Hebat! Rasuah tahap dewa dah ni!

Kasiem (kanan) bersama pegawai penjara Bojonegoro di Jawa Timur pada 4 Januari lalu
JAKARTA:---- Apabila Kasiem, 55, dikenakan hukuman penjara tujuh bulan, wanita itu memutuskan dia tidak mahu menjalani hukuman tersebut, lalu dia mengupah seorang wanita lain untuk meringkuk di penjara bagi menggantikannya.

Kasiem disabit kesalahan menjual baja subsidi kerajaan yang dianggap sebagai jenayah di Indonesia tetapi semasa proses pemindahan ke penjara, dia bertukar tempat dengan Karni, seorang balu berusia 50 tahun yang dibayarnya sebanyak Rp10 juta (RM3,454).

Itu merupakan siri terbaru skandal rasuah penjara yang para aktivis mahu pembaharuan sepenuhnya dijalankan segera.

Kes tersebut dibongkar minggu lalu apabila seorang daripada jiran Kasiem melawatnya di penjara, tetapi dia hanya bertemu Karni.

Kasiem ditahan hari berikutnya dan memulakan tempoh hukuman, sementara Karni masih belum didakwa.

Pengarah Yayasan Bantuan Perundangan Indonesia, Erna Ratnaningsih berkata, kejadian itu bukanlah yang pertama berlaku di Pusat Tahanan Bojonegoro, Jawa Timur dan Indonesia.

Satu lagi kes membabitkan bekas ahli perniagaan, Artalyta Suryani yang didapati bersalah merasuah pendakwa raya didapati menikmati rawatan kecantikan menggunakan laser di penjara Jakarta semasa diserbu oleh Pasukan Petugas Bagi Pembasmian Kegiatan Mafia.

"Sistem penjara di sini sangat lemah baik dari segi pentadbiran dan pengawasan. Bagaimana seseorang yang tidak bersalah boleh masuk ke penjara?

"Penjara seolah-olah dilihat sebagai negara mereka sendiri. Sangat sukar bagi mana-mana badan luar untuk masuk membuat pemeriksaan di penjara," katanya kepada AFP.

Katanya, satu pembaharuan sistem penjara menyeluruh termasuk pengawasan serta penyelarasan yang lebih baik perlu dilaksanakan, tetapi usaha itu mungkin terhalang ekoran kelakuan tidak berakhlak pegawai di kalangan anggota polis, pendakwa raya dan hakim sendiri.

"Amat sukar untuk menyelesaikan masalah ini hanya dari sebelah pihak dengan adanya
'mafia undang-undang'. Kami mengesyaki pegawai turut terlibat dalam kes ini," katanya.


AS: Ni baru la negara hebat dengan rasuah. Sampai masuk jail pun buleh tukar orang untuk jalani hukuman! Samada pegawai ada terlibat atau tidak bukan isunya, tetapi dapat dilihat begitu lemahnya tahap penguatkuasaan undang-undang di sana! Di Malaysia pun AS cadang buat macam ni lah! Sapa jual baja subsidi mau kena hukuman sebagai pengajaran!


Alhamdulillah, Malaysia dah cuba banteras gejala rasuah secara besar-besaran dan tak sampai le ke tahap macam ni!

2 comments:

  1. kalau mcm ni,
    bung nuar kalau kena jail di sungai buluh senang le dia upah org..
    nuar kan kaya melana...

    ReplyDelete
  2. kita sj yg kata okay tp puak pr kata lain. mrk anggap di malaysia ni kalau polis tangkap orang mrk krn membuat kesalahan, mrk akan kata polis anjing kerajaan bn, kalau pendakwa boleh buktikan mrk bersabit sesuatu kes, mrk akan cap kata pendakwa pencacai kerajaan, kalau hakim dapati mrk bersalah, otomatik kata hakim balaci kerajaan. kalau hakim lepaskan mrk krn tak cukup bukti, mrk kata mrk tak bersalah & kononnya keadilan berlaku. begitulah kalau dah dasar otak pembangkang...

    ReplyDelete