSEBUT DAN PULAU PINANG AMNYA. BAYANGKANLAH JIKA DAP MEMERINTAH MALAYSIA, APALAH NASIB KITA? NAUZUBILLAH. MOHON DIJAUHKAN DARI BALA INI.

credit to Parpukari atas surat ini

Zue seksi, Kau menawan kalbu ku..


"PKR ini siapa punya? Kita yang punya mereka nak sibuk mengapa? Kita hendak letak kerusi (Ketua Umum) itu di atas ke, di bawah ke, suka hati kitalah," kata Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, Ahad.

Menyebut tentang 'ucapan penggulungan' terasa sayu pulak hati AS mengenangkan PKR yang sedang gulung tikar. Agaknya itulah ucapan penggulungan terakhir setelah membuang masa kira-kira 10 tahun mempertahankan Anwar.

AS rasa ramai yang kecik hati dengan kata-kata sexy lady tu. Setau AS, dalam negara demokrasi semua parti adalah hak awam. Lainlah negara komunis atau sosialis. Najib dan Rosmah kena kutuk, kena tohmah, dan dilontarkan pelbagai fitnah namun tidak pula melenting mengatakan hal peribadi mereka, 'mereka punya pasal'.

Najib dan Rosmah sedar dan faham tentang politik.

AS bukan nak campur tangan hal ehwal parti zu sexy tu tapi risau jugak kalau lah PKR tak boleh ditegur, bagaimana jika mereka berkuasa dalam kerajaan?

Video Panas Yang baru Didedahkan! Ahli PKR Nangis Teresak-Esak kena Pukul!

Video yang dirakam semasa pemilihan pkr Sabak Bernam. Lihatlah sendiri betapa kalutnya parti ini. Simpati pun ada sebab mamat tu menangis macam budak kecik sebab kena balun dengan sesama geng sendiri.

Credit to My Fren Azelan Adnan

PAS Biarkan Islam Dihina! PKR Lacurkan Ketuanan Melayu!!


dap boleh hina Islam pas tak marah, sekarang pkr akan mentongsampahkan ketuanan melayu!
apa lagi yg boleh orang melayu harapkan dari pas dan pkr?

PKR makin sesat! Demo Depan Dewan Kongres Disamakan Seperti Berdemo Depan Kaabah

Selepas mendakwa Anwar Ibrahim adalah anugerah Allah taala, kini mereka menyamakan pula orang yang berdemo depan ibu pejabat PKR samalah seperti berdemo di depan Kaabah . Seorang perwakilan dari Negeri Sembilan, Ibrahim Yusoff mengungkapkan kalimah keramatnya ini dalam perbahasannya sebentar tadi.

Wahai Saudara Brahim, nak mengampu Nuar pun patut padan la. Janganlah sampai rendahkan kesucian Kaabah disamaratakan dengan Dewan Sivik MPPJ. Yang berdemo pulak tu majoriti kaum India.Sungguh memualkan anak tekak AS.

Ni AS tempekkan sikit gambar mereka yang seperti berdemo depan Kaabah semalam, Ramai juga jemaah haji India yang berdemo semalam. Hehe




PKR delegate compares party’s meet to Mecca

PETALING JAYA,
Nov
28 — PKR Negri Sembilan delegate Ibrahim Yusoff today condemned party
members who demonstrated outside its national congress yesterday, before
likening the ongoing event to the holy Muslim pilgrimage to Mecca.

“Those that demonstrated outside at the national congress are like Muslims that went all the way to Mecca to demonstrate in front of the Kaaba,”
he said
during debate on the president’s policy speech.
Yesterday, a group of fewer than 50 supporters led by KS Kottapon held a demonstration outside the Petaling Jaya Civic Centre, which ended after it was blocked by party officials.

The peaceful gathering briefly turned unruly when a member of PKR’s security team appeared to manhandle an Agenda Daily reporter. The person went on
to threaten other media representatives not to cover the protest or risk being
barred from covering the congress.

Yesterday’s protest had been over the allegations of fraud in the party’s recently-concluded direct elections, which had resulted in the withdrawal of Datuk Zaid Ibrahim from the deputy presidential contest.

Zaid later quit PKR and claimed the party had failed to uphold democratic principles.
Another deputy presidential candidate, Mustaffa Kamil Ayub, also threatened to pull out from the contest over the allegations changed his mind after discussions with party leaders but insisted that he did so under protest.
MALAYSIAN INSIDER

Anuwar Celaka! Sampai Batik Malaysia Pun Hang Nak Hina Di Negara Luar. (video)

Apa ni? Sudah-sudahla tu Anwar. Sudah banyak onar yang dah dibuat di muka bumi Malaysia ini. Sudah banyak kau perburukkan Malaysia di negeri luar. Orang macam hang sememangnya layak dibuang negara! Layak dilucut kerakyatan! Jika ada hukuman bunuh terhadap pengkhianat negara, you deserve it!

Sampaikan Industri Batik Malaysia pun nak diperburukkan di negara luar! Apa ni? Desperade sangat dah ka? Kesian pada 20,000 orang yang terlibat dalam industri batik di Malaysia yang bekerja keras mencari rezeki melalui batik. Ternyata kau manusia yang amat celaka!a

Kisah Sedih! Srikendi Keldaian yang tak tau UiTM..




AS kesian sangat dengan Ketua srikandi keadilan, siti aishah shaik ismail (sasi) sebab sampai tak tahu nak bezakan universiti teknologi mara (UiTM) dgn universiti teknologi malaysia (UTM)! Macamana tu????..

Tu pun ada hati nak perlekehkan semua orang especially Puteri UMNO yang pada pendapat bodohnya ada macam-macam masalah. Stetment dalam blog semua stetmen syok sendiri, takda sebarang fakta atau analisis yang mengatakan student-student U menyokong mereka pun!

Alahai SASI the don..

p/s: Sripandir Keldaian ni sayap PKR ka? Macam tak wujud saja?

Kuil di Butterworth Diroboh Oleh LGE Laknat!




Insiden perobohan kuil yang terletak di Jalan Chain Ferry, Butterworth ini berlaku hanya selepas beberapa hari sahaja selepas Timbalan Ketua Menteri 2Pulau Pinang berjanji dalam sidang akhbar mengatakan


"Tidak akan ada walau sebiji bata pun akan dipecahkan di mana-mana kuil dibawah Kerajaan Pulau Pinang"
Sepatutnya P. Ramasamy tidak harus membuka mulut membuat janji palsu berkata kuil-kuil di Penang takkan diroboh. Perkara ini bukan sesuatu yang baru bagi beliau. Sejak dari kes Kampung Buah Pala sehinggalah kes kuil yang dirobohkan ini, Rama hanya menjadi hero bercakap dan kosong dalam tindakan!

Dimaklumkan bahawa kuil ini mempunyai sijil 'Pendaftaran Kuil'. Bukannya kuil yang dibina sesuka hati. Namun jika begitu mengapa Pihak berkuasa beria-ia menyuruh agar semua rumah ibadat didaftarkan dengan mereka? Yang lawaknya. si Ramasamy ni dikatakan datang pada malam itu dan mengarahkan penduduk membina kuil itu semula SECEPAT MUNGKIN! Apa ni? Penduduk kata jangan buat cerita katun la yang wakil kerajaan negeri tak tahu menahu tentang operasi perobohan kuil tersebut pada hari tersebut.

Oleh yang demikian, semua rakyat Penang tolak la kerajaan negeri Penipu Rakyat ni!
Dulu masa kuil yang dirobohkan di Selangor dan menjadi isu besar, juak-juak celaka macam Ramsamy ni lah yang nak jadi hero menghentam kerajaan negeri yang ditadbir oleh BN pada masa itu. Sekarang! Baru hangpa ada akai...

LGE Laknat Dah Jadikan Pun Penang Sebagai Hub Hiburan! Mana pi pemuda PASngok?



Panas!! Keluar dalam akhbar sinar baru-baru ini,terpampang 'PP mampu jadi hab hiburan.'

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan, Pelancongan dan Kebudayaan , Danny Law Heng Kiang berkata, mereka menjemput Kumpulan Tersohor 'Air Supply' dan ramai artis lagi selepas ini. Konsert macam ni boleh membantu menaikkan publisiti terhadap pelancongan.
Apabila Ng Yen Yen mendedahkan kedatangan pelancongan ke Pulau Pinang merudum, baru mereka nak sedar.
Maka jalan mudah untuk tingkatkan industri pelancongan di PP, kerajaan negeri nak jadikan PULAU PINANG SEBAGAI HUB HIBURAN.

AS NAK BAGI TAU PADA KELDAI DAP YAKNI PAS DAN PKR. HANGPA BISING SATU MALAYSIA KATA DALAM ETP MALAYSIA AKAN JADI HUB HIBURAN. APABILA PENANG NAK JADIKAN HUB HIBURAN SEMUA ORANG PAS DIAM. BACUL DAN PENAKUT. BILA BN BARU CADANG DALAM ETP TENTANG HUB HIBURAN PAS MELENTING KATA BN KAFIR DAN MACAM-MACAM. TAPI GUAN ENG DAH CONFIRM BUAT PENANG JADI HUB HIBURAN HANGPA DIAM. MANA PI TELUQ HANGPA?

BERDASARKAN MAKLUMAT, PENGUNJUNG KONSERT AIR SUPPLY YANG HADIR HAMPIR 5300 ORANG DAN HANYA 32 TIKET PERCUMA SAHAJA DIBERIKAN KEPADA PENGHUNI RUMAH ST NICHOLAS DAN LITTLE SISTER OF THE POOR. KENAPA TAK BAGI KAT PEMUDA PAS SAMA? BOLEH JOIN SEKAKI! LEPAS NI NAK PANGGIL ARTIS MANA PULAK? ADAM LAMBERT(JGN TAK DEMO YE!?) LADY GAGA?

" PETIKAN KATA KATA DANNY LAW DALAM SINAR "
......SAMBUTAN YANG MENGGALAKKAN
MENUNJUKKAN RAKYAT TEMPATAN MENUNJUKKAN SOKONGAN PADU DAN KEBANYAKKANNYA
MENGHARAPKAN AGAR LEBIH RAMAI ARTIS ANTARABANGSA DI BAWA MASUK UNTUK MENGADAKAN
PERSEMBAHAN KATANYA"...............
Sekarang apa kata PAS? Apa kata Salleh Man? Bising la cepat satu malaysia kata penang buat hub hiburan. BN baru rancang dalam ETP . DIULANGI!! Baru rancang dan dalam ETP bermaksud hiburan tu bukan macam Penang tingkatkan rumah urut dan disko secara besar-besaran. Malik Kassim exco agama buat apa?

