Khalid Brahim Bila Nak Dedah Laporan Audit? Dah Lama Dahh

Dedah laporan audit PKNS, Yayasan Selangor’
2011/02/09

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dicabar mendedahkan laporan siasatan audit terhadap dua syarikat anak kerajaan negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Yayasan Selangor.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata Abdul Khalid sebelum ini berjanji untuk mengedarkan kepada umum laporan itu pada 5 Januari lalu, tetapi hingga kini, belum berbuat demikian. "Saya cabar Abdul Khalid dedahkan laporan audit berkenaan agar rakyat tahu kedudukan sebenar kewangan dua anak syarikat kerajaan negeri ini. Tidak usah lagi bermain wayang kulit dan terus menipu rakyat," katanya dalam kenyataan media di sini, semalam. Beliau berkata, siasatan audit itu dipercayai dilakukan berikutan kontroversi perbelanjaan membabitkan kedua-dua syarikat kerajaan negeri itu, baru-baru ini.

Katanya, antaranya Yayasan Selangor disiasat berikutan perbelanjaan RM300,000 bagi majlis ulang tahunnya ke-40 sehingga menyebabkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat berangkat ke majlis itu kerana dukacita dengan kos penganjuran.

Selain itu, katanya, semua aktiviti membabitkan Jabatan Perhubungan Awam PKNS pula dibekukan berikutan dakwaan salah guna kuasa termasuk tajaan jamuan majlis perkahwinan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang dilaporkan bernilai lebih RM500,000.

Noh berkata, pelantikan individu muflis ke jawatan pengurusan kanan dalam Yayasan Selangor seperti didedahkan sebuah blog, menunjukkan Abdul Khalid tidak mengamalkan ketelusan kerana mengutamakan kronisme.

Berita Harian

No comments:

Post a Comment