CCM & MCA vs Ustazah Siti Nor Bahyah-Dari Perspektif Anak Seberang


Dari Pemerhatian AS dalam isu ini,kita dalam negara yang mana rakyatnya majmuk jadi pabila bercakap isu-isu sensitif perlulah kita kena tapis-tapis apa yang perlu.

Kita memang perlu larang umat islam daripada smbut Hari Valentine yang terang-terangan salah disisi agama, tapi bagi AS , Ustazah jangan sentuh agama mereka
Kamu dgn agama kamu, aku dgn agama aku.

Kata-kata ustazah ni memang sukar diterima masuk oleh penganut Kristian kerana mengaitkan maksiat dengan agama mereka. Mana-mana agama pun tak pernah ajar umatnya buat maksiat.
Disini AS sertakan kembali petikan protes CCM dan MCA dalam isu ini.

Amalan maksiat: Gabungan gereja berang

Sebuah majlis gabungan gereja hari ini menuntut seorang selebriti meminta maaf atas dakwaan mengaitkan penganut Kristian dengan amalan maksiat.

Tuntutan itu disuarakan oleh Pemuda Majlis Gereja-Gereja Malaysia (Pemuda CCM) hari ini yang mempertikaikan satu kenyataan oleh selebriti berkenaan, Siti Nor Bahyah Mahamood.

Dalam rancangan berkenaan, Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata: “Maksiat, disko, couple-couple, bersunyi-sunyian, inilah tradisi bagi masyarakat yang beragama Kristian."

Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata demikian melalui satu rancangan yang membincangkan hukum sambutan Hari Valentine melalui sebuah televisyen tempatan sebelum ini.

Pemuda CCM menyifatkan dakwaan itu sebagai "tidak bertanggungjawab", "mengaibkan" dan "amat menyakitkan hati" masyarakat Kristian melalui "serangan terbuka ke atas kepercayaan masyarakat lain tanpa fakta yang dikaji dengan teliti."

Menurut kenyataan itu lagi, Siti Nor Bahyah juga telah melandaskan hujahnya dalam rancangan itu "dengan legenda dan kisah dongeng yang tidak disokong (fakta)."

"(Siti Nor Bahyah) juga telah memilih untuk menggunakan ruang awam untuk mencerca ajaran masyarakat lain dengan pandangan yang salah (dan) diperolok-olokkan sebagai fakta," kenyataan itu dipetik.

Selebriti berkenaan juga antara lainnya telah menyebut beberapa versi latar belakang sambutan Hari Valentine dalam program berkenaan yang turut disiarkan dalam laman Youtube.

Versi pertama yang disebut oleh Siti Nor Bahyah itu membabitkan amalan penyembahan seorang "dewi cinta" oleh masyarakat Rom kuno.

Salah satu lagi versi yang disebut itu membabitkan sambutan bagi memperingati seorang paderi bernama Saint Valentine yang dibunuh kerana menyebarkan ajaran Kristian.

"Saint Valentine inilah yang memainkan peranan besar menjatuhkan kerajaan Islam di Cordoba, Sepanyol. Jadi kalau kita sambut Valentine's Day, maknanya kita sokong Kristian. Kita sokong Inggeris. Kita masuk sebahagian daripada mereka."

"Yang keempatnya sebab kita tak boleh sambut Valentine ini sebab meraikan burung yang suka mengawan pada 14 Februari. Ini ialah tradisi orang Inggeris," kata Nor Bahyah lagi dalam rancangan berkenaan.

Mengulas lanjut, Pemuda CCM berkata selebriti itu sepatutnya menasihati masyarakat muda supaya bertindak dengan bijak dan tidak dieksploitasi oleh sambutan yang dikomersilkan secara terang-terangan.