Orang PAS meroyan sebab Imam Muda tak sokong parti mereka!


Kerana Tidak Menyokong PAS, Imam Muda Terus Jadi Sasaran Penyokong Fanatik Pas..

TUMPAT 25 Nov – Imam Muda Masjid As-Somadi, Getting, Rosli Abdul Latif,
31, kecewa dan kesal dengan segelintir penyokong Pas kawasan berkenaan yang
sanggup mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan Majlis Agama Islam Kelantan
(MAIK) hari ini yang mahukan beliau meletakkan jawatan.

Menurutnya,
beliau telah dipanggil oleh pihak MAIK bersama seorang lagi imam Masjid
As-Somadi setelah timbul pelbagai masalah di qariah berkenaan termasuk beliau
tidak dibenarkan menjadi imam di masjid itu oleh beberapa ahli qariah.

“Apa yang saya kesalkan adalah kehadiran penyokong Pas yang sanggup
menaikkan kain rentang dan sebagainya bagi menuntut saya meletakkan jawatan.
Saya cukup hairan…Kenapakah saya menjadi mangsa kepada mereka sedangkan saya
hanya melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh MAIK.

“Sebelum ini, pelbagai tuduhan dan penghinaan dilemparkan sehingga ada
yang tergamak mengatakannya mengasingkan politik dengan agama. Golongan ini
tuduh saya macam-macam.

“Soal pulau di masjid satu hal. Tuduh pula saya
berpolitik UMNO dan sebagainya sedangkan saya tetap dengan Islam dan saya tahu
membezakan yang mana agama dan yang mana bukan agama. Saya belajar pondok sejak
berumur 12 tahun sehingga sekarang.

“Malah saya tidak pernah menzahirkan
kecenderungan terhadap mana-mana parti politik. Ini kerana saya tahu
tanggungjawab saya adalah Imam. Perkara itu adalah di dalam hati kecil saya dan
Allah S.W.T. sahaja yang tahu,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Penyokong Pas hari ini dilaporkan mengadakan demonstrasi di hadapan
bangunan MAIK setelah imam muda masjid As-Somadi, Getting, Ustaz Rosli Abdul
Latiff dipanggil oleh MAIK bersama seorang lagi imam Masjid berkenaan.

Rosli sebelum ini mendakwa berikutan kritikan setiap kali beliau
mengimamkan solat, ada antara makmum melakukan solat berjemaah dengan imam yang
lain secara berasingan di belakang dan disebabkan itu, beliau tidak dibenarkan
menjadi imam.

Dan hari ini beliau hanya sekadar pergi menunaikan solat
jemaah di Masjid Geting dan bukan lagi menjadi Imam atau khatib Jumaat
sungguhpun beliau dilantik oleh MAIK.

Beliau seterusnya berharap para
penyokong Pas dapat berfikir dengan matang dan tidak terbawa-bawa dengan
sentimen politik melampau sehingga tidak mampu membezakan antara yang benar dan
yang salah.

“Apa salah saya…Cuba kemukakan…..Apakah kerana bapa mertua
saya, Abdullah Sa’amah kerap mengkritik Nik Abdul Aziz, maka saya menerima
tempiasnya sedangkan saya hanya mahu melaksanakan tugas yang dimanahkan oleh
pihak MAIK.

“Sungguh pun saya di “cop“ sebagai penyokong UMNO dan
sebagainya, saya tidak ambil peduli. Cuma apa yang saya harapkan segelintir
penyokong Pas ini kembali kepada landasan sebenar untuk memastikan perpaduan
ummah di Getting,“ katanya.


AS:
Masih ada lagi puak hampas yang buat solat jemaah 2 imam serentak ni!
Ingatkan dah takdak dah sebab kat tempat AS sendiri, solat 2 imam ni boleh dikatakan dah selesai, yang ada cuma solat ikut masjid pro parti mana (Jawatankuasa masjid).
Tapi dari segi orang UMNO ni, tak kisah pun mana-mana. Cuma juak taksub pAS saja yang masih bersikap jumud dan angkuh!
oo .. menantu Abdullah Sa'amah rupanya. patutlah dilayan sebegitu oleh puak-puak hamPAS ni..
Pesanan AS, buat je kerja Imam tu, yang penting nawaitu kita hanya Allah swt yang tahu..
Jangan sampai orang kata makan elaun imam buta sudah.. Bab orang pas tu! semua orang well known sikap mereka yang 'angkuh' dan berlagak 'alim' macam bagus!

Raja Drama Anwar Ibrahim (video)

Tontonilah video klip ini yang dibawa khas oleh anak seberang dan hayatilah bait-bait senikata lagu yang sememangnya tepat kepada Anwar Ibrahim. lakon Layar dia memang cukup terhebat! Hati-hati!

LGE jahanam bertindak kejam lagi dengan merobohkan gerai melayu!



Lagi gerai diroboh

Di sebalik protes serta bantahan pelbagai pihak berhubung isu penindasan terhadap peniaga Melayu di negeri ini, aktiviti agensi penguat kuasa kerajaan negeri meroboh gerai golongan itu seolah-olah tiada kesudahannya, malah semakin menjadi-jadi.

Jika sebelum ini tindakan meroboh gerai Melayu tertumpu di kawasan pulau, kini ia menular ke Seberang Perai. Terbaru enam pengusaha gerai makanan dan minuman berhampiran astaka medan selera Bandar Perda di sini pula menjadi mangsa.

Dalam operasi kira-kira pukul 9 pagi ini, kira-kira 30 anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) meroboh gerai peniaga kecil di kawasan itu kerana didakwa beroperasi secara haram.

Selain khemah dan payung gerai, pelbagai peralatan termasuk mesin atau dapur memasak, meja serta kerusi turut dirampas.

Paling dikesali, operasi atas arahan kerajaan negeri DAP itu tetap diteruskan walaupun seorang peniaga merayu supaya ia ditangguhkan memandangkan satu majlis kenduri meraikan 150 anak yatim dan ibu tunggal sempena Aidiladha akan diadakan di situ petang ini.

Seorang peniaga, Muhammad Zaini Masiam, 53, berkata, dia cuba merayu supaya operasi itu ditangguhkan memandangkan anak-anak yatim serta ibu tunggal sudah dijemput, malah persediaan memasak lauk-pauk sedang dijalankan.

“Tapi mereka tidak peduli langsung kerana memberi alasan arahan sudah dikeluarkan untuk roboh. Berilah muka sedikit, ini tujuan amal bukan untuk suka-suka,” katanya yang kerugian lebih RM15,000 selepas pelbagai peralatan dapur dan khemah gerainya dirampas .

Muhammad Zaini mendakwa, kerajaan negeri bersikap ‘pilih bulu’ apabila banyak gerai terutamanya di Taman Chai Leng serta di sekitar Pasar Awam Bukit Mertajam tidak dirobohkan walaupun secara terang-terangan mengganggu laluan trafik dan menyusahkan orang ramai.

“Kami bukan kaya, nak berniaga pun kumpul modal anak-beranak. Pendapatan pun bukan banyak, peniaga kaum lain dibiarkan bebas berniaga tetapi peniaga kecil macam kami diganggu,” katanya kesal.

Peniaga char kuetiau, Rosli Che Me, 32, pula memberitahu, dia menerima notis daripada MPSP minggu lalu yang mengarahkan dia mengosongkan kawasan tersebut kerana beroperasi secara haram, selain didakwa berniaga di tempat letak kereta.

“Kenapa kerajaan negeri tidak boleh bertolak ansur? Dulu ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN), tidak pernah kami dilayan begini tapi keadaan sudah lain. Kerajaan negeri seolah-olah mahu menabur pasir dalam periuk nasi kami,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Suhaimi Musa, 56, berkata, dia pernah menyewa premis di astaka medan selera berkenaan tetapi sambutan pelanggan terlalu sedikit memandangkan saiznya yang kecil.

‘‘Sekurang-kurangnya berilah pilihan atau kenal pasti tempat yang lebih sesuai, janganlah hanya menghukum kerana kami pun nak cari makan untuk menyara keluarga,” katanya.



AS:Makin lama makin menjadi puak-puak ni! Peniaga juga menyatakan bahawa semasa pemerintahan BN, mereka tak dilayan kejam sebegini! Apalah salah besar sangat meniaga disitu? AS pun selalu makan bawal goreng di situ tengok peniaga yang berniaga disitu membuat tambahan khemah takdelah sampai menggangu lalulintas.

MPSP pi la jenguk Chai Leng Park, Jln Raja Uda nunn.. Maharaja lela meniaga haram ka halal sapa pun tak kesah, kacau jalan pun no problem!
Awat? takut sangat dengan cina? Lge takut cina kalih dia ka kalau gerai cina kena kacau? Yang penguatkuasa pon, pikiaqla sikit, tadak hati perut ka..

Yezz.. Arahan tetap arahan. Law is law! tapi tiadakah sedikitpun ruang untuk berdiplomasi?

AS; BILA NAK MAI PEROBOH DI NIBONG TEBAI?

Video Baru! Biskut 4 segi sorang sekeping! Tak patutt..



credit to padi jantan..

perkara ini bukan disebabkan media yang 'kononnya' berat sebelah
yang tak menyiarkan bantuan kerajaan negeri semasa musibah banjir tempohari.
TETAPI luahan penduduk Kedah Sendiri! Roti empat segi seorang sekeping.. hehehe

Teori Kematian PKR. Percayakah anda?


PKR dalam proses dimatikan oleh Anwar sendiri setelah PKR digunakan Anwar untuk menjatuhkan TDM. Zaid dalam proses akhir untuk menjahanamkan PKR atas permintaan Anwar supaya undi Melayu hanya akan beralih samada kepada PAS atau UMNO.

Sebagai balasan politik kepada Anwar atas persetujuannya untuk tidak menentang pentadbiran Najib, Anwar bakal dibebaskan dari semua tuduhan selepas PRU13 dan selepas PKR dibubarkan sepenuhnya.

Anwar hanya akan membuat keputusan samada untuk menyertai PAS atau UMNO bergantung kepada jumlah peratusan undi Melayu selepas PRU13 walaupun beliau akan terus cenderung menyokong PAS dalam kempen PRU13 yang semakin dekat.

Percayakah pembaca blog AS yang setia sekalian?

