Hot! Harga 'barang' naik 314% di Negeri Selangor! Juak PR tunggu apa lagi? Cepatlah demo!


Ayuh puak-puak Pakatan Rakyat, jom kita buat demontrasi turunkan harga sewa tapak gerai!!!! Join jangan tak join ok!!! Sebelum ni kita meloncat tentang harga minyak, so sekarang apa salahnya kita melompat tentang harga sewa gerai plak..hahaha

MPSJ di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat menaikkan kadar sewa tapak gerai perniagaan sebanyak 314% (dari RM360 kepada RM1,490 setiap tapak gerai)!!! Pakatan Rakyat memang berniat untuk melanyak rakyat!! Jadi apa guna kita memilih PR?????

PUCHONG - "Kami lebih rela bayar saman sebanyak RM50 sebulan daripada bayar sewa tapak yang naik empat kali ganda."

Demikian luahan hati sekumpulan penjaja kecil di Pasar Pagi Taman Puchong Indah di sini apabila Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menaikkan sewa tapak daripada RM360 sepetak bagi tempoh setahun kepada RM1,490 bermula 5 Januari lalu.

Menurut seorang peniaga bunga, A. Perumal (gambar kecil), 71, tindakan MPSJ itu terlalu kejam dan tidak berhati perut kerana rata-rata pendapatan peniaga di situ tidak begitu besar.

"Modal saya berniaga sehari cuma RM50 dan keuntungan yang saya dapat sekitar RM25 sehari. Kadangkala saya dapat RM7 sahaja sehari, cuba bagi tahu saya bagaimana saya boleh bayar RM1,490. MPSJ memang kejam," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Pasar tersebut yang telah wujud sejak tahun 1998 turut menempatkan seramai 150 orang penjaja dan mereka diberikan tapak seluas tujuh meter persegi untuk setiap petak.

2 comments:

  1. juak2 tu mana meniaga pasar malam, so tak terkena "batang" hidung mereka, jadi poket mereka tak terancam...mana nak demo, org lain kene diorang senyaplah...cuba kalau poket diorang kene, cam beruklah jadinya.... konon berjuang untuk rakyat padahal "selfish" tahap tertinggi perangai diorang tu.....

    -pemerhati-malam-

    ReplyDelete
  2. nasihat saya kepada penjaja ini...
    naikan saja harga barang....
    bila harga barang naik....rakyat akan salahkan umno....
    keburukan pakatan akan tenggelam begitu saja.
    jangan mengeluh dan rasa teriniaya...
    ini adalah pilihan anda semua...
    anda dulu undi pakatan kerana mahu keadilan...
    sekarang bukankah dah dapat...
    naik je harga barang jualan...biar orang ramai salahkan umno.
    hidup pakatan....

    ReplyDelete