Kenyataan itu juga menyebut, Pemuda CCM telah menjelaskan sebelum ini bahawa Hari Valentine dan juga Santa Claus tidak mempunyai asas dalam ajaran Kristian


MCA: TV patut tak siar rancangan ada Siti Bahyah
Feb 11, 11 7:55pm
Kongsi 27
MCA mendesak kumpulan media terbesar Media Prima menghentikan dan mengelakkan penyiaran program berkaitan selebiti televisyen Siti Nor Bahyah Mahamood selagi beliau tidak memohon maaf kepada masyarakat Kristian ekoran kenyataan tentang hari Valentine.

Timbalan pengerusi biro publisiti MCA Loh Seng Kok berkata, Media Prima patut mengumumkan kumpulan itu tidak terlibat dengan kenyataan Siti Nor Bahyah yang didakwa berkata bahawa “maksiat, disko, 'couple-couple', bersunyi-sunyian" sebagai tradisi masyarakat Kristian.

malaysiakini interview loh seng kok 061108 05"Kedua-dua pihak, Media Prima dan Siti Bahyah patut segera meminta maaf kerana menyinggung sensitiviti masyarakat Kristian," katanya yang juga ahli jawatankuasa pusat dan majlis presiden MCA.

"Media Prima juga tidak patut membenarkan salurannya menyiarkan rancangan menentang kepercayaan agama lain dan sekiranya perlu, memeriksa kandungan ucapan pembicara berkenaan."

Pemuda Majlis Gereja-Gereja Malaysia (Pemuda CCM) hari ini menuntut Siti Nor Bahyah permohonan maaf atas kenyataanya yang "tidak bertanggungjawab", "mengaibkan" dan "amat menyakitkan hati" dan dibuat tanpa fakta yang dikaji teliti.

Sambil memberitahu bahawa sambutan itu tiada asas dalam ajaran Kristian, Pemuda CCM mendakwa Siti Nor Bahyah menggunakan ruang awam untuk mencerca ajaran lain dengan pandangan yang salah dan diperolok-olokkan sebagai fakta.

Urus pertembungan

Dalam satu kenyataan hari ini, Loh menyarankan, polis juga patut menyiasat kata-kata mencemar Siti Nor Bahyah - yang terkenal cadangan "urutan cakar harimau"- sebagai hasutan.

Katanya, dakwaan yang dibuat selebriti rancangan agama dan motivasi itu langsung tidak berasas, dan berdasarkan pendirian individu yang jahil dan prejudis.

"Patut dimaklumkan bahawa hari Valentine merupakan acara komersial yang tidak berbeza dengan hari ibu, hari bapa dan hari guru.

"Tidak seperti Good Friday, Easter dan Krismas, hari Valentine bukan acara daripada kalendar Kristian oleh penganutnya.


Namun setelah AS buat sedikit research seperti di bawah, sememangnya Hari Valentine ini ada kaitan yang nyata dengan agama Kristian cuma sedikit silapnya disini apabila Ustazah kaitkan hal-hal negatif tadi tanpa tapisan di awam seolah-olah penganut agama lain berasa agama mereka diperlekehkan secara terang-terangan di khalayak ramai di kaca TV.

Bagi AS ustazah bukan niat nak kutuk agama kristian. Dia nak bimbing orang Islam sebenarnya. Bab Al Quran tu,memang benar kalau depa paham la isi-isi dalam Al Quran bagi penganut agama lain, mungkin depa akan terasa jugak.
Itulah manusia, kadang-kadang terlepas cakap. Namu hakikatnya agama lain pun kadangkala kutuk jugak agama kita terang- terangan..

AS sebesar hama pun tak setuju dengan tindakan CCM dan MCA dalam hal ni dan juga kurang bersetuju dengan pendekatan Ustazah Bahyah dalam isu ini. Tindakan Ustazah dalam hal ni tak 100% betul, dan tak juga 100% salah. kalau rasa cara terbaik untuk redakan isu ini dengan meminta maaf, buatlah dan kalau sebaliknya jika Ustazah rasa dia betul, takpalah. AS terbuka dalam hal ini. Yang mana terbaik untuk kemakmuran negara dan pengembangan syiar Islam dalam Malaysia ini, itulah yang AS sokong.

