Kerja Baru Lapan Bulan Bonus 2 Bulan Gaji. Hebat Selangor!

Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman mempersoalkan tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang menyalahgunakan pengurusan dan pembaziran kewangan anak syarikat kerajaan Negeri untuk kepentingan tertentu.

Katanya, berdasarkan kes Yayasan Selangor, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah meluluskan bayaran bonus kepada Ahli Lembaga Pengarah Amanah sebanyak RM5,000 seorang termasuk dirinya sendiri melalui resolusi pekeliling.

Bagaimanapun katanya, berdasarkan Perlembagaan Yayasan Selangor, Ahli Lembaga Pengarah tidak boleh menerima bonus.

”Pelaksanaan resolusi pekeliling bonus berkenaan tidak dipantau dengan berkesan. Salah satu syarat pemberian bonus yayasan, pegawainya harus berkhidmat setahun.

Akan tetapi mengapa Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) yayasan ini hanya berkhidmat lapan bulan boleh menerima bonus sebanyak dua bulan gaji,” katanya.

Mohamad Satim (BN-Sri Sedang) berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan terima kasih serta menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia SultanSelangor pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini semalam.

Mohamad Satim berkata, kes penyalah gunaan dana juga berlaku dalam Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) yang mana sebanyak RM80,500 telah gunakan untuk membiayai penginapan 500 perwakilan PKR , November 2010.

Selain itu perbelanjaan sambutan berbuka puasa, hari raya puasa dan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor yang menelan kos RM947,876 manakala Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pula membelanjakan RM 520,000 untuk menaja perkahwinan Angkasawan Negara, Datuk Dr.Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie pada 8 Oktober tahun lalu turut disentuh.

Mohamad Satim turut menyelar Kerajaan Negeri yang cuba mengaburi mata rakyat menerusi Buku Jingga’ sedangkan janji yang Pilihan Raya Umum 2008 sehingga kini masih lagi belum ditunaikan.

No comments:

Post a Comment