Jawapan kepada Nik Aziz: Tun Mahathir
1. Percubaan Datuk Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.
2. Dalam Islam tidak ada paderi yang boleh ampunkan sesiapa, atau menjamin balasan di akhirat kelak. Di Tenang Nik Aziz secara terbuka menghukum orang UMNO sebagai Jahiliah.
3. Orang UMNO adalah orang yang beragama Islam, walaupun bagi Nik Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong Pas. Dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli Pas juga adalah orang Islam. UMNO tidak mendakwa bahawa hanya orang UMNO sahaja yang Islam, atau dengan mengundi UMNO menjadi Islam dan akan ke syurga.
4. Oleh kerana orang UMNO beragama Islam maka perjuangan UMNO ialah untuk bangsa, agama (Islam) dan negara. Demikianlah pegangan UMNO kepada Islam sehingga Perlembagaan ciptaan UMNO mensyaratkan seseorang itu adalah Melayu jika dianya beragama Islam. Nik Aziz tidak akan memasukkan syarat ini kerana Melayu boleh jadi jahiliah dan tidak Islam kerana tidak sokong Pas.
5. Bolehkah Nik Aziz baca apa yang ada dalam hati orang Melayu UMNO Islam apabila mereka mengucap dua kalimah syahadah? Apakah Nik Aziz tahu apa yang ada dalam hati seseorang apabila dia berniat dalam hati semasa solat dan masa-masa lain. Apakah Nik Aziz percaya dia adalah manusia luarbiasa yang tahu apa ada dalam hati seseorang yang tidak sama dengan apa yang disebut olehnya?
6. Akhir kata saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.
Dipetik dari blog Tun Mahathir
Saya kurang pasti samada N.Ajis seorang ulanyak atau seorang bustaz... Yg nyata dia mmg ULANYAK BUSTADZ!
ReplyDeleteyang jelas, Tun M jauh lebih islamic dari N.Ajis...
"...Akhir kata saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam ....." TDM
ReplyDeleteWanredone : ...dalam tong taik, mungkin.
"...tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri..." TDM
wanredone : Nik Aziz tak salah tafsir, Nik Aziz S.W.T. hanya berfirman PAS itu Islam sebenar, orang Umno jahiliah.. Sokong PAS genenti masuk syurga!
Dia bukan Islam kalau menidak firman Nik Aziz S.W.T.
Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Nik Aziz bin Nikt Mat s.w.t.