Anwat Akan Tinggalkan Pakatan Haram?

Kemunculan video seks baru mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan khidmat seks di sebuah hotel dilihat akan menyuramkan kerjaya politik Ketua Umum Pakatan Rakyat itu malah diramal merumitkan lagi kempen pilihan raya mereka di Sarawak dan usaha memulihkan populariti yang makin merosot. Pilihan raya negeri Sarawak dijangka diadakan pertengahan bulan depan selepas ia dibubarkan semalam.

Rakaman video itu yang didakwa dirakam 21 Februari lalu juga didedahkan semalam. Penganalis politik berpendapat sementara dakwaan itu belum dibuktikan bernas manakala kesahihan pula masih samar-samar pendedahan rakaman video berkenaan dalam dunia siber sudah pasti akan mencacatkan imej Anwar.

Malah perkembangan itu akan meletakkan perikatan tersebut kekurangan calon perdana menteri “Ia kemungkinan menjejaskan fokus Pakatan jika kepimpinan perikatan itu tidak berfokus ia akan memberi kesan ke atas keberkesanan persediaan Pakatan menghadapi pilihan raya negeri.

Daripada menghadapi isu-isu kempen pilihan raya mereka akan dipaksa mengatasi isu-isu berkaitan dengan hal ehwal peribadi ” kata penganalisis bebas Ibrahim Suffian kepada The Malaysian Insider Pengarah Eksekutif Merdeka Center ini berkata persepsi orang ramai terhadap imej Anwar sebagai pemimpin bergantung sama ada video seks akan didedahkan kepada umum.

Bagaimanapun beliau mengingatkan bahawa Anwar berhadapan dengan situasi rugi dalam apa jua kemungkinan kelak “Dalam banyak keadaan ia adalah situasi rugi bagi Anwar. Jika publik akses kepada rakaman video dan jika mereka dipujuk bahawa beliau adalah lelaki dalam rakaman ia sesuatu yang malang bagi diri beliau.

“Jika mereka tidak percaya yang dia lelaki itu bukan beliau peluang bagi Anwar keluar daripada isu ini tanpa sebarang kesan buruk sangat kecil ” .Ibrahim Anwar kini berhadapan dengan kes liwat kedua dan keputusannya selepas pendakwa selesai membentangkan kes mereka akan diketahui esok.

“Kadangkala terlalu banyak serangan juga tidak baik ” kata Ibrahim Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mempertahankan lelaki dalam rakaman itu bukan Anwar.
Malah Anwar juga menafikan dakwaan terbaru tersebut semalam.

Penganalisis politik dari USM Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian juga bersetuju dengan pandangan Ibrahim sambil menegaskan dakwaan skandal terbaru ini boleh menjejaskan pengundi-pengundi atas pagar.
“Perkara terakhir Pakatan perlu lakukan ialah menghadapi perkara ini khususnya soal waktu isu ini didedahkan.
“Anwar adalah kapten yang menghubungkan kedua-dua PAS dan DAP tetapi beliau kelihatan satu liabiliti memandangkan beliau berhadapan dengan siri krisis yang akan memberi kesan ke atas Pakatan ” kata beliau ketika dihubungi.
“Malah isunya sama ada PAS dan DAP mahu menyokong penuh Anwar sekarang ” tambah Sivamurugan.

Menurut beliau PKR kini perlu fikir kemungkinan pengganti kepada Anwar tetapi masalahnya ialah mencari calon yang boleh memenuhi ‘citarasa’ kedua-dua PAS dan DAP. “Siapa yang mereka boleh terima? Anda tidak boleh memiliki Penasihat DAP Lim Kit Siang atau Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ketua Pakatan Rakyat dan Azmin juga ada isu.

“Persoalan sekarang ialah siapa yang boleh mengambil alih apabila Anwar bukan lagi duduk di atas. Ingat, rakyat mahu tahu siapa yang akan menjadi kepercayaan Pakatan dalam era pasca-Anwar ” katanya lagi.-MI

3 comments:

  1. Lagi cepat berambus,Lagi baik.
    Aman Malaysia !

    ReplyDelete
  2. divert game, alih isu dna kpd isu skandal seks yg dirancang sendiri. apa2pun umno yg akan kena. x caya?

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Kita berasa pelik kerana Nuar Berahim kelamkabut mengadakan sidang media dan secepat kilat membuat aduan polis. Baguslah kerana dia yakin pihak Polis dan Mahkamah adalah tempat untuk mendapatkan keadilan baginya.

    Cuma kita berasa hairan mengapa dia terlupa menyerahkan DNAnya untuk membantu mahkamah mencari kebenaran dan menegakkan KEADILAN.

    Sedangkan Rakyat tahu dia adalah Penasihat parti KEADILAN,
    Isterinya Presiden KEADILAN dan
    anaknya Naib Presiden KEADILAN.

    Pelikkan?

    ReplyDelete