Janganlah nanti ada yang berbunyi syarat ini menyusahkan rakyat pulak ya! Semua ni dilakukan demi untuk kebaikan rakyat.Kita dapat lihat senario hari ini ramai golongan muda terutamanya yang sampai jatuh muflis bahana kad kredit ini. Berbelanja demi untuk memenuhi tuntutan gaya hidup yang 'style' menyebabkan ramai yang terperangkap.
Kad kredit boleh di ibaratkan sebagai along (kami bukan along tapi cuma nak tolong).Memang tidak dinafikan ada sesetengah urusniaga memerlukan kad kredit tapi itu dulu.Sekarang kad bank biasa pun dah berfungsi seperti kad kredit.Satu lagi sekarang sudah ada kad debit.
Elakkan guna kad kredit , guna kad debit
Bank Negara Malaysia memperkenalkan syarat kelayakan baru untuk mendapatkan kad kredit berkuatkuasa serta merta, pada hari ini.
Antara syarat-syarat baru adalah, setiap pemegang kad perlu mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM24,000 setahun.
Pemegang kad yang berpendapatan RM36,000 setahun ke bawah hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar dua kad sahaja.
Had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan pemegang kad bagi setiap pengeluar. – Bernama
adik aku gajinya rm1800.00..
ReplyDeletesetelah tolak epf dan ntah apalagi tinggal rm1,500.00.
setiap bulan bayar kad kredit paling mininum rm120.00 untuk satu kad dari sebuah bank.
adik aku ni ada 6kad credit dari 6 buah bank yang berlainan.
bayar hutang kereta rm480.00.
bayar tambang bas sekolah,bil letrik,air,sewa rumah...
habis tinggal zero.
bini dia kerja kilang gaji l/k rm1200.00.
bayar upah jaga anak dan susu,lampin atau apa2 lagi...berbaki dalam rm800.00.
bayar pinjaman pembelian rumah rm580.00sebulan(pembelian atas nama suami/isteri).
tiap2 bulan minta bantuan aku,ibu dikampong.
gaji rm2000.00 ubah slip gaji jadikan rm 3000.00 dengan kerjasana HR.
pegawai bank pula subahat tolong luluskan kerana setiap kad credit yang lulus mereka dapat insentif.
kalu 1 kad kredit lulus mereka dapat rm20.00,dalam satu bulan dapat 10 pun dah lepas wang minyak kereta.
ini belum diambil kira pihak pasaraya yang bekerjasama dengan pengeluar kad kredit menggalakan pengguna membayar dengan kad kredit dipremis mereka.
fikirkanlah...papa kedana sangat sampai beli beras pun berhutang.
HINANYA BESI KERANA KARAT.
HINA MANUSIA KERANA KREDIT KAD.
"ORANG KAYA MALAYSIA".
eh baca utusan malaysia kate sekurang2nya pendapatan 24000 setahun.. mane satu yg betul ni?
ReplyDeletegara2 kad kredit mlm ni sy mkn madu dgn air panas buat alas perut. stok mee segera ada tapi akan direndam bila lapar tahap gaban. pernah satu mlm sy mkn sos tomato shj. pagi tadi mkn nasi goreng itu pun office mate blanja. Khamis dua minggu sudah dia belanja nasi lemak. Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu tak jumpa nasi. Khamis mkn nasi lemak tu pun sbb sy suruh kerani order nasi lemak bungkus masa mesyuarat siap pesan kat katerer jgn nasi lemak hidang. Sandwich sy tapau mkn hari Sabtu nasib baik tak basi dan kuih talam simpan dlm peti ais yg diperabihkan pd hari Ahad. Pagi tadi nasi goreng & mlm ni madu dan air panas (sorry aaa dua kali ulang). Esok wallahu`alam.
ReplyDeletesy dh terjebak dgn kad kredit berantai. Skrg ini sy byk melayari internet mencari info tentang mangsa ah long. cukup mengerunkan. apabila ah long terlintas dlm fikiran, sy selalu berkata pada diri sy sendiri, sy cuma ada dua pilihan sama ada kelaparan atau kelaparan dan ketakutan
ada kes ah long yg lambat byr interest tambah sampai RM 2K. sorry lari tajuk.
FYI keadaan sy tidak teruk sampai begini seandai pihak majikan membayar ganjaran tamat kontrak sehinggakan sy ter doa Ya Allah jadikanlah person in charge ganjaran tamat kontrak libang libu sehinggalah ganjaran tamat kontrak sy masuk dlm akaun
Zalim ke sy doa mcm tu. Kali terakhir yg dibyr RM900 Sepatutnya RM1,500. hampir 8 bulan bro. Sy cuma tuntut setahun je plus jumlah yg tak cukup sblm tu.
FYI lima tahun sy dinafikan ganjaran tamat kontrak. Kalau masuk yg terbaru enam tahun. Tu blum yg dibyr RM700. sy ngadu kat Pejabat Kewangan korang tambah lagi RM200. nak tunggu sy rasuah ke baru nk kira btul?
Skrg sy tak mau ngadu pd Pejabat Kewangan tetapi ngadu pd Allah pemegang kunci perbendaharaan.
Tapi sy ni bukanlah jenis straight sgt. Sy ni fleksible. Person incharge ganjaran tamat kontrak, kalian boleh proses ganjaran tamat kontrak di dunia atau di akhirat. Di akhirat pakai matawang apa ya ???