ADUN Bukit Payung Mengaku Kes Khalwat. Bukan Susah Pun!


Haa.. Bukan susah nak mengaku pun. Cuba daripada awal YB bagitau yang ditangkap basah tu Pak Sedara dia, kan senang! Ni tak, kona sana, kona sini dan mula-mula kata tak kenal si pengkhalwat tu last-last ngaku Pak Menakan.

Amboi. mentang-mentang pak menakan tu berkalwat, jangan sampai tak mengaku sedara dan buat tak kenal pulak. Mustahil dari detik awal tangkapan tu seorang YB tak dimaklumkan siapa sebenarnya yang dimaksudkan beserta kronologi kes tersebut.

Apapun diharap YB lepas ni berdakwah dalam keluarga bagi lepas dulu sebelum nak betulkan orang lain. Janganlah nak bandingkan YB dengan Rasulullah, macam langit dengan bumi la. Rasulullah tak mengata kat orang, tak carik salah orang dan tak pernah memperlekhkan keIslaman orang lain.
Dalam satu temuramah pendek dengan blog Dun Bukit Payong, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah menjelaskan bahawa insiden bapa saudaranya ditangkap khalwat baru-baru ini sebagai satu insiden yang sangat malang, tidak diduga dan amat menyedihkan hatinya.

Namun begitu, beliau menjelaskan orang yang bersalah tidak akan dilindungi dan mestilah dihukum mengikut undang-undang syara’ ,sekali pun orang itu adalah bapa saudaranya sendiri.

Beliau menyatakan, “Kita telah berusaha dan sentiasa berdoa agar keluarga kita dan masyarakat umum diberikan hidayah oleh Allah Ta’ala tetapi hidayah itu bukan milik kita, ia adalah milik mutlak Allah Ta’ala, sehingga bapa saudara Rasulullah SAW sendiri pun tidak mendapat anugerah hidayah itu.”

“Saya berharap beliau bertaubatlah kepada Allah, mudah-mudahan hukuman Allah di dunia disertai dengan taubat nasuha akan membersihkannya daripada dosa sebelum kembali mengadap Allah SWT.”

Ditanya tentang kenyataan beliau sebelum ini yang mengatakan tidak mengenali orang ditangkap khalwat itu, beliau berkata pada peringkat awal laporan akhbar menyebutkan, orang terlibat itu sebagai pegawai khas beliau dan mempunyai bilangan anak yang kurang tepat, dan ia memerlukan sedikit usul periksa untuk dikenal pasti kerana beliau sememangnya tidak mempunyai pegawai khas.

3 comments:

  1. Alaaa...x pyh bertobat pn x pa. Bw ja pak menakan tu p jmpa dgn .aziz. Selepas n.aziz sembahyang istiqarah, Tuhan dah ampunkan dosanya tu...

    ReplyDelete
  2. Tak mengapa, jumpa Nik Ajis boleh ampunkan dosa tetap masuk syorga, lepas ni buatlah lagi

    ReplyDelete
  3. bukan dia sorang yg kena tangkap basah, mat sabu pong pernah kena jugak, apa nak malu...

    ReplyDelete