LGE Begitu Rakus Sehinggakan Tanah Kubur Pun Tergadai!

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah menerima permohonan rasmi untuk menggali semula kubur-kubur di atas Lot 54, Seksyen 5, George Town pada 22 Okt tahun lepas daripada Tetuan Jiran Bina Sdn Bhd.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Isnin menyebut bahawa permohonan yang dibuat adalah secara teratur oleh itu MPPP telah meluluskan permit menggali semula kepada pemaju mengikut peruntukan di bawah Seksyen 97(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Bagi mana-mana waris yang kurang berpuas hati dengan kerja-kerja penggalian yang bakal dijalankan, mereka boleh terus menghubungi pemaju Tetuan Jiran Bina di alamat 51-9-F Menara BHL Bank, Jalan Sultan Ahmad Shah atau hubungi talian 04-2277487.

Sementara itu, laporan akhbar tempatan menyatakan seramai 47 waris tanah perkuburan Cina di Lorong Batu Lanchang yang berusia lebih 100 tahun kesal dengan kerajaan DAP kerana gagal mengambil tindakan bagi menghalang pemaju memindahkan tapak perkuburan nenek moyang mereka.


Laporan itu turut menyebut waris tanah perkuburan itu cuba mengatur pertemuan dengan pemimpin kerajaan negeri bagi membincangkan isu pemindahan tanah kubur yang mempunyai nilai sejarah itu tetapi tidak mendapat layanan.

Selain itu, laporan itu turut menyebut langkah MPPP membenarkan pemaju membangunkan kawasan perkuburan itu di luar pengetahuan mereka serta mengundang perasaan marah serta kecewa di kalangan waris kerana semuanya mahu kubur nenek moyang mereka dikekalkan di situ.-Bernama

2 comments:

  1. LGE peduli apa kubur kat ke tu
    Sebab dia bukan orang penang
    Cuba tapak kubur kat bukit cina tu
    digali buat pembangunan mesti dia
    bising punya sebab nenek moyang dia
    punya.

    ReplyDelete
  2. kawan amir de makroMarch 8, 2011 at 6:37 PM

    siasat kerajaan mana yg beri tanah kepada jiran bina...sedangkan tanah perkuburan tersebut sudah berusia 100 tahun.

    jng terperangkap ngan permainan oleh kalipaf lge.

    ReplyDelete