Apa!! AS sifatkan siasatan serangan kapal Gaza flotilla oleh Israel 'telus, adil' ?
AS sifatkan siasatan serangan kapal Gaza oleh Israel 'telus, adil'
Amerika Syarikat (AS) hari ini menyifatkan hasil siasatan badan siasatan khas Israel terhadap serangan komandonya ke atas kapal misi bantuan Gaza pada Mei tahun lalu yang mengorbankan sembilan sukarelawan Turki sebagai 'adil, berwibawa dan telus'.
Dalam laporan awal suruhanjaya membabitkan enam panel itu yang dikeluarkan Israel semalam, siasatan mendapati operasi serangan dan menyekat perjalanan kapal misi bantuan ke wilayah Palestin itu adalah mengikut undang-undang antarabangsa.
Jurucakap Jabatan Negara AS, Philip Crowley, bagaimanapun berkata panel siasatan yang ditubuhkan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon akan kekal sebagai forum antarabangsa untuk mengkaji semula kejadian seorang itu.
Beliau berkata, siasatan oleh kerajaan Israel terhadap serangan yang dilakukan komandonya adalah sebagai "satu langkah penting' dan AS akan menunggu laporan kedua siasatan yang dikeluarkan beberapa bulan lagi.
“Kami fikir ini adalah satu siasatan yang bebas, berwibawa, adil dan telus yang sudah dijalankan Israel.
“Ia akan menyumbang kepada proses yang lebih meluas kepada Setiausaha Agung PBB untuk menyambungnya," katanya. - AFP
AS:AS diatas ialah Amerika Syarikat ye! Jangan salah paham ye! Bukan Anak Seberang .
Kurang ajar punya US! Misi Bantuan kemanusiaan diserang dikatakan telus dan adil! Berpuluh nyawa terkorban setelah diserang oleh Rejim Zionis semasa mahu membantu manusia dalam kesusahan lagi mau kata benda ni tak salah?
Salam Tuan,
ReplyDeleteMohon link ke blog Tuan.
Blog ini sudah saya link.
TQ