Dah Kalah Sudahlah. Tak Payah Kalut Nak Pantau Roslan!

DUN Merlimau: Saya akan pantau Roslan, kata calon PAS
Walaupun tewas pada pilihan raya kecil DUN Merlimau, namun calon PAS Yuhaizat Abdullah tidak sedih mahupun kecewa, sebaliknya berjanji akan terus bekerja lebih kuat bagi memastikan segala janji ditaburkan Barisan Nasional (BN) ditunai.Yuhaizat tewas kepada calon BN Roslan dengan majoriti 3,643 undi.

Beliau mendapat 2,319 manakala Roslan memperoleh 5,962 seterusnya memastikan Merlimau kekal kubu kuat BN.“Keputusan kita dah tahu dan saya ucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya.

“Saya juga ucapkan tahniah kepada calon BN Roslan Ahmad atas keputusan ini, saya juga akan terus berusaha dan pastikan segala janji yang dikatakan BN sebelum ini ditunaikan,” kata Yuhaizat pada sidang media di Markas PAS di sini.

Jelas Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka itu, beliau akan menjadi pemantau prestasi Roslan dan berharap wakil rakyat baru itu dapat menjalankan tugas dengan baik seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dibuat sebelum ini.

“Saya akan jadi pemantau kepada Roslan, walaupun tewas saya tidak sedih atau kecewa kerana saya masih ada pengundi yang bersama dengan saya.

“Dalam pilihan raya kecil bukan mudah untuk mendapat 2,319 undi dan saya akan pastikan segala janji akan dikotakan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya I PAS Adly Zahari berkata banyak faktor yang menyebabkan kekalahan PAS di Merlimau dan satu “bedah siasat” akan diadakan bagi mencari punca-punca pihaknya kalah.

“Kita akan buat analisis, setakat ini kita masih belum tahu apa punca tapi banyak faktor yang menyebabkan kita kalah.

“Apa-apa pun saya ucapkan terima kasih kepada pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada PAS,” katanya.

Keputusan pilihan raya kecil DUN Merlimau menunjukkan bahawa BN masih lagi relevan di kawasan tersebut dan agak sukar untuk PAS menembusi kubu kuat BN itu.

Kemenangan di Merlimau menyaksikan BN mengekalkan kemenangan tanpa kalah susulan kejayaan merampas balik kerusi DUN Galas, Kelantan dan mempertahankan kawasan Tenang, Johor Januari lalu.
AS MUDAH SAJA, DAH KALAH TU TERIMA LAH QADA' DAN QADAR KETENTUAN ILAHI. BERMUHASABAHLA DIRI TU. DS ALI RUSTAM DAH ADA UNTUK PANTAU PRESTASI DAN JANJI-JANJI YB ROSLAN.
HANG YUHAIZAT TAK PAYAH DUK BUAT KALUT!

6 comments:

  1. Tak malu nak lantik diri sendiri jd pemantau janji BN. Tu mcm bunyi tak dpt terima hakikat dah kalah tu.

    ReplyDelete
  2. bukan PANTAU lah bro
    durang nak SABOTAGE ler tu.....

    ReplyDelete
  3. buat apa pantau2.kamu sudah kalah.banyak bersabar dan terima reality.sudahlah.pas hanya cakap surga sahaja.dia tidak pikir perut mahu di isi makanan

    ReplyDelete
  4. ko yg patut dipantau... tak pun ko pantau nik aziz, hj hadi, idris ahmad tu lagi bagus...

    ReplyDelete
  5. perkara pertama yang harus dilakukan olih calon pas yang tewas ini ialah mencari rumah kediaman baru.
    kemudian cari kerja tetap untuk menyara kehidupan beliau dan keluarga.
    selama ini beliau hanya bergantung kepada hasil pendapatan isteri yang bertugas sebagai guru.
    apakah hukumnya seorang suami memakan hasil dari pendapatan isterinya sepanjang hayat.
    tak kan nak hidup makan hasil bini sepanjang hayat.
    ramai betul puak2 pas ni menjadikan bini mereka hamba.

    ReplyDelete
  6. betul tu .. nk pantau2 wat ape.. bukan ada gaji pun... pi cari kerja yg lebih menafaat lagi bagus.. dah kalah tu terima ajer la..kalah bukan 1 @ 2 undi.. bnyak ... so.. tak yah ler duk wat kerja pantau2 nee... rakyat dan pengundi boleh nilai prestasi YB depa...

    ReplyDelete