Gobala Nak Kena Tendang Dari PKR!
Dalam gelanggang PKR pertelagahan antara Ahli Parlimen PKR kawasan Padang Serai,Kedah N Gobalakrishnan dengan parti itu kerana menghentam secara terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali semakin memuncak.
Ketika Gobala terus dengan aksi memberontak beliau,Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dilapor memberitahu Ahli Parlimen itu akan dihadapkan ke Lambaga Disiplin PKR kerana tidak menjawab surat tunjuk sebab kepadanya yang tamat tempoh 17 Januari.
Senang cakap kemungkinan Gobala kena tendang keluar dari PKR sudah jelas terbentang.
Apapun Ahli Parlimen yang lantang itu memberitahu para wartawan Rabu lalu beliau tidak akan keluar dari PKR dan parti itu tidak boleh singkirnya.
Beliau menyifatkan surat tunjuk sebab setebal 45 muka yang difaks kepadanya pada 4 Januari sebagai ‘sampah’.
Dalam serangan terbarunya menerusi twitter Jumaat,Gobala antara lain mendakwa Azmin RM160 juta milik ahli PKR.
Krisis ini timbul bila Gobala geram PKR tidak mempedulikan dakwaanya supaya siasat kepincangan dalam pemilihan parti itu.
Gobala juga mempertikaikan lantikan seorang peguam tidak dikenali ,N Surendran sebagai Naib Presiden Presiden (dilantik) untuk mewakili masyarakat India
No comments:
Post a Comment