AHLI PKR DAN DAP SARAWAK PULA IKUT JEJAK ZAID IBRAHIM


Jejak langkah Zaid Ibrahim nampaknya telah menular ke Sarawak. Dahulunya, jarak Semenanjung Malaysia dengan Sarawak TERsangat jauh. Ketika itu kos penerbangan Sarawak ke Kuala Lumpur sangat mahal, tetapi sekarang ianya jauh berubah.

Penerbangan MAS, Air Asia dan akan datang Firefly yang membuat penerbangan terus Kuching – Kuala Lumpur dan sebaliknya. Begitu juga talian telefon, panggilan dan SMS TERsangat murah, dan internet (facebook, twitter dan blog) cepat dan mudah dicapai oleh mana-mana negeri di Malaysia. Ini termasuklah informasi dan maklumat terkini dalam dan luar negara.

Dua minggu lalu, politik negara digemparkan oleh sidang akhbar Zaid Ibrahim yang mengutuk Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang didakwa menyeleweng dan tidak telus dalam mengadakan Pemilihan PKR 2010. Tetapi, berita itu tidaklah menggemparkan rakyat Malaysia kerana sebelum ini PKR sentiasa dihantui masalah dalaman sehingga menyebabkan pemimpin atasan PKR sentiasa memberikan sejuta macam alasan apabila diajukan masalah yang berlaku dalam PKR.

Seperti mana gemparnya Zaid Ibrahim, PKR Sarawak dan DAP Sarawak juga telah digemparkan dengan satu berita yang kurang menyenangkan dan mempunyai hubung kait dengan pemecatan Zaid Ibrahim.

Lebih 60 orang ahli-ahli PKR Sarawak dan DAP Sarawak dari Kampung Koran Empaneg, kira-kira 12 km dari bandar Serian telah mengambil keputusan keluar parti dan menyertai PBB.

Menurut Anthony Nayan, Pengerusi Program Mesra Jiran menjelaskan ahli-ahli PKR Sarawak dan DAP Sarawak keluar parti disebabkan ketidakpercayaan mereka terhadap perjuangan parti dan hala tuju dalam politik Sarawak. Majlis penyerahan borang keahlian PBB telah disampaikan kepada Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, John David.

Walaupun berita ini tidaklah sampai mengemparkan rakyat Sarawak mahupun masyarakat Malaysia, namun bagi mereka yang terlibat tindakan ini sangat bermakna khususnya dalam merealisasikan perjuangan politik yang aman dan damai seperti yang diperjuangkan kerajaan sekarang.

Apakah tindakan ini suatu yang dirancang atau kebetulan? Walau apapun, keputusan bekas ahli-ahli PKR Sarawak dan DAP Sarawak ini pastinya memberikan tamparan kepada kedua-dua parti itu. Nescaya, tindakan keluar parti tidak akan berhenti di sini dan pasti selepas ini ramai lagi ahli-ahli Pakatan Pembangkang akan keluar parti. Yang pasti perjuangan Pakatan Pembangkang di Sarawak semakin melencong dan terkeluar daripada landasan.

Wira Kenyalang

Iklan pilihanraya yg terlampau...




Maafkan AS jika entry kali ni mengganggu keselesaan kalian..
Tidak berniat sikitpun untuk membawa unsur-unsur lucah didalam blog suci murni ini..
Ini ialah iklan pilihanraya di Sepanyol..
Bayangkan jika di Malaysia? mohon jauhkanlah dari benda-benda macam ni..
Syukurlah negara Malaysia yang agama rasminya Islam tidak akan membenarkan perkara ini akan berlaku sama sekali!
Entahlah jika PR perintah? Sama Rata, Sama Rasa semua buleh jadi..
Jangan main-main woo...

Eksklusif! Logo Baru BN?


Logo baru ada simbol 1Malaysia
Perubahan pada logo Barisan Nasional (BN) akan menyaksikan suntikan simbol '1' yang antara lain mendukung elemen gagasan 1Malaysia.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata simbol dacing sebagai logo BN sejak pendaftaran rasmi parti itu pada 1 Jun 1974, bagaimanapun tetap dikekalkan.
Katanya, perubahan juga dibuat pada warna untuk membangkitkan keceriaan. “Perubahan ini sudah mengambil kira pandangan semua pihak berkaitan,” katanya, semalam.

Sementara itu, veteran UMNO, Tan Sri Aishah Ghani, berkata perubahan yang berupaya memberi kesan positif kepada BN, wajar dilakukan sebagai tarikan baru.
Beliau berkata, suntikan elemen 1Malaysia pada logo BN adalah baik tetapi kerajaan harus memastikan gagasan itu difahami masyarakat dengan betul.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata BN akan melakukan sedikit perubahan pada logo dan warna parti yang dijangka diumumkan pada Konvensyen BN, Ahad ini.

Sementara itu, veteran UMNO, Tan Sri Aishah Ghani, berkata sebarang perubahan yang berupaya memberi kesan positif kepada BN, wajar dilakukan sebagai tarikan baru.
Dalam konteks ini, beliau berkata, suntikan elemen 1Malaysia pada logo BN adalah baik tetapi kerajaan harus memastikan konsep gagasan itu difahami masyarakat dengan betul.

PERHATIAN!! GAMBAR LOGO DI ATAS HANYALAH IMAGINASI ANAK SEBERANG SAHAJA. SAMA-SAMA KITA NANTIKAN LOGO YANG BARU DENGAN PENUH RASA SABAR.

CUMA SATU HARAPAN AS, LOGO BARU TU JANGAN DIUBAH TERLALU DRASTIK SEHINGGA BOLEH MENGELIRUKAN PAKCIK MAKCIK NENEK TOKWAN KITA ATAU RAKAN-RAKAN DI KAMPUNG ATAU PENDALAMAN NUN.. TAK KE JADI SATU KERJA PULAK NANTI NAK KENA TURUN PERJELASKAN DI AKAR UMBI! HEHEHE

Anwar tak pandang pun kaum India dalam PKR..


Sungguh malang sekali. Tiada wakil kaum India yang terpilih mengisi 3 jawatan teratas dalam PKR Pusat. Keadaan ini amatlah menyedihkan sekali. Walaupun mereka dikatakan mewakili 35 peratus daripada keseluruhan anggota PKR.
Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden telah dimenangi secara tidak rasmi oleh Bini nombor 1 dan 'bini nombor 2' Anwar. Berikut adalah keputusan 7 undi tertinggi bagi jawatan naib presiden yang ditandingi seramai 16 orang.

Berikut jumlah Undi yang diterima bagi jawatan naib presiden (4 tempat sahaja):

Nurul Izzah - 13,170
Tian Chua - 11,460
Fuziah - 8,891
Mansor - 8,477

Xavier - 6,984
Gobalakrishnan - 6,721
Yahya Sahri - 6,436

Daripada keputusan diatas dapatlah disimpulkan bahawa jurang undi diantara tempat ke-4 dan ke-5 agak jauh. Malangnya tiada wakil kaum India yang layak menduduki kerusi naib presiden itu. Dimana pula kedudukan R. Sivarasa dan S. Manikavasagam? Daripada dakwaan Chegu bard hari ini yang mengatakan ada campur tangan seius Anwar dalam pemilihan, Dapat rentetan dakwaan demi dakwaan dapatlah dismpulkan bahawa Anwar tidak mahukan kaum India memegang jawatan penting dalam PKR. kalau dia betul ikhlas, pasti tangan ghaib Anwar akan mengarahkan agar undi diberi kepada salah seorang wakil dari kaum india yang disukainya.

Ayuh kaum India, sedarlah bahawa anda semua sebenarnya adalah dipergunakan semata-mata demi kepentingan peribadi Anwar Ibrahim mahu jadi PM.
Samy Vellu sudah mahu berundur bulan depan, jika ramai yang mengatakan mereka menolak MIC sebab sudah jemu dan muak dengan penguasaan Samy Vellu, sekarang tidak lagi, masa untuk bertaut kembali dengan MIC/BN sudah sampai.. Lihatlah betapa DS Najib memberi penghormatan tinggi kepada kaum India. Menaiktaraf little india di Brickfield dengan belanja yang tinggi, tambahan lagi memanggil PM India sendiri yang datang merasmikannya. Sedarlah, tolaklah Anwar ahli politik murahan ini.

p/s: tadak yang jambu kot??

Kerajaan BN sungguh zalim dan kejam!!


ALOR SETAR – Bantuan segera berjumlah RM60 juta akan diperuntukkan
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk membantu pesawah yang
terjejas banjir melakukan penanaman semula padi mengikut jadual.

Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, daripada jumlah
itu, peruntukan RM50 juta melibatkan bantuan berupa baja, benih padi sah, serta
kerja-kerja membadai dan meratakan tanah.

“Manakala RM10 juta lagi
diperuntukkan untuk membaiki infrastruktur seperti parit pecah agar sistem
pengairan tidak terganggu.

“Perkara ini akan kita akan bawa ke Kabinet
untuk mendapatkan kelulusan,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis
penyerahan pinjaman semula kepada usahawan Tekun Nasional (Tekun) yang terjejas
banjir di negeri ini, di sini, semalam.

Menurutnya, RM60 juta itu hanya
melibatkan bantuan kepada pesawah dan tidak termasuk bantuan terhadap kerugian
yang ditanggung penternak mereka yang terlibat dalam perikanan.

“Selepas
peruntukan ini mendapat kelulusan Kabinet, Kementerian akan membuat pembayaran
segera dalam bulan ini juga, bagi memastikan pesawah dapat memulakan tanaman
mengikut jadual.

“Bagaimanapun, saya meminta agar semua agensi tidak
perlu mengikut prosedur biasa dalam menyalurkan bantuan kepada pesawah yang
menjadi mangsa banjir, tidak perlu,” katanya.

Terdahulu, beliau
menyampaikan pinjaman semula kepada 360 usahawan Tekun yang terlibat dalam
bencana banjir di negeri ini, dengan jumlah pinjaman RM1,985,000.

Sinar
Harian difahamkan, sejumlah RM136,704,000 dipinjamkan kepada 16,193 usahawan
Tekun di negeri ini dan daripada jumlah itu, seramai 360 peminjam dengan jumlah
pinjaman RM3,332,489, terjejas dengan banjir.

Noh berkata, pinjaman
semula itu adalah siri kedua untuk agensi Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani menerusi Tekun memberikan bantuan segera berupa pinjaman semula untuk
peminjam yang terjejas banjir memulakan kembali perniagaan mereka.

Sementara itu, beliau turut mencadangkan agar peminjam Tekun diberikan
insentif dalam usaha menggalakkan mereka membuat bayaran balik yang lebih baik.

