Gobalakrishnan luah perasaan di Dewan Rakyat : Selepas 12 tahun saya rasa 'bebas' tak perlu bawa fitnah
Sejak dari perasmian sidang Dewan Rakyat kali ini oleh yang Dipertuan Agongpada hari Isnin ramai juga pemerhati yang berminat mengintai gerak geriN Gobalakrishnan.
Ini kerana Ahli Parlimen Padang Serai,Kedah itu yang berstatusBebas sejak 29 Januari lalu dahulunya adalah adalah salah seorangpanglima Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang Dewan Rakyat.
Karektornya, apabila bergasak dalam perbahasan segarang Ahli Parlimen BN Kinabatangan Datuk Bung Mokthar Raden.
Suatu ketika dahulu Gobalakrishnan pernah ‘buat perangai’ meluru ke pentas Speaker Dewan Rakyat kerana naik sheikh semasa berbahas.
Dari segi peraturan dewan itu sudah kira foul habis .
Dahulu lain sekarang lain. Sebelum sesi sidang petang Rabu sejurusselepas waktu rehat wajah bekas Ahli Parlimen yang kelima keluar dariPKR
ini – selepas Datuk Seri Zahrain Hashim(Bayan Baru), Zulkifli Nordin (Kulim Bandar Baru) , Tan Tee Beng(Nibong Tebal) dan Mohsen Fadzil Shamsuri (Bagan Serai) – kelihatanberseri-seri.
Beliau steady saja bergerak masuk ke dalam dewan untukmembahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong,yakniucapan sulungnya sebagai Ahli Parlimen Bebas.
Sayangsedikit bekas bosnya Anwar yang juga Ketua Pembangkang dalam DewanRakyat dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang juga Ahli ParlimenGombak tidak ada
di situ kerana kini digantung enam bulan daripada menghadiri sidang kerana isu Apco pada sesi hujung tahun lalu.
Apapun tidak ramai ahli parlimen pembangkang berada dalam dewansewaktu beliau berucap kerana tahu mereka pasti pedih telinga denganGobalakrishnan.
Menariknya berbeza dengan stail nya dahulu yang gemar membentak dan menjerit sewaktu berbahas Ahli Parlimen Padang Serai ini nampak agak cool sekali sepanjang ucapannya lebih setengah jam.
Namun dalam nada yang relaks itu beliau libas sakan Anwar, Azmin dan Ahli Parlimen PKR lain.
Turut menjadi sasarannya ialah Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution yang merupakan Ahli Parlimen Machang, Kelantan.
"Sekarang saya 'bebas' (selepas meninggalkan PKR) , bila saya'bebas' setiap hari saya tak payah turun untuk berceramah, saya tidakperlu bawa fitnah, saya ada masa untuk buat teks (perbahasan).
"Selepas12 tahun (dalam politik) baru saya 'bebas', hirup udara pun saya rasa'bebas', duduk dalam Dewan yang mulia ini saya rasa 'bebas' betul-betuldepan Tan Sri (Pandikar Amin Mulia)," katanya.
Antara yang menarik perhatian ramai ialah
Gobalakrishnanmendedahkan sehingga kini beliau masih membayar ansuran bulanan duabuah kereta yang diguna oleh pengawal peribadi Anwar.
"Sayaboleh ada seorang pembantu yang perlu saya bayar RM2,000, tetapi sayakorbankan untuk bayar kereta 'bodyguard' supaya 'bakal perdana menteri'kita selamat," katanya.
Beliau juga mendakwa pejabat Ketua Pembangkang itu tidak mengambil sebarang tindakan bagi menyelesaikan isu tersebut.
Gobalakrishnansecara sinis berkata, kesanggupannya untuk membayar ansuran bulanan duakereta terbabit kira-kira RM2,000 sebulan adalah mahu memastikankeselamatan individu yang terlalu bercita-cita untuk menjadi PerdanaMenteri itu terjamin.
Beliauberkata, itulah realiti yang terpaksa dilalui sepanjang berada di dalamPKR sekalipun hakikatnya Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR tertentu hidupdalam keadaan mewah dan mereka mempunyai pembantu-pembantu peribadisetaraf dengan kedudukan masing-masing.
“PartiPKR sering menyamakan kerajaan pusat dengan kegiatan korupsi yangdilakukan selama 50 tahun pentabiran. Apa yang memeranjatkan sayaadalah kebolehan PKR memaparkan elemen-elemen korupsi pada kadar lebihtinggi dalam tempoh singkat iaitu dalam tempoh tiga tahun menguasaipuncak pentabiran negeri,” katanya.
Beliau menegaskan pemimpin PKR khusyuk membincangkan dan membuattohmahan terhadap wakil rakyat yang telah meninggalkan parti sehinggaterlepas pandang atau sengaja terlepas pandang
akan kelemahan dan kerakusan pemimpin-pemimpin tertinggi PKR.
“Saudara sibuk membicarakan perihal saya keluar parti sedangkankejahatan dan kezaliman terhadap parti dan rakyat berleluasa. AnwarIbrahim rakus dengan ideloji menjadi Perdana Menteri hingga lupa akanperjuangan sebenar parti yang sepatutnya membela rakyat, bukan membelakesejahteraan dan impian Anwar Ibrahim.
“Konsep ala Gadafi yang diagungkan Anwar Ibrahim akan membawa negara kita menjadi Libya rantau Asia Tenggara.
“Saya tidak mampu membuat janji kosong kepada rakyat untukmemuaskan kerakusan Anwar Ibrahim .Siapa yang tidak tunduk dengankehendak Anwar Ibrahim dipinggirkan. Siapa yang benar-benar membelanasib rakyat dijauhkan.
“Saya syorkan saudara menyiasat perkara-perkara tersebut dan dengan sendiri persoalan mengenai sebab saya meninggalkan parti akan terjawab.”
Mengenai Saifuddin beliau mendakwa Ahli Parlimen Machang itumeninggalkan PKR pada suatu masa dahulu kerana tidak dapat menerimakedudukan Azmin di sisi Anwar.
“Lupakah saudara bahwa saudara pernah membelakangi PKR untuk turutserta dalam PAS.Dalam tempoh itu rakan-rakan seperti sayalah yangmenjadi tempat saudara beradu mencapai ketenangan minda.
“Agaknya di mana saudara belajar main belakang? Agaknya jawapanya semua Ahli Parlimen tahu.”-
salam bro,
ReplyDeletepost yg menarik.minta izin untuk copy.
trima kasih
Hahaha..
ReplyDeleteKeluaq PKR terus boleh beli tanah bernilai RM1.5 juta?
Biasa la bila dah dibayar, mestilah menyalak untuk 'tuan' yg bg dia makan.
Puak pakatan haramjadah ni tidak ada lain cerita yang dia tahu. Sikit sikit duit juta juta. Pelik sungguh aku dengan kepala otak puak puak haram jadah ni. Tak heran pun dengan duit juta juta tu lain la anon 3:16.
ReplyDelete