Panas Isu Interlok. Hindraf Menggila Kecoh Di Depan IPD Jawi, Nibong Tebal!

Berita yang baru AS terima, di depan Ibu Pejabat Polis Daerah Jawi, Nibong Tebal sejak jam 8 malam tadi ramai kaum india yang dianggarkan sekitar 300 orang berkumpul di pintu masuk IPD. Mereka mendesak pembebasan pemimpin mereka yang telah ditahan dan sekarang berada di IPD Jawi. Nyalaan lilin beramai-ramai turut dilakukan oleh puak tak faham bahasa ini!

Semua ini berpunca dari kempen hasutan jahat Hindraf di sebelah utara berkenaan bantahan novel interlok yang sehingga sekarang masih belum lagi selesai. Puak-puak ni masih belum dapat menerima fakta yang sebenar walaupun telah berbuih mulut diberi penjelasan. Puak-puak ni diberitakan kelihatan tidak hormat langsung pada pasukan polis. Terpekik terlolong depan IPD sehingga saat tadi.

Diberitakan sehingga sekarang keadaan semakin reda dimana hampir 100 orang masih membanjiri depan pintu masuk IPD yang menuntut pembebasan. Pasukan FRU turut bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dan nampaknya keadaan terkawal. Apa lagi yang puak-puak ni mahu? Diharap pihak berkenaan ambillah tindakan yang sepatutnya dalam menangani isu ini.

AS tak berkesempatan ke tempat tersebut kerana agak busy dan jika ada gambar akan AS uploadkan esok.

No comments:

Post a Comment