“Sebagai contoh, peminjam Tekun yang terlibat banjir tetapi mempunyai
rekod baik dalam pembayaran balik pinjaman, yang menerima pinjaman semula, boleh
dipertimbangkan untuk diberi insentif.

“Jika ada yang membayar mengikut
jadual atau lebih cepat daripada jadual, juga boleh dipertimbangkan Tekun untuk
memberikan rebat kepada mereka. Dengan itu baru ada perbezaan antara peminjam
yang bayar cepat dengan peminjam yang culas,” katanya


SINAR HARIAN


AS: Tajuk diatas hanya bahasa kiasan dan sarkastik untuk penyokong PR yang masih bebal
menuduh macam-macam yang buruk kepada kerajaan UMNO/BN. Ketahuilah bahawa kerajaan Pusat sentiasa mendahulukan rakyat dalam apa jua keadaan. Rakyat yang bernasib malang akan dibantu sebaik-baiknya.

Kalau benar seperti yang dimainkan oleh Penyokong Buta Tuli PR yang kerajaan Pusat tidak mempedulikan rakyat, untuk apa bazirkan wang sebanyak RM 60 juta untuk bantu rakyat kerana banjir adalah bencana alam semulajadi! Rakyat yang nak meniaga diberi pula pinjaman tekun. Kalau nak cerita keprihatinan kerajaan Pusat ni, 3 hari 3 malam pun tak abis cerita.

Tolonglah buka hati dan minda wahai penyokong tegar Pakatan Haromm, kerajaan macamana lagi yang anda hendak? kalau nak kata tidak Islamik, semua negara di dunia mengiktiraf Malaysia sebuah negara islam yang moden.
Sampailah Anwar gila meroyan menafikan apa yang PM Australia kata baru-baru ini.

Zambry Menang! Ternyata PR kaki fitnah!

Zambry menang kes saman fitnah terhadap Suara Keadilan

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menang kes saman fitnah RM100
juta terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail dan tiga pihak lain.

Nilai ganti rugi akan ditentukan mahkamah.

Menteri Besar Perak itu memohon untuk memasukkan penghakiman mengikut
Aturan 27 (Peraturan 3) Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 berikutan pengakuan
defendan-defendan dalam pernyataan pembelaan mereka.

Pada 25 Februari lalu, Zambry memfailkan saman fitnah menamakan Dr Wan Azizah selaku pemegang jawatan dalam PKR, Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali yang juga ketua editor
Suara Keadilan; penerbit akhbar berkenaan, Pelita Koridor Sdn Bhd dan pencetak
Suara Keadilan, Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Zambry berkata, artikel yang disiarkan dalam akhbar
Suara Keadilan edisi 29 Disember 2009 hingga 5 Januari 2010, bertajuk "Zambry
Disyaki Pengganas - Gagal masuk ke Amerika Syarikat" mengandungi perkataan
berunsur fitnah yang palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan berniat jahat.

Menteri Besar Perak itu berkata, perkataan berunsur fitnah itu telah
melukakan perasaannya dengan begitu mendalam, mencemarkan dengan teruk reputasi
awam, peribadi dan politiknya serta membawa kepada skandal awam, kebencian dan
penghinaan.

Beliau menuntut ganti rugi RM100 juta, termasuk ganti rugi
teruk dan ganti rugi teladan, faedah lapan peratus setahun dan juga injunksi
bagi menghalang defendan daripada menyiarkan perkataan berunsur fitnah itu atau
sebarang perkataan berunsur fitnah yang serupa terhadapnya.

Defendan, dalam pernyataan pembelaan mereka, menyatakan bahawa permohonan maaf bertajuk “Mohon Maaf Dr Zambry” dan penarikan balik artikel telah disiarkan dalam akhbar
parti keluaran 30 Mac hingga 6 April 2010.

AS: Ternyatalah sekarang siapa sebenarnya kaki fitnah! PR menggunakan akhbar rasmi mereka iaitu Harakah dan Suara Keadilan untuk terus memburuk-burukkan kerajaan. Niat mereka tidak lain tidak bukan hanyalah untuk memberi persepsi buruk rakyat terhadap Kerajaan BN yang sememangnya terbukti cemerlang dalam mentadbir negara.

MB Kedah tak nak saman tv3,bharian, utusan, bernama dan lain-lain sebab katanya asyik mencerita buruk kerajaan kedah ...kata cerita tipu , tak berani saman ke?
Pada pandangan AS, DS Zambry tuntut 100 juta, kalau dapat 5 juta pon kira okay lah juga (bila diambil kira jumlah tuntutan yang diperintahkah dibayar kepada seorang Perdana Menteri Lee Kuan Yew oleh JB Jeyaretnam, tidak mustahil seorang Menteri Besar boleh dapat RM5-10 juta).

DAP dan Melayu


KETIKA membelek edisi terbaru Suara Perkasa, Saya tertarik dengan kenyataan bekas calon DAP Pulau Pinang, A. Rahman Manap.

Menurut beliau, perjuangan DAP adalah total kepada kepentingan kaum Cina dan parti itu sebenarnya mahu meruntuhkan penguasaan politik Melayu di tanah air ini.

Katanya, walaupun Ketua Menteri Pulau Pinang sering menyatakan bahawa DAP hanya memusuhi UMNO tetapi realitinya parti itu bersikap anti-Melayu. ‘‘Mereka hanya mahu menjadikan Melayu sebagai alat mereka mencapai cita-cita politik.”

Rahman menjadi aktivis DAP pada dekad 90-an dan telah menubuhkan tiga cawangan DAP Melayu. Antara jawatan yang pernah disandang ialah Ahli Jawatankuasa DAP Bayan dan Exco DAP Pulau Pinang. Beliau pernah bertanding atas tiket parti itu di kawasan Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum 1995 tetapi tewas.

Beliau mengaku digunakan untuk berdepan dengan orang Melayu dan pegawai kerajaan. ‘‘Mereka akan terus berlakon kononnya boleh menerima orang Melayu tetapi hakikatnya mereka mahu melihat Melayu lemah dan tidak bermaya.

‘‘Kadang-kadang mereka sanggup melakukan sesuatu yang lebih baik daripada pemimpin Melayu hanya mahu memperdayakan pemikiran Melayu,” itulah antara luahan beliau. Menurut Rahman, beliau membuat pendedahan tersebut kerana tidak mahu orang Melayu tertipu dengan segala muslihat DAP.

Awang harap ia menjadi renungan orang Melayu dan umat Islam. Lebih-lebih lagi DAP kini memperhebatkan usaha untuk menarik sokongan Melayu termasuk menjanjikan peluang menjadi calon pilihan raya dan pelbagai jawatan.

Strategi DAP untuk terus mendampingi orang Melayu antara lain kerana tidak mahu bergantung kepada Pas dan PKR. Mereka bimbang Pas akan berpaling tadah daripada pakatan. PKR pula dilihat semakin goyah.

Sesungguhnya DAP adalah parti paling rasis di dunia. Pada Awang, ancaman DAP adalah jauh lebih berbahaya daripada apa-apa ancaman sekalipun yang pernah dihadapi dalam sejarah tanah air. Cuma bentuk penjajahan mereka lebih halus, berselindung atas slogan demokrasi dan tanpa menggunakan senjata. Tetapi implikasinya amat besar. Perlembagaan termasuk kedudukan Islam dan institusi beraja menjadi taruhan, yang akhirnya membawa Malaysia menuju negara republik. Apakah itu yang kita mahu?

Awang Selamat

Khairy Timbalan Menteri, Ahmad Maslan Menteri, Menteri Amaran Kena Tukaq Portfolio ???




Desas desus rombakan kabinet didakwa bakal menyaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan akan menjadi menteri penuh manakala Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai timbalan menteri.

Sumber-sumber memaklumkan rombakan tersebut dijangka diumumkan Najib Razak minggu depan atau awal bulan Disember.

Empat menteri disebut-sebut akan digugurkan iaitu Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan); Shaziman Abu Mansor (Kerja Raya); Ismail Sabri Yaakob (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Ng Yen Yen (Pelancongan).

Beberapa menteri pula dijangka bertukar kementerian seperti Hishammuddin Hussein yang kini Menteri Dalam Negeri dipindahkan ke Kementerian Pertahanan.

Dua bekas menteri, Tengku Adnan Tengku Mansor yang kini Setiausaha Agung BN dan bekas Menteri Pelancongan, Azalina Othman Said akan kembali ke kabinet.

Jika ianya benar, beberapa penganalisis politik melihat ianya sebagai petanda bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir dan Najib sedang memperkemas pasukannya.Desas desus rombakan kabinet didakwa bakal menyaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan akan menjadi menteri penuh manakala Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai timbalan menteri.

Sumber-sumber memaklumkan rombakan tersebut dijangka diumumkan Najib Razak minggu depan atau awal bulan Disember.

Empat menteri disebut-sebut akan digugurkan iaitu Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan); Shaziman Abu Mansor (Kerja Raya); Ismail Sabri Yaakob (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Ng Yen Yen (Pelancongan).

Beberapa menteri pula dijangka bertukar kementerian seperti Hishammuddin Hussein yang kini Menteri Dalam Negeri dipindahkan ke Kementerian Pertahanan.

Dua bekas menteri, Tengku Adnan Tengku Mansor yang kini Setiausaha Agung BN dan bekas Menteri Pelancongan, Azalina Othman Said akan kembali ke kabinet.

Jika ianya benar, beberapa penganalisis politik melihat ianya sebagai petanda bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir dan Najib sedang memperkemas pasukannya.


Haprak Daily

Ini pertama kali AS mengambil HaprakDaily sebagai sumber informasi. Walaupun begitu, kita perlu juga kadangkala mengambil maklumat dari pihak lawan untuk bertempur di medan perang. Baca boleh percaya jangann..

Apapun AS mengharapkan kepada kebijaksanaan TokJib dalam membuat keputusan. Jika benar rombakan kabinet akan dilakukan, pilihlah calon-calon yang benar-benar berwibawa dan bebas dari sebarang skandal yang boleh menjejaskan imej dalam menghadapi PRU13 yang akan datang.

Bab KJ tu, NO KOMENN....TOK JIB LEBIH BIJAK MENILAINYA

Jawapan Kepada Salahudin Ayob yang suka bikin rakyat keliru!


Masih boleh korban hari ni sehingga Maghrib. Jawapan dari JAKIM kepada seluruh rakyat Malaysia bagi respon terhadap Salahuddin Ayub (Din Puduraya kata papagomo), MP Kubang Kerian yang mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat berkenaan kekeliruan Tarikh Sambutan Hari Raya Korban yang disambut di Malaysia.


