Budak 6 tahun dibelasah teruk dek tak sengaja terludah kereta BMW!


KUALA LUMPUR: Hanya kerana kereta mewahnya terkena ludah, seorang lelaki membelasah seorang kanak-kanak berusia enam tahun sehingga parah dan dimasukkan hospital selama empat hari.

Kejadian hati itu berlaku pada kira-kira 4.30 petang apabila Solihan Ramzan secara tidak sengaja meludah sisa makanannya dari rumahnya di tingkat satu bangunan rumah kedai di Jalan Batu Belah, Jalan Ipoh, di sini.

Bapa saudaranya, Encik Mohd Amir Salamatula, berkata ludahan Solihan terkena kereta BMW milik seorang lelaki berusia 30-an tahun itu yang diletak di tingkat bawah.

'Melihat perbuatan anak saudara saya menyebabkan keretanya kotor, lelaki itu terus masuk ke dalam rumah lalu membelasahnya sehingga nyawa-nyawa ikan.
'Ketika kejadian hanya ibu Solihan berada di rumah, namun dia tidak sedar kerana sedang tidur dalam bilik.
'Mujur ibu saudaranya yang tinggal berjiran menyedari kejadian itu dan segera merayu lelaki tersebut supaya menghentikan perbuatannya,' kata Encik Mohd Amir, 43 tahun.

Rayuan itu tidak dihiraukan lelaki tersebut, malah seperti dirasuk dia terus membelasah Solihan sehingga lembik, menurut Encik Mohd Amir.

'Tidak tahan dengan perbuatan lelaki itu, saudara saya menawar diri dia dibelasah dan Solihan dilepaskan, namun tetap tidak berhasil.

Selepas Solihan lembik dan muntah darah barulah lelaki itu melepaskannya dan meninggalkan rumah,' tambah Encik Mohd Amir, yang datang ke pejabat akhbar Harian Metro di sini menceritakan kejadian itu kelmarin.

Menurut beliau, ibu Solihan terkejut melihat anaknya berlumuran darah dan segera membawanya ke Hospital Selayang.
Ketua Polis Daerah Sentul, Penolong Pesuruhjaya (ACP) Zakaria Pagan, mengesahkan kejadian itu. -- Harian Metro.

2 comments:

  1. bro, polis dah tahan tak jantan tu...kalau tak tahan, boleh tak selidik siapa lelaki tu...biar aku ajar laknat tu...
    keluarkan gambar dan alamat dia...tolong bro!!

    ReplyDelete
  2. Ni mesti nak cover-up . . agaknya mesti lelaki bukan melayu . . .Masa ni la ayahanda2 PEKIDA tiga belang nak tunjuk depa betui2 nak bela orang melayu kena buli . .bukan depa buli orang melayu . . .

    ReplyDelete