Must Read! Tun Mahathir Penyelamat Negara!

TUN MAHATHIR PENYELAMAT NEGARA

Dalam artikel ini, saya ingin menghuraikan serba sedikit tentang satu keputusan yang begitu bermakna, berani dan bijaksana yang telah diambil oleh Dr. Mahathir Mohamad pada 1 September 1998. Pada tarikh tersebut, Dr. Mahathir Mohamad, sebagai pemimpin Malaysia, dengan penuh keyakinan, telah mengambil keputusan untuk melaksanakan rejim kawalan pertukaran asing terpilih (selective exchange control regime). Peluang yang terbuka ekoran langkah-langkah 1 September 1998 bukan sahaja memberi kekuatan kepada Malaysia untuk terus mengharungi krisis ekonomi yang melanda negara, malah Malaysia muncul sebagai negara yang semakin kuat dan mantap. Adalah tidak sukar untuk meramalkan apa agaknya yang akan terjadi kepada negara tercinta sekiranya langkah-langkah tersebut tidak dilaksanakan.

Pada masa itu, saya berjumpa dengan Dr. Mahathir Mohamad hampir setiap hari dan setiap kali pertemuan saya dengan beliau, raut wajah dan perwatakkan beliau menampakkan keresahan kerana memikirkan situasi ekonomi yang tidak menentu. Ini adalah disebabkan beliau berasa hairan kerana pada waktu itu asas-asas ekonomi negara begitu kukuh sekali. Beliau sedar bahawa krisis luar biasa itu adalah berpunca daripada konspirasi penyangak-penyangak matawang, dengan sokongan bank-bank antarabangsa, yang telah lama membuat perancangan yang begitu rapi untuk meruntuhkan ekonomi Malaysia. Kesedaran itulah yang mendorong Dr Mahathir Mohamad mengerah segala usaha dan keringatnya untuk mencari jalan terbaik bagi menghentikan kegiatan manipulasi dan serangan spekulasi matawang asing yang begitu kompleks serta mencabar. Beliau juga sedar bahawa tindak balas yang tidak tepat akan hanya menjerumuskan Malaysia kedalam kitaran ganas kemiskinan. Bak kata pepatah, tersilap langkah, antan patah lesung hilang. Dalam keadaan yang begitu genting, saya sering melihat Dr. Mahathir Mohamad, walaupun dalam keadaan kesihatan yang kurang sihat, seperti demam dan batuk-batuk, begitu tabah dan terus berusaha siang dan malam, tanpa mengenal erti jemu, untuk mencari formula demi menyelamatkan ekonomi negara.

Selepas pelan tindakan dilaksanakan pada 1 September 1998, Dr Mahathir Mohamad tidak berehat. Sebaliknya, beliau terus mempengerusikan mesyuarat Exco Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) setiap hari bagi membincangkan, menghalusi dan memantau keadaan ekonomi serta menyusun langkah-langkah ke arah mengukuhkan ekonomi. Petunjuk dan data-data ekonomi penting seperti pelaburan, perbelanjaan, eksport dan import serta banyak lagi data-data dianalisis pada setiap hari. Tidak ada pemimpin di negara membangun mahupun sedang membangun yang pernah melakukan tindakan seperti ini. Ini membuktikan kelebihan Dr. Mahathir. Hakikatnya, Dr. Mahathir menyelamatkan Malaysia, bukan sahaja melalui keberanian beliau melaksanakan pelan tindakan unorthodox pada 1 September 1998, tetapi juga melalui kerajinan dan kecekapan beliau dalam memantau situasi ekonomi setiap hari, supaya tindakan segera dapat diambil untuk menangkis sebarang ancaman dan memperbaiki keadaan, jika perlu.

Sekiranya Malaysia tidak melaksanakan langkah-langkah unorthodox pada bulan September 1998, sebahagian besar syarikat perniagaan akan menjadi muflis. Kadar faedah yang tinggi akan meningkatkan tanggungan hutang mereka. Apabila mereka jatuh seperti domino, bank-bank dan institusi kewangan akan runtuh kerana hutang tidak berbayar (NPL) yang terlalu besar. Apabila bank-bank runtuh, kekangan kredit akan menjadi lebih parah, menyebabkan syarikat-syarikat yang sedia maju tidak mendapat pinjaman. Perniagaan mereka akan menguncup dan akhirnya mereka juga akan terjejas teruk. Seterunya Kerajaan pula tidak akan dapat memungut hasil yang mencukupi untuk membiayai perbelanjaan.

Akibat kegagalan bank dan korporat, kadar pengangguran akan meningkat dengan ketara dan seterusnya satu lagi kitaran kegagalan syarikat dan bank akan menyebabkan satu lagi pusingan pengangguran. Inilah apa yang dikatakan kitaran ganas. Apabila jumlah pengangguran meningkat, jalinan sosial di Malaysia akan terungkai dan seterusnya menyebabkan kegawatan sosial dan politik. Ini akan menyebabkan dana dari luar tidak masuk ke Malaysia, kerana pelabur asing tidak akan masuk ke dalam negara yang tidak menentu kestabilan sistem politiknya. Dalam tahun 1997 dan 1998, senario ini adalah satu bencana yang menunggu masa untuk berlaku. Namun, ia tidak berlaku kerana kebijaksanaan Dr. Mahathir melaksanakan pelan tindakan unorthodox pada 1 September 1998.

DR. MAHATHIR - PENYELAMAT NEGARA

3 comments:

  1. salam,

    izinkan saya menambah sedikit...

    Langkah2 drastik yg Tun perkenalkan pada 1998 itu pada mulanya ditertawakan dan dicemuh oleh 'pakar2 ekonomi auta keling'seluruh dunia termasuk dari Singapura.

    Apabila sekarang Amerika ambil langkah yg sama pendek kata MENIRU kaedah2 Tun dulu,maka sahlah bahawa Tun adalah seorang genius yg tidak ada serupanya di dunia ini.

    SEPATUTNYA TUN DR MAHATHIR DICALONKAN UNTUK ANUGERAH NOBEL PRIZE!

    Wassallam


    PAShit

    ReplyDelete
  2. Anda puji TDM begitu tinggi, nanti ada orang yang jealous.

    ReplyDelete
  3. kalau dibiarkan kepada ANWAR.. saya ingat negara Malaysia sudah lama tergadai.

    Memang TDM layak dapat Nobel Prize, akan tetapi US dan mat salleh berat sebelah, dia takut pengaruh TDM makin kuat dalam dunia arab dan dunia ketiga

    ReplyDelete