Hot! Bukti Cikgu Mala Telah Mengkafirkan Ibunya Seorang Ahli UMNO Tegar!


Nik Aziz pernah kata, kalau Pas nak pilih calon, mesti calon yang molek-molek, yang tidak ada masalah moral dan sosial dan tidak merokok. Nik Aziz tak pernah pulak cakap yang calon Pas mesti seorang yang patuh kepada ibu bapa.

Ibu kepada Normala Sudirman, calon Pas di Tenang bernama Mumini Yahya. Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sekalian, ibu Normala adalah seorang ahli Umno yang masih aktif .

Mungkin ada dikalangan juak-juak Pas akan berkata , dia dah lama sokong Pas cuma Umno yang tak buang namanya. Oh tidak! kalau ada yang beranggapan begitu ternyata mereka silap. Ibunya masih aktif bersama Umno, buktinya pada tahun 2010 beliau masih lagi datang ke mesyuarat cawangan Umno di tempatnya.

Nama : Mumini Bt Yahya
No keahlian Umno : 01117148
Cawangan : Felcra Sekijang
Bahagian : Sekijang
Negeri : Johor

Mak Umno, anak Pas, apa cerita tu? Biasanya kalau emak Umno, dan anak pula Pas, persengketaan dan perbalahan antara anak dan emak tidak dapat dielakkan. Tambahan pula, Normala Sudirman memang aktif dengan Pas sejak sekian lama.

Budak-budak Pas sudah biasa sangat dengan cercaan terhadap sesiapa sahaja yang mereka ketahui menjadi ahli parti Umo. Bahkan orang yang tidak jadi ahli Umno tetapi sependapat dengan Umno pun, dituduh sebagai Umno juga. Ahli-ahli Pas hanya tidak menderhaka kepada Tok Guru dan pemimpin Pas sahaja. Selain dari pemimpin Pas, mereka ‘dihalalkan’ derhaka walaupun orang itu adalah ibu bapa mereka sendiri.

Pernah dengar Tok Guru Nik Aziz bagi ceramah, jangan lawan mak bapa? Pernah sesiapa dengar Nik Aziz beritahu, selagi mak bapa itu tidak menyuruh melakukan maksiat, maka wajib seorang anak itu akur. Yang selalu kita dengar, Nik Aziz beritahu, Umno bukan Islam. Jadi, secara tak langsung, Nik Aziz dah halalkan sebarang penderhakaan kepada ibu bapa yang jadi ahli Umno.

Walaupun Normala Sudirman tak cakap tentang kafirnya Umno, hilang akidahnya Umno, tetapi dengan bertanding sebagai calon Pas dan tidak menegah sebarang cercaan itu dengan bersungguh-sungguh, Normala Sudirman telah pun menyamakan ibunya seperti si kafir yang dimaksudkan.

Maka bayangkanlah seorang anak yang telah mengkafirkan ibunya, sama ada secara langsung atau pun tidak langsung jenis apakah anak itu?

4 comments:

  1. ini la yg membezakan UMNO ngan PAS, org2 UMNO x pnah memaksa ank2 mereka dlm soal politik, tp sebaliknya brlaku kalangan penganut PAS, mereka akan pastikan ank2 diaorg wajib ikut PAS dgn apa jua keadaan pun walaupun terang2 salah di sisi agama islam...

    ReplyDelete
  2. Memang Ramai ibu bapa UMNO mempunyai anak2 berfahaman PAS. contohnya ibu bapa aku. ada 2 orang anak2nya PAS. seorang PKR. yg peliknya, seorang abang dan 2 orng adikku adalah PAS dan kehidupan mereka ini tidak sempurna walaupun byk duit. abang aku kena diabetis akut. adik aku yg satu ni pompuan, ramPAS laki orang sanggup jadi bini nombor dua.dan adik nombor 3 pulak kerja laki bini dah bertahun2 tapi nak beli rumah pun x mampu. dah pindah rumah sewa lebih dari 7 kali. mungkin juga tidak dpt restu ibu bapa. Mereka semua kakitangan Kerajaan (Malaysia). sedangkan kami yg lain2 ni kerja swasta je.

    ReplyDelete
  3. Bro, ini cerita asal RBF! Lain kali kalau ambil cerita orang, letak la link tuan punya cerita bro! Tak baik buat macam ni. Tak ada etika namanya

    ReplyDelete
  4. maafkan saya anti plagiat..
    saya betul2 tak tau yg ni dr blog rbf
    kalau saya tau PASTI saya letakkan link beliau
    saya dpt dr emel seorg rakan dan disebebkan rushing tadi, saya tak sempat tgk dr blog lain..
    sorry once again
    perkara ni takkan berlaku lagi

    ReplyDelete