Ulamak Pewaris Nabi
Rasulullah SAW ada bersabda : Maksudnya: “Ulamak itu pewaris nabi” Hadis ini menyatakan suatu perkara yang amat besar. Ia mengangkat darjat ulamak itu sebegitu tinggi dan mulia. Para ulamak bukan setakat mewarisi jawatan ketua Negara atau presiden atau raja yang berdaulat tapi mewarisi Nabi. Satu darjat yang tinggi di sisi Tuhan, lebih tinggi dari mana-mana pangkat di dunia. Maka tumbuh dan suburlah sifat sombong dan ego di hatihati para ulamak. Kerana merasakan sudah mewarisi Nabi, yang Nabi sendiri yang sebut. Sebab itu ulamak, samada baik atau jahat dia rasa megah. Megah atau sombong mereka ini lebih besar dan mengatasi megah dan sombong para-para raja dan sultan, para-para pemerintah Negara, para-para pembesar Negara, orang-orang korporat dan orang-orang sekular. Mereka itu setakat menyandang pangkat di bumi sahaja, sedangkan para ulamak ini yang merosakkan mereka kerana merasakan mereka menyandang pangkat di langit.
Kemudian Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Di akhir zaman nanti banyak ulamak jahat (suuk)”
Rasulullah s.a.w pula memberitahu kepada kita bahawa ulamak ini bermacam-macam rupa. Ada yang mewarisi Nabi dan ramai yang jahat terutama di akhir zaman. Akhir zaman telah bermula seribu tahun dahulu. Sekarang ini ialah kemuncak akhir zaman.
Ulamak pewaris Nabi tentulah ulamak yang beramal dengan ilmunya. Yang mempunyai akhlak dan peribadi seperti Nabi. Yang memimpin manusia dan meneruskan kerja dan perjuangan para Nabi.
Ulamak pewaris Nabi ini juga tentulah ulamak ikutan yang boleh dicontohi oleh manusia. Yang sangat sayang dan kasihan kepada orang-orang yang jahil. Ulamak pewaris Nabi ini tentunya ulamak yang bebas yang bekerja hanya untuk Tuhan seperti juga para-para Nabi dan Rasul. Tidak terikat kepada sesiapa pun atau apa pun kecuali Tuhan. Ulamak pewaris Nabi ini tentulah orang yang tiada berkepentingan yang bekerja bukan untuk wang atau imbuhan atau pangkat, darjat atau gelaran. Keperluan mereka Tuhan yang cukupkan.
Akhirnya ulamak pewaris nabi ini mestilah ulamak yang ada hubungan yang kuat dengan Tuhan. Yang sangat bertaqwa dan sangat hampir dengan Tuhan. Kerana inilah ciri yang khususiah bagi para Nabi dan Rasul dan yang patut ada pada sesiapa sahaja yang mewarisi tugas Nabi. Sebaliknya ulamak suuk atau ulamak jahat lain pula kerjanya. Dia sama ada sedar atau tidak menjauhkan manusia daripada Tuhan dan agama-Nya. Dia menyusahkan atau mempersulitkan manusia beragama. Dia melebihkan dunia dari akhirat. Dia bukan hendak mendidik manusia tapi hendak mencari salah untuk dihukum.
Pangkat, darjat, gelaran, wang ringgit dan harta kekayaan menjadi matlamatnya. Dia hidup bemewah-mewah di atas nama agama. Dia jual agama untuk mendapat dunia. Dirosakkan agama atas nama agama. Ulamak jahat ini sangat merbahaya kepada manusia sehingga Rasullah SAW bersabda :
Maksudnya: “Hendaklah kamu lari dari mereka seperti kamu lari dari singa yang ganas.”
Oleh yang demikian bukan semua ulamak itu pewaris Nabi. Di akhir zaman ramai ulamak yang jahat. Yang baik Rasulullah gelarkan ulamak dan yang jahat pun Rasulullah gelarkan ulamak juga. Ulamak itu ada yang baik dan ada yang jahat. Walau jahat pun tetap dipanggil ulamak.
Ketua ulamak sebenarnya ialah iblis. Mari kita bahas mengapa ketua ulamak itu ialah iblis. Dia ketua di kalangan orang-orang berilmu sebab dialah makhluk yang paling alim dan berilmu. Manakan tidak, dia pernah menjadi ketua seluruh malaikat. Dia pernah masuk syurga, dia pernah lihat neraka, dia pernah lihat Arasy dan dia pernah lihat Luh Mahfuz.
Tidak ada makhluk yang berani mengaku lebih alim daripada iblis ini. Namun ilmunya tidak dapat menyelamatkannya. Kerana ilmunya, iblis menjadi megah dan sombong. Kerana ilmunya dia angkuh. Kerana ilmunya dia rasa mulia. Kerana itu maka dia tidak mahu tunduk kepada Nabi Adam. Dia tidak mahu tunduk kepada pemimpin yang Allah lantik. Akhirnya dia dilaknat. Setelah dilaknat dia tetap angkuh. Dia memohon dan berjanji kepada Tuhan untuk menyesatkan umat manusia. Itu juga yang akan berlaku pada ulamak yang sombong dan ego dengan ilmunya. Dia akan menjejaki jalan iblis.
memang benar NIK AZIZ dan seluruh ULAMAK PAS ada ciri-ciri yang ada pada IBLIS.
ReplyDelete