Padah hutang MARA


KOTA BHARU: Nasib seorang penuntut Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) terumbang-ambing apabila tidak dapat meneruskan pengajian pada semester dua yang sepatutnya bermula 14 Januari lalu, apabila keputusan peperiksaannya digantung kerana bapanya pernah berhutang dengan MARA.

Mohd Asraf Samsudin, 22, tidak dibenar meneruskan pengajian Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan Pembangunan walaupun memperoleh Gred Purata Kumulatif (CGPA) 3.45.
“Saya memulakan pengajian di kampus Kulim, Kedah dan UNIKL memberi jaminan mendapat kemudahan pinjaman MARA sebelum permohonan itu diluluskan.
“Sementara menunggu pinjaman MARA kira-kira RM40,000, saya mengikuti kelas di UNIKL seperti biasa bersama ratusan pelajar lain. Bagaimanapun, pada akhir semester pertama itu, saya menerima surat daripada UNIKL berhubung keputusan peperiksaan saya digantung.

“Saya dan pelajar lain yang turut menerima nasib sama, kini tidak tahu mahu mengadu kepada siapa walaupun sebelum ini sudah membuat rayuan kepada Biro Pengaduan Awam SUHAKAM, Kementerian Pengajian Tinggi bahagian swasta selain MARA,” katanya kepada Berita Harian di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, bapa Mohd Asraf, Samsudin Abdul Rahman berkata, MARA menemui anaknya Khamis ini bagi membincangkan masalah berkenaan.

Di KUALA LUMPUR: Pengarah Bahagian Hal Ehwal Korporat MARA, Hasni Suleiman, berdasarkan semakan, bapa Mohd Asraf disenaraihitamkan selaku peminjam pelajaran dan pembiayaan perniagaan.

7 comments:

  1. tak tau kenapa org yd pinjam
    mara tak nak bayar hutang. Mara perlu cari satu mekanisme untuk peminjam wajib membayar hutang

    ReplyDelete
  2. Dah tau ada hutang bayar la balik. Kan tak pasal2 je waris keluarga jadi mangsa. Jangan salahkan kerajaan lak pasal tak tolong bayarkan hutang tu. Kerajaan dah tolong masa perlukan duit tu masa dulu. Skang tanggungjawab diri sendri la bayar balik duit tu. Masa senang tak mau beringat, dah susah camni barula nak terhegeh2.

    ReplyDelete
  3. Inilah akibat orang yang tidak bersyukur dan mementingkan perut sendiri..!!!

    ReplyDelete
  4. as salam..
    sebab tu penting, jika ada antara penjamin atau penjaga yang berhutang, memaklumkan kepada orang yang bakal menggunakan namanya.kelak, binasa tnapa sedar.
    kesian beliau..jika si ayah memberitahu yang beliau telah disenarai hitam..tidak akan terjadi perkara seperti ini.

    ReplyDelete
  5. WOI! MARA TU DUIT RAKYATLAH! BAYAR!!!!
    BAYAR!!!!
    BAYAR!!!!
    BAYAR!!!!
    BAYAR!!!!
    RAMAI LAGI NAK PINJAM!!!!!!

    ReplyDelete
  6. meminjam tau bila nak bayar buat2 lupa.
    itu nasib anak dia sendiri...bagaimana pulak nasib si penjamin..
    anak dia sorang saja tak bolih dapat pinjaman...
    sipenjamin bapak dia tu pula terpaksa menanggung masaalah akibat orang yang tak bertanggungjawab.
    bagaimana anak isteri penjamin..
    syabas mara...jangan diberi muka pada manusia yang tak sadar diuntung.
    mara ditubuhkan untuk membantu melayu...tapi melayu juga yang melingkupkan mara.

    kalu bapa tak ada tanggungjawab...tak mustahil anak dia nanti pun lari dari bayar hutang.
    kemana tumpahnya kuah jika bukan kenasi.
    bapak borek anak rintik..
    kenapa ada peribahasa ini??????
    anon 3.24.
    kalu dah jenis tak mau bayar hutang...mekanisma apa pun dibuat...dia tak akan bayar.
    masa nak pinjam...kaki pegawai yang mengurus pinjaman pun sanggup pegang.
    tengah malam pun telepon,sampai pegawai tu nak buat anak pun tak senang.
    tiba masa nak bayar..pegawai tersebut yang kena maki.
    bangsa paling payah bayar hutang ialah bangsa melayu..

    "bekas pegawai bank,aku pun melayu"

    ReplyDelete
  7. sokong semua diatas.....dah kena baru nak memekak2....jgn marah MARA marah AYAH dia sendiri....

    ReplyDelete