TAPI YANG PALING PENTING, JANGANLAH POLITIKKAN ISU AGAMA INI KERANA MUTAKHIR INI AS LIHAT SEMUA ISU HENDAK DIPOLITIKKAN BAGI MEREKA YANG INGIN MENDAPATKAN POLITICAL MILEAGE TAK KIRALAH DARI MANA-MANA PARTI SEKALIPUN!

he modern St. Valentine's Day celebrations are said to have been derived from both ancient Christian and Roman tradition. As per one legend, the holiday has originated from the ancient Roman festival of Lupercalis/Lupercalia, a fertility celebration that used to observed annually on February 15. But the rise of Christianity in Europe saw many pagan holidays being renamed for and dedicated to the early Christian martyrs. Lupercalia was no exception. In 496 AD, Pope Gelasius turned Lupercalia into a Christian feast day and set its observance a day earlier, on February 14.

Saint Valentine's Day, commonly shortened to Valentine's Day,[1][2][3] is an annual commemoration held on February 14 celebrating love and affection between intimate companions.[1][3] The day is named after one or more early Christian martyrs named Valentine and was established by Pope Gelasius I in 500 AD. It was deleted from the Roman calendar of saints in 1969 by Pope Paul VI, but its religious observance is still permitted. It is traditionally a day on which lovers express their love for each other by presenting flowers, offering confectionery, and sending greeting cards (known as "valentines"). The day first became associated with romantic love in the circle of Geoffrey Chaucer in the High Middle Ages, when the tradition of courtly love flourished.

3 comments:

  1. The day is named after one or more early Christian martyrs named Valentine and was established by Pope Gelasius I in 500 AD. It was deleted from the Roman calendar of saints in 1969 by Pope Paul VI,

    Yang pasti..menurut kata2 di atas apa yang diperkatakan oleh USNBM tidak bercanggah bro.kalau kita amati ayat ini "..but its religious observance is still permitted."

    Ingatlah pesanan ALLAH dalam surah Al Baqarah: 120, "sesungguhnya Yahudi & Kristian tidak akan redho dengan kamu sampai bila-bila sehingga kamu mengikut cara kehidupan mereka. Katakanlah sesungguhnya petunjuk ALLAH itu adalah haq (benar). Namun jika kamu memilih untuk menurut cara kehidupan mereka, setelah datang kepada kamu 'ilmu (Al Quran), maka tiadalah ALLAH sebagai pembantu dan penolong kamu".

    Ini yang cuba disampaikan...Apakah sesuai dan patut kita terima USUL MCA..menghalang didikan rohani yang semakin pudar akhir2 ini,
    .Apa yang tersirat dibenak kedua organisasi ini.
    Keinginan pehak gereja menggunakan Istillah Allah..masih tergantung..mengapa mereka tak sensitif dengan umat Islam...anyway the choice is yours bro..,buatlah pilihan sendiri.Fikir2kanlah peringatan Allah diatas.Wallahuwa'lam

    ReplyDelete
  2. http://pakuseqepih.blogspot.com/2011/02/fixed-deposit-accounts-of-mahathirs.html

    ReplyDelete
  3. kepada umat kristian,,,mungkin ustazah xberniat nak meyinggung mana2 pihak atau nak memburukkan agama kristian,,tradisi yang di sebutkan ustazah tersebut bukan di maksudkan kepada tradisi umat kristian namun maksud disitu tradisi amalan ketika menyambut hari valentine day's ni dengan bercouple2, bersunyi2an, dan identik dengan amalan2 maksiat. so anda2 semua jangan la mengartikan dengan nada negative,
    kepada umat kristian cube anda renungkan ketika seorang paderi kat amerika yang membakar Al-qur'an yang memang sah sangat2 menghina islam,,,inikan plak hanya tersilap faham terhadap kenyataan ustazah,,,cube anda fahamai dahulu,,,sy rasa ustazah tak bermaksud nak menyinggung umat kristian,,,pkir2kan lah.....

    SAYA SOKONG USTAZAH SITI NOR BAHYAH

    ReplyDelete