KUALA LUMPUR 19 Nov. - Umat Islam di negara ini boleh menunaikan ibadah korban sehingga esok( Sabtu-Hari Ini)bersamaan 13 Zulhijah iaitu sampai terbenammatahari.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz (gambar)berkata, oleh kerana Hari Raya Aidiladha jatuh pada Rabu lalu, makaumat Islam disunatkan menunaikan ibadah korban sehingga esok.

Menurut Wan Mohamad, tempoh itu bersandarkan kepada hadis yangdiriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Kitab Rad al-Muhtar 'ala al-Dural-Mukhtar Sharh Tanwir al-Absar yang ditulis oleh Ibn 'Abidin.

''Mengenai kekeliruan tempoh masa menjalankan ibadah korban yangtimbul baru-baru ini, sukacita Jakim memaklumkan bahawa ia bolehdilaksanakan bermula selepas solat sunat Aidiladha pada 10 Zulhijah danpada Hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijah.

"Oleh itu, tidak menjadi kesalahan menjalankan ibadah korbansehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijah bersamaan 20 November,''katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut Wan Mohamad, berdasarkan rekod cerapan anak bulan Zulhijah1431 Hijrah di 30 tempat cerapan rasmi di Malaysia oleh Jabatan MuftiNegeri-Negeri di Malaysia pada 6 November lalu, ahli falak mendapatianak bulan tidak kelihatan di semua tempat itu.

Justeru jelasnya, keputusan sebulat suara menetapkan Hari RayaAidiladha jatuh pada 17 November lalu setelah ahli falak mendapatkedudukan anak bulan tidak memenuhi kriteria ketetapan Imkanur-Rukyah(kebolehnampakan).

Ini bermakna katanya, Hari Tasyrik bagi seluruh umat Islam di Malaysia pada tahun ini adalah pada Khamis, Jumaat dan Sabtu.

Tegasnya, hal itu sekali gus menafikan pandangan dan kekeliruansesetengah pihak yang menyatakan ibadah korban hanya boleh dilakukansehingga hari ini sebagaimana menurut Arab Saudi.

Menurutnya, asas penentuan Hari Raya Aidiladha di Malaysia adalahselaras dengan Singapura serta Indonesia dan kebetulan pada tahun iniBrunei bersama-sama merayakannya pada 17 November.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengakses dan merujuk InfoKriteria Imkanur-Rukyah di Malaysia dan data berkaitan melalui lamanweb Jakim di
www.islam. gov.my .

Jom Pakat Turun Esok! Jangan Kita bagi muka kat puak-puak SUARAM/DAP ni!


ESOK!
SUARAM/DAP ingin membuat satu program untuk desak mansuhkan ISA pada hari Ahad ni 21 November 2010 (Ahad)jam 10 pagi di Komtar Walk.

Mari kita beramai-ramai rakyat yang sayangkan keamanan negara bantah program tersebut dan beri sokongan untuk kekalkan ISA! Orang di Penang terutamanya mai kita pakat turun bagi depa ni gerun!
Jangan bagi muka kepada makhluk-makhluk oportunis ni! Sebarkan...

p/s-Esok Pagi (Ahad) 1pagi- 1opagi Penang Bridge Tutup Sebab Ada Larian Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang

Mampukah Pasukan Sepaktakraw Negara Memenangi Pingat Emas?


Para pembaca sekalian, sila tonton TV1 sekarang saksikan siaran langsung Sepak Takraw
Sukan Asia Berpasukan di antara Malaysia menentang musuh tradisi, Thailand.
Doakan kemenangan untuk pasukan Malaysia. Semoga kilauan pingat emas milik Malaysia yang sudah lama tak dikecapi dalam sukan Asia.

MALAYSIA BOLEH!

5 Janji Anwar vs 5 Kencing Anwar



Para pembaca sekalian, walaupun sinis dan sarcastic, namun ini kemungkinan yang Anwar tak mustahil boleh melakukannya. Mencegah lebih baik dari mengubat!

DI MANA MASJID?BERJAYANYA LIM GUAN ENG DALAM MENGHILANGKAN ISLAM DI PENANG

KITA CUMA AKAN NAMPAK GEREJA DAN KUIL SAHAJA BILA MASUK IKUT JALAN TOKONG ULAR. DIKHABARKAN RUPANYA KAWASAN INI IALAH KAWASAN RUMAH IBADAT CARA DAP MEMERINTAH. ADA GEREJA, ADA KUIL, ADA KUIL TAPI TAKDE MASJID. ADA PUN SURAU YANG DILETAKKAN DI BELAKANG. TAK NAMPAK LANGSUNG. BIJAKKAN GUAN ENG MENYOROKKAN SURAU. INGAT !BUKAN MASJID TAU. SURAU. GUNA DUIT APA BUAT SURAU TU DAN GUAN DUIT SIAPA PULA PERBESARKAN KUIL TU? DUIT BUAT SURAU GUNA DUIT UMAT ISLAM?



INDAH SUNGGUH KUIL NI BAGUS DAN TAHNIAH. AGAMA YANG PELBAGAI.PATUTLAH SEKARANG DOA BUKAN ISLAM LEBIH MAKBUL DARIPADA DOA TOK GURU PAS. ALIH ALIH PAS PULA YANG IKUT CARA KAFIR. ZAMAN NABI DULU, DEKAT KAABAH NAMPAK BERHALA, NABI AKAN MUSNAHKAN. TAPI DALAM ZAMAN DAP NI, RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM PERLU DIINDAHKAN DARIPADA MASJID. BERUNTUNGKAN PAS. NANTI BOLEH MINTA USTAZ ZAKARIA BACA DOA DALAM GEREJA DAN KUIL UNTUK DOAKAN TOK SAMI DAN PADERI MASUK ISLAM.SIAN SIAN.

GEREJA 2 TINGKAT. ISLAM DAPAT SURAU. CERDIKKAN GUAN ENG. BAIK KAN GUAN ENG. BIJAK KAN GUAN ENG. GUAN KHALIFAH UMARKAN. GUAN ENG SONTOT PAS KAN. APA PAS BOLEH BUAT. BERDOA DI MEKAH DAH HABISKAN RM 400000 UNTUK BERDOA MACAM NIK AZIZ. KENAPA DOA PAS TAK DITERIMA ALLAH DI KELANTAN KER. SUDAHLAH PAS...................HANGPA PUN TAK LAMA LAGI SILAP-SILAP BOLEH GELINCIR AKIDAH.....SAYANGILAH GUAN ENG MELEBIHI TUHAN WAHAI PAS DAN PKR

ISA Perlu dipertahankan!

TUJUAN ISA DIKEKALKAN

Kerajaan telah mengumumkan bahawa adalah mustahil untuk Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, tetapi ia boleh dipinda supaya lebih bersesuaian dengan keadaan semasa. Antaranya tujuan ia dikekalkan adalah seperti berikut:

1. Akta tersebut masih relevan bagi memelihara keharmonian dan ketenteraman awam di negara ini. Sekiranya dimansuhkan golongan yang mempolitikkan ISA akan lebih berani mendesak supaya dihapuskan perkara-perkara lain yang termaktub dalam Perlembagaan negara.

2. Dapat mempertahankan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Undang-undang ini mencegah tindakan menukar sistem pemerintahan negara secara tidak demokratik

3. Bersifat preventif atau pencegahan dan bukannya kuku besi.

4. Hanya dikenakan ke atas individu untuk mencegah mereka daripada bertindak menjejaskan ketenteraman awam, kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara.

5. ISA adalah undang-undang yang bersumberkan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan itu sangat penting untuk mencegah kegiatan subversif dan terorisme.

6. Akta ini penting untuk keselamatan pribumi, keselamatan etnik, keselamatan masyarakat dan keselamatan ekonomi.

7. Ia adalah undang-undang yang diperlukan oleh sesiapa sahaja yang memerintah Malaysia kerana negara ini adalah majmuk dan sentiasa berdepan dengan masalah etnik dan agama.

8. ISA juga berjaya memberikan keinsafan kepada beberapa tahanan agar terus mencintai negara. Akta ini juga menyelamatkan bukan sahaja bakal mangsa, malah individu berpotensi ganas daripada terjebak dalam kancah keganasan.

9. Bukan satu undang-undang draconian tetapi mengandungi peraturan-peraturan yang memelihara hak tahanan.

10. Sebagai sebuah negara majmuk ISA diperlukan sebagai undang-undang pencegahan untuk melindungi negara daripada insiden buruk yang mudah memusnahkan kaum dan negara.

11. Ia juga untuk menjaga keselamatan diri individu yang terlibat kerana jika dibiarkan bebas nyawanya akan terancam.


TENTANGAN TERHADAP ISA

1. AKTA Keselamatan Dalam Negeri atau ISA adalah undang-undang yang sering dijadikan polemik, dipertikai dan dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang mencari sokongan secara murahan

2. Mereka mengeksploitasikan ISA untuk menyerang kredibiliti pemerintah kerana undang-undang ini mudah untuk membakar emosi rakyat jika disorot secara cetek dan hanya sepintas lalu.

3. Kritikan dan kecaman terhadap ISA selalunya diperkukuhkan dengan penggunaan konsep-konsep asing seperti hak-hak asasi manusia sejagat dan demokrasi liberal.

4. Penahanan tanpa bicara selama dua tahun.

5. Isu utama bukan soal hak asasi. Jika hak asasi, adakah mereka yang ditahan terbabit tidak diberikan makanan, tempat berteduh atau didera? Tetapi yang menjadi keutamaan pihak yang menentang ISA termasuk beberapa individu dalam pembangkang dan juga majlis guaman ialah mengenai hak politik.

6. Bagi ahli politik, ISA dilihat sebagai "ancaman" kepada gerakan dan aktiviti berpolitik. Mereka melihat ISA dalam perspektif bahawa kerajaan mampu menyalahgunakan kedudukan atas kuasa eksekutif untuk menahan mereka.

Kebanyakan suara yang menggesa supaya akta ini dihapuskan lahir daripada gerakan pembangkang dan juga badan bukan kerajaan seperti SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) yang keahliannya tidak seramai mana tetapi mencanangkan seolah-olah mereka mewakili suara seluruh rakyat Malaysia.

Mesti Tonton! Video Anwar Pengkhianat negara burukkan Malaysia di Sydney baru-baru ini



Geram,sedih, marah semuanya ada!!
Dikala rakyat Malaysia yg lain bermatian utk mempertahankan kedaulatan dan menaikkan nama negara dimata dunia, manusia yg bernama Anwar ni pulak sebaliknya...
Inilah namanya pemimpin terdesak...dia ni bagus tahan dok kat ISA sebab menggangu keselamatan negara dengan cara memburukkan negara sendiri

Lawak-lawak belaka faktanya, anwar menyerang negara sendiri..bangsa sendiri..agama sendiri..sebalik nya, Tun dr Mahathir kental menyerang negara-negara musuh Islam diluar sana,membantu negara-negara Islam..
Tapi masih lagi pecacai2 PR mengangkat anwar ni hero lebih hebat dari Tun Mahathir..hakikatnya, siapa pejuang Islam yg sebnar? buka la mata.

Nik Aziz Boleh Dianggap Murtad Menurut Ust Omar Khalid !!!




Fikirkan..

Pada 12 Nov 2008 Satu majlis bersejarah berlangsung apabila wakil istana Diraja Thailand, Dr Tej Bunnag bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Wat Pikulthong.

Pertemuan itu berlangsung sempena majlis penyerahan Kathin Diraja Thailand (kain kuning) pemberian Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej kepada wat tersebut yang akan dijadikan pakaian sami.

Dr Tej Bunnag juga bekas Menteri Luar Thailand. Menteri Besar dan tetamu yang hadir menyaksikan perarakan kain tersebut dibawa masuk oleh Bunnag yang lengkap dengan pakaian istiadat Diraja Thailand ke wat terbabit.

Wat Pikulthong merupakan wat pertama di luar Thailand yang menerima anugerah tersebut. Kehadiran Nik Aziz ke upacara agama tersebut telah diulas oleh Ust Omar Khalid di dalam video di atas.

Dalam Surah Al-Kafiruun(Orang-orang kafir) iaitu surah Makkiyyah, yang merupakan surah mengenai Tauhid dan pembersihan daripada segala bentuk syirik dan kesesatan. Surah ini adalah suatu tindak balas dan jawapan tegas terhadap tindakan orang-orang musyrik yang telah mempelawa dan mengajak Rasulullah s.a.w. mengadakan persefahaman, toleransi dan perdamaian dengan cara baginda menyembah atau melakukan upacara agama berhala satu tahun, dan mereka pula akan menyembah Allah SWT setahun kemudiannya. Maka turunlah surah ini bagi memutuskan segala harapan dan angan-angan mereka. Dengan turunnya surah ini, maka berakhirlah segala bentuk pertikaian dan perebutan pengaruh di antara kedua golongan itu: Golongan orang beriman dan golongan penyembah berhala, dan rancangan cetek dan bodoh itu pun ditolak dengan tegas.

Mengikut Tafsir Pimpinan Ar-Rahman halaman 1739 seperti berikut:

Bahawa kandungan ayat 1 -- 6 ini mengingatkan kita supaya tetap di atas dasar tauhid dan cara-cara beribadat menurut apa yang dibawa oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. sekalipun banyak godaan dan tipu helah daripada pihak musuh-musuh Islam dan orang-orang yang sesat untuk menjadikan kita menyeleweng daripada jalan yang benar.

PERHATIAN. Sila lihat dalam kitab Mukadimah Mastika Hadis muka surat 411 dalam bab perkara yang boleh merusakkan Iman melalui perbuatan ialah: melakukan upacara ibadat yang lain daripada Islam

Kenali Siapa Ustaz Omar Khalid di


Bila Julia Gillard Puji Malaysia, Anwar Pulak Yang Sakit Hati..Apa Kena La Dengan Anwar Nie? hehehe

Panas dan terbakar hati Anwar bila Perdana Menteri Australia, Julia Gillard memuji Malaysia sebagai sebuah negara Islam moden.

Anwar yang dikenang sebagai orang yang menentang penubuhan negara Islam di Malaysia, memang pantang bila negara luar macam Australia memuji Malaysia sebagai negara Islam berjaya.

Berjaya satu hal, negara Islam satu hal lain, maklum, Anwar kan sependapat dengan DAP bahawa negara ini adalah negara sekular.

 AS secara peribadi memandang ada perubahan dalam pentadbiran Datuk Seri Najib yang tidak segan untuk menyanggah komen tidak berasas ketua pembangkang dengan sinikal-sinikal yang memberi kesan. Pemilihan ‘sumbang’ memang tepat dengan saat dan ketika sebab Anwar bukan saja suara sumbang, perlakuan seksnya pun ada sumbang.

Dibanding dengan pentadbiran dulu, pendekatan Datuk Seri Najib ini memang perubahan yang diharapkan kembali setelah sepi selama 5 tahun pada satu ketika. Kita harap Datuk Seri Najib dapat meneruskan pendekatan ini bila berhadapan dengan pembangkang.

Anwar mengharapkan pentadbiran Julia Gillard sama dengan Paul Keating yang dulu pernah mendesak kerajaan Malaysia untuk membebaskannya dari penjara. Tapi Australia turut sama dengan kebanyakkan komuniti antarabangsa lain yang enggan masuk campur dalam hal pendakwaan Anwar kali ini, tidak terkecuali Amerika yang menjadi kiblat kerajaan Australia.

Anwar dalam lawatan menghasut pemimpin negara luar untuk membenci Malaysia – negaranya sendiri. Kita belum soal lagi mana perbelanjaan dapat untuk menampung lawatan ini. Asyik pergi luar negara saja, hasilnya takdak.

APC

Kita selesa bersama bangsa Cina, tapi bukan dengan DAP dan LGE laknat!


Kita sebenarnya mengkritik LGE dan kerajaan DAP P.Pinang bukan pasai depa tu bangsa Cina.

Jauh sekali menghasut orang2 Melayu supaya membenci orang2 Cina P.Pinang kerana amalan bekenaan adalah nyata rasis dan bukanlah budaya Melayu orang P.Pinang dari dulu sampai sekarang.

Kita perlu ingat, budaya orang Melayu sebenarnya bukanlah suka tamak kuasa.

Amalan bersederhana dalam kehidupan serta keinginan untuk hidup aman damai sesama kaum telah terbukti terpelihara dari dahulu lagi.

Contohnya..cuba tanya kedai runcit Ah San belakang rumah Raju…Ada betoi ka?

Cuma puak2 DAP ini saja yang tak pernah2 faham sebaliknya cuba menghasut kaum2 lain untuk menyokong perjuangan mereka. Padahal, semua orang tahu depa ternyata gagal mentadbir negeri P.Pinang dengan baik.

Itu adalah fakta yang tak boleh diselindung oleh LGE ‘and the gang’.

Kritikan yang kita buat selama ini bukanlah semuanya macam tin2 kosong. Bila berhujah kita perlu guna akal yang waras serta fakta benar dan bukanlah semata2 nak fitnah orang atau untuk syok2 saja.

Bila kita nak berdepan dengan DAP P.Pinang ini, kita kenalah ada roh dan semangat dalam Barisan Nasional. Kita tak bolehlah lawan sorang2.

Nak tau dak sebab apa kita lawan LGE dan kerajaan DAP P.Pinang?

1. Yang pertama depa tu kuat pembohong. Depa tu hanya pandai bercakap dan suka menyalahkan orang lain padahal mereka sendiripun tidak kompeten untuk mentadbir negeri.

2. Negeri P.Pinang yang dahulunya banyak dengan hasil pelaburan ekonomi telah bertukar kepada negeri yang mempunyai pemimpin-pemimpin yang suka membazir, malas bekerja, tidak berkeupayaan dari segi kecekapan / akedemik, cakap tak serupa bikin yang menjadi penyebab utama kegagalan kerajaan negeri P.Pinang di bawah pimpinan DAP meningkatkan kemasukan pelabur luar setelah lebih dua tahun ia memperoleh mandat memerintah.

3. DAP yang merupakan serpihan dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang sentiasa mahu menimbulkan kekacauan bagi merosakkan kesejahteraan dan keamanan dalam negara.

Semua kaum di P.Pinang tahu, apa yang dilakukan oleh DAP terhadap minoriti orang2 Melayu Islam P.Pinang adalah ternyata rasis.

Mereka sentiasa menimbulkan pelbagai isu untuk membuatkan orang Melayu Islam P.Pinang marah. Mereka buta adab dan adat serta bersekongkol dengan golongan2 pelampau agama.

Banyak lagi yang boleh diulas di sini tentang kemungkaran LGE ‘and the gang’ di P.Pinang ini.

Bukan setakat orang2 Melayu P.Pinang saja, orang2 India Muslim, kaum Cina dan India P.Pinang yang mewakili komponen parti BN perlu bangkit dari sekarang menentang kerajaan DAP di bawah pentadbiran LGE ‘and the gang’ ini.

LGE abaikan penduduk Penang di Tengah Georgetown (video)



Terletak di celah-celah diantara Kampung Malabar dengan Lebuh Chulia, Penang, kita akan dapat jejaki sebuah penempatan yang tiada nama yang hidup dalam serba kekurangan. Tiada siapa yang pedulikan mereka.

Tonton dan fokus video ini pada minit ke 5:45. Dahulu mereka diambil berat. Kawasan dan sampah mereka diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Sekarang??
Dalam hal ini, Kerajaan Pusat dan Negeri seharusnya sama-sama membantu rakyat yang tinggal di dalam kawsan ini.
Seperti yang mereka pinta, sediakan mereka rumah sewa dan beli menjadi hakmilik. Mereka tak mahu menyewa.

Apa yang Kerajaan Negeri sekarang buat? Dikatanya kerajaan berkebajikan. kalau sekarang lagi teruk dari dulu baik tak payah memerintah. nanti alasan mudah tipikal Pakatan Haram ialah salahkan kerajaan terdahulu.

TQ to http://pemudaumno-nibongtebal.blogspot.com/

Mai jenguk! PasPisPus (Video mencuit hati!)

Sila Bayar Saman Sebelum 1 Mac 2011 Atau




– Pemandu kenderaan yang disenaraihitamkan dan ingin memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan mereka kini boleh berbuat demikian dengan membayar saman secara ansuran sehingga 28 Februari tahun depan.

Pembayaran secara sedikit demi sedikit itu bertujuan untuk meringankan beban rakyat di samping menggalakkan masyarakat setempat menyelesaikan saman yang tertunggak.

Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, pemandu yang telah disenaraihitamkan telah diberi beberapa kelonggaran sehingga 1 Mac 2011.

“Pemandu dan pemilik yang mempunyai saman dibenarkan untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) untuk tempoh enam bulan dan Lesen Memandu (LM) untuk tempoh satu tahun.

“Selain itu, bayaran saman yang dibuat dalam tempoh berkenaan dikecualikan daripada dikenakan mata demerit,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di Sekolah Kebangsaan Langkasuka, Yan.

Menurutnya, masyarakat turut berpeluang untuk menyelesaikan saman secara berperingkat.

“Sekiranya ada lima saman, dibenarkan untuk selesaikan satu atau dua saman dahulu sebelum tempoh kelonggaran berakhir,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, walaupun penangguhan dibuat, rekod senarai hitam pemandu dan kenderaan tidak dilupuskan daripada pangkalan data JPJ.

Dalam pada itu, Datuk Abdul Rahim juga merupakan ahli parlimen Kudat kecewa kerana kelonggaran yang diberikan tidak digunakan sepenuhnya oleh masyarakat setempat.

“Kerajaan cuba membantu rakyat untuk meringankan beban mereka, namun, mereka seolah-olah tidak mengendahkan kelonggaran yang telah dibuat. Sehingga akhir Oktober 2010 hanya 65.012 (9.38 peratus) saman JPJ telah diselesaikan,” katanya.

Menurutnya, sesiapa yang masih degil untuk menjelaskan saman mereka sehingga 28 Mac tahun hadapan, mata demerit akan diaktifkan semula.

Mereka juga tidak dibenarkan untuk memperbaharui lesen setelah semua saman mereka dijelaskan.


p/s Demerit....hangpa takut tak?
kalu yang lesen P jenuh la..

Pandangan AS mudah je, kalau tak mau hapuskan saman ekor tu, bagi la diskaun at least 50%-70%bagi siapa yang jelaskan sebelum 28 Februari 2011. Nescaya rakyat boleh terima. Tapi bagi warning, yang kena saman lepas tarikh tu, no more discount, so pemandu akan lebih berhati-hati dan takut untuk melanggar peraturan lalulintas..
Ataupun lepas ni kadar maksimum saman ekor letak macam dulu, RM150 sudah la, tak payah sampai RM300, bebankan rakyat. Kalau saman sain, kasi RM 300 AS setujuu..
Bleh dak?

Malapetaka sekiranya negara diperintah pakatan pembangkang


Hampir setiap hari akhir-akhir ini terpampang didada beberapa akhbar perdana berkenaan cadangan penyatuan orang Melayu.Kita telah lihat bagaimana perilaku kerajaan Pulau Pinang dan Selangoryang ditunggangi oleh DAP dan PKR terhadap orang Melayu.

Kalau UMNO/BN memerintah, semua rakyat tidak kira suku atau kaum terjamin. Tetapi di Pulau Pinang dan Selangor, orang Melayu ditindas,perkampungan Melayu telah dan akan dihapuskan, peruk nasi peniaga dankontraktor Melayu sudah dimasukkan pasir.

Perkampungan Melayu di seluruh bahagian pulau sedang dihapuskan dengan cara halus dan kerajaan DAP Pulau Pinang sudah pun membuatpengumuman tiada lagi rumah kos rendah atau sederhana akan dibina,sebaliknya rumah kos tinggi harganya mencecah RM1 juta digalakkan.

Sejak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 ramai kontrakor kelas F Melayu sudah muflis atau sudah jadi kayu mati. Ini semua salah Melayu sendiri kerana mengundi pakatan pembangkang.

Di Selangor melombong pasir ala baru yang diperkenalkan oleh Menteri Besarnya melalui KSSB Sdn.Bhd (anak syarikat kerajaan negeri) dengan rakus siang malam mengeluarkan pasir dengan tidak mengendahkan teguran semua pihak dan rakyat Selangor.

Adakah mereka mahu mengaut wang walaupun merosakkan ekosistem hingga berkemungkinan membanjirkan perkampungan Melayu. Sekarang DAP cadangmahu hapuskan lima peratus diskaun pembelian untuk bumiputera.Masya-Allah satu malapetaka sekiranya negara ini diperintah olehpakatan pembangkang.

AS merayu kepada semua orang Melayu tidak kira penyokong parti politik yang berbeza ideologi, biarkan pemimpin parti tolak perpaduan tetapi pengikutnya terima perpaduan orang Melayu dan Islam.

Jom semua orang Melayu mengundi UMNO/BN PRU13 nanti, jangan aniaya diri sendiri. Fikir-fikirkanlah sebelum terlambat

DULU MEREKA BERSAMA ANWAR !!


Mengumpulkan senarai dari JMD dan Badut Rakyat, ini adalah senarai nama-nama mereka yang sudah tinggalkan PKR:

1. Chandra Muzaffar (Timbalan Presiden Parti KeAdilan Nasional)

2. S. Nalla Karuppan (Ketua Bahagian PKR Kepong, teman rapat Anwar ketika TPM, rakan mainan tenis Anwar setiap minggu dan pemegang rahsia Anwar).

3. Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda PKR dan Ketua Besar zaman Reformasi, orang yang menubuhkan PKR dan paling dipercayai oleh Anwar)

4. Anuar Shaari (Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan dan antara penggerak utama Reformasi)

5. Fairus Khairuddin (Bekas ADUN Penanti dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)

6. Zahrain Mohd Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru & Pengerusi PKR Pulau Pinang)

7. Zulkifli Noordin (MP Bandar Baru Kulim, bekas Peguambela kes-kes peribadi Anwar dan pejuang kes Anwar diracun arsenik dan penceramah kes-kes anti-murtad)

8. Zainur Zakaria (Bekas peguam bela No. 1 Anwar dalam kes pertama, AJK Parti KeAdilan Nasional, calon Keadilan Pilihanraya Umum di Lembah Pantai 1999, dan bekas Presiden Majlis Peguam)

9. Ruslan Kassim (Ketua PKR Negeri Sembilan, Ketua Penerangan PKR dan Otai Reformasi)

10. Nell Onn (Ketua Wanita Parti KeAdilan Nasional)

11. Abdul Rahman Othman (bekas Bendahari PKR dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Malaysia)

12. Marina Yussuf (Naib Presiden Parti KeAdilan)

13. Lokman Noor Adam (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Ketua AMK Johor) .

14. V. Arumugam (ADUN Bukit Selambau).

15. Mohd Radzi Salleh (ADUN Lunas).

16. Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Kelang).

17. Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal).

18. Sallehudin Hashim (Setiausaha Agung PKR)

19. Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR Hulu Selangor)

20. Muhammad Zahid Md Arip (Naib Ketua Pemuda PKR)

21. Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai)

22. Hamdan Taha (Timbalan Pengarah Pilihanraya Keadilan)

23. Dr Abdul Wahid Ahmad Suhaimie (Pengerusi Perhubungan Keadilan Pahang)

24. Jamaludin Abu Hassan (Pemangku Ketua PKR Padang Serai)

25. Mohd Hanafiah Man (Ketua Pemuda Keadilan Perak)

26. Fakhrul Azman Abu Bakar (Exco Pemuda Keadilan)

27. Shamsul Bahari Shamsuddin (Exco Pemuda Keadilan)

28. Rosli Mohd Johar (Naib Ketua Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan)

29. Zainuddin Awang (Exco Pemuda Keadilan Terengganu)

30. Datuk Bujang Ulis (Keadilan Sarawak)

31. Rusli Mohd Shariff (Naib Ketua Pemuda Keadilan Negeri Sembilan)

32. Jeffry Nizam (Exco Pemuda Keadilan Pahang)

33. Jamaluddin Mohd Radzi (ADUN Behrang)

34. Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (ADUN Changkat Jering)

35. Tan Wei Shu (ADUN Bakar Arang)

36. Soraya Sulaiman (Ketua Penerangan Wanita PKR)

37. Roshanita Mohd Basir (Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai)

38 . Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak (Naib Presiden PKR)

39. Anuar Tahir (bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Nasional yang pertama sehinggalah pada tahun 2001, Pemimpin ABIM dan WAMY, menyertai Gerakan Reformasi bersama-sama Muhammad Nur Manutty, mantan Presiden ABIM, Mustapha Kamil Ayub (pernah menjawat Presiden PKPIM) dan juga Ruslan Kassim.)

40. Mohammad Mustafa (bekas Pengerusi Keadilan Kelantan)

41. Aminah Abdullah, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang

42. SD Mohamad Johari Yasin, (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Malaysia) penggerak awal Reformasi. Kenapa dia tinggalkan Anwar?

43. Mustafa Khalid Hanafi, (Pengarah Pilihanraya PKR Kedah).

44. Abdul Manap Shahardin (bekas calon PKR Bagan Pinang)

45. Mohd Shukri Mohd Ramli @ blogger CucuMatKilau (blogger ulung reformasi yang mula berblog sejak 1998 dan Calon PKR dalam PRU-12 bagi DUN Kemayan Parlimen Bera)

46. Tuan Hj. Sulaiman Abdullah (Peguam kes Anwar)

47. Zamil Ibrahim (Bekas Setiausaha Ahli Parlimen Merbok/Exco Pemuda PKR Pusat)Ini pula mereka yang sudah hilang keyakinan dengan Anwar tapi masih lagi melukut dalam PKR, atas sebab masing-masing

48. "Mike" Manikavasagam - YB Kapar

49. N Gobalakrishnan - YB Padang Serai, Kedah.

50. Loh Gwo Burne - YB Kamera Digital.

51. Zaid Ibrahimdan banyak lagi pemimpin-pemimpin PKR yang sedang berkira-kira meninggalkan Anwar.

Nauzubillah! Wahai Anak Melayu Islam.. Bukit Bintang dah macam New York (video)


Nauzubillah...
akhir zaman akhir zaman...
Allah swt tarik nikmat malu daripada jiwa seorg muslim...
yg beragama duk sibuk bergaduh menunjukkan kealiman...
yang jahil terus dalam kegelapan...
ini lah realiti kehidupan....
Islam hanya tinggal pada nama...

Keajaiban pilihanraya PKR dan Mak Bapak Dia


1)500,000 AHLI. mendakwa mempunyai lebih sejuta ahli
(statement syok sendiri mak bapak diaorang)
tetapi kat cabang, yg mai mengundi pilihanraya depa hanya berbelas ekoq saja..
takat sampai la ni pun keseluruhan tak sampai pun 20,000 yg mengundi.

2) MAK BAPAK DIA PUNYA PARTI. nurul ijah 1 undi pencalonan last minit punya cerita
tarikh pencalonan dah tutup dah, nurul ijah dapat 1 pencalonan jeeeee dari seluruh m’sia, saipudin nasution dah umum tak layak bertanding timbalan presiden nih, tup tup, tetiba esok saipudin nasutiton cakap ada terima pencalonan nurul ijah lagi dari tah mana alam ceruk sabah, lassssstttt minit punya cerita. magic sungguh laa.. padahal nuar kenyit mata je, pilih nama cabang yg agak agak ulu ulu sikit. Nak ambik hati anak yg dah merajuk.. apa nak buat, parti tu MAK BAPAK DIA YG PUNYA..

3) HANTU MENGUNDI. hantu hantu azmin dan line up nya. hampir semua tempat ceritanya begini..
ejen ejen zaid dan mustapa tengok senarai ahli cabang layak mengundi lebih kurang 300 orang.
skali yg datang mengundi sampai tutup peti hanya 40 orang lebih.
yg bestnya, report hantar kat JPP azmin dapat beratus undi, zaid dapat berpuluh undi, mustapa dapat berbelas je, lagi haramjadah punya kes….

4) PETUGAS PILIHANRAYA PKR YG BEBAL. petugas berkempen untuk calon dan bersikap rasis.
petugas pakai lencana muka azmin..
siap bisik suruh mengudi azmin..
ejen gobala bagitau, petugas menghasut pengundi melayu mengundi calon melayu untuk kerusi jawatan jawatan tinggi.

5) SERUAN HIKMAT ANWAR. taktik inilah yg nuar buat dulu sampai umno rosak teruk.
telepon ketua ketua negeri dan cabang cabang beri sokongan kepada azmin dan line upnya

6) PKR YG SUCI DAN BERMUTU. ..kata zaid ibrahim masa baru joint pkr 13
bulan dulu, skang zaid dah tergadah.
sekelip mata pasal pengundian pkr punya hal, zaid dah twist 360 darjah pendapatnya pasal pkr. siap kutuk tuan penasihat partinya lagi.. dalam pkr pemimpin tertinggi buat taktik jijik katanya..
7) KETUA SEBENAR PKR. takut bertanding apa apa jawatan..
hanya duduk dalam pkr pegang kuasa veto seorang dictator, pegang kuasa tanpa perlu bertanding apa apa jawatan. inilah manusia yg konon berkokok pasal kronisme dan neopotisme. anak bini padahal pegang semua jawatan tertinggi. dia hanya duduk dibelakang boneka dan kuda kuda kayunya membosakan telooo..
biasanya jawatan penasihat parti ni adalah mereka yg dah tak aktif dalam sesuatu parti je, dah nak mampos, itupun dilantik ahli, nuar apa dia peduli, ‘ini jawatan ana yg punya’.. macam firaun. bukan ahli yg tentukan jawatan dia, dia angkat sindiri..

8) 160 LEBIH PUNYA ADUAN. punyalaaa kotoq pemilihan ni..
tapi JPP dan saipudin cakap terima beberapa je.. macam magic je..

9) KEPUTUSAN TERKINI JPP. macam biskut chipsmore..
pagi lain angka, tengahari angka terbalik, petang angka terlungkup..
zaid pun angkat kaki.. magic sunggohhh laaaa..

10) PRESIDEN YG ALA ALA BUNIAN. presiden kat rumah basuh kain, buat sambal belacan, goring keropok, makan koci depan tv tengok hindustan, makan buah pala.. tidoq, ayaq lioq basi meleleh..
mana presiden parti?
ini parti apa ni?
presiden kat mana, tak nampak pun, orang tengah kecoh kecoh nih, presiden dudoq kat alam mana nih?
bukan presiden daaa, itu boneka, kayu, tunggul, balak, sengal

Lucukah perbuatan ini? (Video)



Pertama kali AS menonton video ni macam-macam perasaan yang berbaur difikiran.
Mungkin ini jenaka bagi mereka, tapi jika dipikir secara mendalam, inilah reality sikap anak-anak melayu sekarang.
Jika dari kecil tidak dipupuk perasaan kasih mengasihani dan sayang menyayang diantar satu sama lain, bila sudah besar apa la nak jadi dengan mereka ini. Dimanakah nilai kemanusiaan yang ada dalam diri mereka?

LGE guna melayu PAS dan PKR yang sangap untuk tindas melayu


1. Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang didalangi oleh DAP dan PKR sememangnya sudah lama mengidamkan untuk mengambil alih dan menguasai segala prasarana dan kemudahan seperti dewan di Pulau Pinang.

Perkara ini sudah menjadi impian dan sasaran mereka sejak dari mula mereka mengambil alih pentadbiran negeri Pulau Pinang. Pelbagai cara digunakan termasuk dengan cara jahat semata-mata untuk mencapai impian mereka.

2. Di kawasan-kawasan yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat, semua kemudahan termasuk dewan orang ramai, tadika, gerai, dewan aktiviti, padang awam, pasar malam dan pelbagai lagi telah pun mereka kuasai dan mengambil alih tadbir urusnya walaupun hakikatnya semua kemudahan ini dibina oleh kerajaan terdahulu yakni BN. Kini tumpuan mereka terarah untuk menguasai kemudahan tersebut di kawasan-kawasan yang dimenangi oleh BN seperti di DUN Teluk Air Tawar.

3. SMB merupakan salah seorang penduduk di DUN Teluk Air Tawar yang diwakili oleh wakil rakyat UMNO yakni YB Dato' Jahara. SMB juga telah menyaksikan bagaimana Pakatan Rakyat cuba untuk merampas segala prasarana di DUN Teluk Air Tawar dengan pelbagai cara. Di kawasan majoriti Melayu, kerajaan negeri telah mempergunakan pencacai dari PKR untuk memjuk dan merampas kemudahan yang ada.

4. Pada peringkat awal, pencacai ini telah mempergunakan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang dikuasai mereka untuk merampas kemudahan tersebut. Hasilnya, mereka berjaya memperolehi beberapa kemudahan di bawah kuasa MPSP seperti Pasar Malam, Gerai jualan, padang awam dan beberapa lagi kemudahan.

5. Pencacai ini juga cuba menipu penduduk setempata dengan memalsukan surat rasmi iaitu dengan cara mempergunakan kepala surat Pejabat Daerah untuk merampas Dewan orang ramai, gerai milik JKKP, dewan GDW dan beberapa prasarana lain. Sebagai contoh, di Bagan Ajam, satu surat rasmi menggunakan kepala surat Pejabat daerah telah diedarkan kepada penduduk Bagan Ajam. Surat itu mengarahkan supaya semua dewan dan kemudahan dikosongkan untuk diambil alih urus tadbirnya.

6. Setelah diselidik dengan Pejabat Daerah Seberang Perai Utara, mereka telah menafikan mengeluarkan surat dan arahan seperti yang dinyatakan. Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat ke atas pencacai PKR tersebut atas dakwaan cuba memalsukan dokumen rasmi kerajaan.

7. Mereka sangat berminat untuk mengambil alih prasarana dan kemudahan tersebut memandangkan mereka sedar bahawa prasarana dan kemudahan yang dibina oleh Kerajaan BN terdahulu menjadi sumber pendapatan utama. Mereka amat memerlukan sumber pendapatan dengan kadar segera bagi menggerakkan aktiviti dan perancangan mereka. Sebagai contoh, pendapatan yang diperolehi dari sewa Dewan Panorama Bagan Ajam boleh mencecah hingga RM10,000.00 sebulan.

8. Jadi tidak hairanlah kenapa pencacai PKR ini sanggup melakukan apa sahaja termasuk bertindak menyalahi undang-undang demi untuk merampas hak milik Dewan Panorama. Mereka sering menggunakan alasan bahawa Dewan tersebut dibina di atas tanah milik kerajaan Negeri walhal JKKP yang juga bertanggungjawab menguruskan dewan tersbut telah menjelaskan cukai tanah tapak dewan tersebut.
suaramediabaru

Saman Anwar Ibrahim...




Layanzzz



Sila Klik Imej Utk Besarkan

Kisah MB Serba Tak Tau





Video mencuit hati dari Ustaz Kamal Saidin betapa MB Kedah ni digambarkan seorang yang serba tak tahu dari segala serbi, hatta semua yang dikatakan tak tau itu adalah dibawah bidang kuasa. Kita juga dapat mendengar yang MB Serba Tak Tau ni tidak membantu rakyat yang memohon pertolongan kepada beliau dengan alasan mudah, saya tak tau, bukan kuasa saya.

-Tq to padijantan-

Beruk Makyeh sebenarnya..


Siapakah yang terlibat dalam siri demi siri tunjuk perasaan besar-besaran di Kuala Lumpur dan siapakah yg terlibat dalam tunjuk perasaan semasa kejatuhan Kerajaan DAP di Perak dan siapakah yg terloncat-loncat semasa sidang DUN di Perak???

Sekiranya Tiga ADUN DAP Pulau Pinang yg mengatakan penunjuk-penunjuk perasaan adalah seperti Monyet, sebenarnya mereka dan pemimpin-pemimpin DAP lah monyet-monyet tua yg Kurang Ajar dan dan Ketua Menteri Pulau Pinang LGE adalah Bapak segala monyet iaitu Beruk Makyeh seperti gambar diatas...

Ramasamy TKM2 Penang Aniaya Rakyat Kaum India Penang


Kisah seorang lelaki India yang dimaklumkan ingin memohon bantuan Timbalan ketua Menteri
2 Pulau Pinang Dr P Ramasamy. Mula-mula elok la, dah set appoinment semua si pemohon bantuan yang bernama Murali ni pun pi le ke Komtar. Si Murali ni sakit kronik. Isteri beliau turut menghidap kanser.

Apa yang malang sekali, setelah sampai ke sana, dia dilayan seperti bola. Macam-macam alasan yang diberi.untuk melengahkan bantuan kepada si murali ni. Dai ditendang ke sana ke mari!. malahan beliau dilayan seperti seorang peminta sedekah! Dah tu pulak dilayan macam penjenayah, dituduh macam-macam yang buruk pulak tu! Nasiblah ada parti BN seperti MCA dan MIC yang dikatakan zalim ni datang membantu. Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah kerajaan 'zalim ni lah yang banyak bagi bantuan bulanan kepada keluaraga Murali. Harapkan Kerajaan CAT LGE musibat, harammmmmm..

AS menyeru semua rakyat Penang tolak la si Ramasamy kaki kencing ni! Dulu masa sebelum berkuasa janji macam bulan dan bintang. Buat ofis dia macam ofis sendiri la! Akan menjadi hamba rakyat la! Macam-macam lagi yang dikencingnya. Rakyat yang sebangsa dengan dia buleh diperlakukan sebegitu, apatah lagi rakyat yang bukan sebangsa dia!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...