Pertubuhan The Bible Society of Malaysia (BSM) sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas Kementerian Dalam Negeri kerana merampas kargo kitab Injil berbahasa Melayu, yang diimport dari Indonesia, di Pelabuhan Klang sejak 2009 sehingga menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan kumpulan Kristian.
Kitab-kitab injil itu menjadi punca kontroversi kerana mempunyai perkataan “Allah” di mana masyarakat majoriti Melayu Islam percayai kalimah itu tidak boleh digunakan oleh bukan Islam untuk merujuk kepada Allah.
“Saya ada melihat laporan berita dan pada masa yang sama BSM juga mengadakan perbincangan sebelum mengeluarkan respons rasmi,” kata Setiausaha Agungnya Dr Simon Wong kepada The Malaysian Insider hari ini.
Wong merujuk kepada kenyataan Kementerian Dalam Negeri semalam yang menafikan dakwaan sebuah persatuan penganut Kristian bahawa kementerian itu telah merampas dan menahan 5,000 kitab Injil berbahasa Melayu yang diimport dari Indonesia.
Menurut kementerian itu, kitab Injil berkenaan sebenarnya dilarang dibawa masuk ke Malaysia kerana gagal memenuhi syarat-syarat.
Satu surat penolakan bertarikh 26 Jun 2010 telah dihantar kepada pengimport tetapi sehingga kini pengimport masih belum menuntut kargo berkenaan.
Oleh itu, dakwaan oleh National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bahawa kementerian telah merampas dan menahan kitab Injil adalah tidak tepat dan mengelirukan.
Kelmarin, Setiausaha Agung NECF Sam Ang mendakwa bahawa Kementerian Dalam Negeri telah merampas dan menahan kitab Injil berkenaan di Pelabuhan Klang sejak tahun lepas dan enggan mengeluarkan meskipun Kabinet telah meluluskan pengeluarannya.
Wong berkata beliau ada dokumen-dokumen yang menunjukkan kementerian itu telah bertindak silap.
BSM telah secara formal memohon untuk dibenarkan membawa keluar kital injil itu yang dirampas pada Mac 2009.
Dalam pada itu Persekutuan Kristian Malaysia juga menggesa agar kerajaan dengan segera melepaskan kesemua kitab injil yang ditahan oleh pihak berkuasa.
Pengerusinya Biskop Ng Moon Hing meminta kerajaan bertindak sekarang dan membuktikan keikhlasan dalam berurusan dengan komuniti Kristian di negara ini dalam isu tersebut dan kesemua isu lain yang dibangkitkan sejak persekutuan tersebut ditubuhkan pada 1985.
Kata beliau, persekutuan itu kecewa dan rasa marah dengan tindakan menghalang membawa masuk, yang terus wujud dan kali ini di Pelabuhan Kuching, Sarawak.
“Sebanyak 30,000 naskhah Perjanjian Baru, Mazmur dan Amsal kini ditahan,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan.
Ng berkata kerajaan telah memberikan jaminan bahawa kitab injil dalam Bahasa Malaysia akan digunakan dengan bebas sekurang-kurangnya di Sabah and Sarawak.
Katanya, sejak Mac 2009 kesemua usaha untuk mengimport kitab injil dalam Bahasa Malaysia iaitu “Alkitab” sama ada menerusi Pelabuhan Klang atau Pelabuhan Kuching telah dihalang.
Jelas Ng, kargo sebelum ini sebanyak 5,000 naskhah Alkitab yang dimport pada Mac 2009 masih ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang meskipun pelbagai rayuan sudah dibuat.
Ng menambah, rayuan itu telah membuahkan hasil apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memutuskan untuk membenarkan naskhah-naskhah yang ditahan di Pelabuhan Klang pada Disember 2009, yang dimaklumkan kepada pemimpin-pemimpin persekutuan oleh beberapa anggota Kabinet dan pembantu mereka.
“Bagaimanapun 5,000 naskhah Alkitab masih ditahan. Perdana Menteri rasa terkejut apabila dimaklumkan 5,000 naskhah masih ditahan ketika jamuan teh sambutan Krismas, keputusan dibuat beliau itu tidak dilaksanakan.
“Bagaimanapun tiada apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa untuk memastikan naskhah-naskhah itu dikeluarkan,” katanya.
Ng berkata pihaknya mahu bertanya kepada kerajaan bagaimana program transformasi akan dijalankan dengan jayanya jika kakitangan awam enggan mematuhi keputusan Perdana Menteri.
“Adakah kerajaan tidak berkuasa untuk bertindak ke atas Napoleon Kecil yang mahu mengutamakan kepentingan dan agenda sendiri,” katanya lagi.
AS: Puak hamPas takkan senyap kot? Mai la bersuara skit dalam isu ni! Nanti bila ada melayu murtad juak PAS lah paling nak jadi hero dalam isu ini. Tidakkah punca utama penahanan kitab ini disebabkan ada nama Allah dalam injil? Semua perlu sedar bahawa tujuan utama penahanan ini adalah tidak lain tidak bukan adalah demi untuk memelihara kesucian agama Islam!
Nampaknya mereka semakin berani main api, adakah kitab Injil bahasa Melayu ni bertujuan utk memurtadkan org2 Melayu ?
Mereka kena faham , Melayu ialah Islam , sebarang usaha utk memurtadkan org Melayu mesti dibanteras .
Meraka sepatutnya kena hormati orang-orang Melayu Islam serta menghentikan sebarang usaha pengedaran kitab tersebut .
Sebenarnya kitab injil tidak seharusnya dicetakkan dlm Bahasa Melayu , dia org mahu cetak dlm bahasa english ka, bahasa cina ka , bahasa tamil ka , itu dia org punya pasal, tetapi sila JANGAN cetak dlm bahasa Melayu .
Dicadangkan ISA dikenakan ke atas mereka yg main isu agama , kerana mereka semakin berani, sekarang mereka mau saman Kementerian Dalam Negeri .
Mereka kena faham , Melayu ialah Islam , sebarang usaha utk memurtadkan org Melayu mesti dibanteras .
Meraka sepatutnya kena hormati orang-orang Melayu Islam serta menghentikan sebarang usaha pengedaran kitab tersebut .
Sebenarnya kitab injil tidak seharusnya dicetakkan dlm Bahasa Melayu , dia org mahu cetak dlm bahasa english ka, bahasa cina ka , bahasa tamil ka , itu dia org punya pasal, tetapi sila JANGAN cetak dlm bahasa Melayu .
Dicadangkan ISA dikenakan ke atas mereka yg main isu agama , kerana mereka semakin berani, sekarang mereka mau saman Kementerian Dalam Negeri .
Hakikatnya kat malaysia ni mana ada pembangkang, Yang ada cuma PEMBERONTAK. Kalaulah kerajaan suruh rakyat makan guna tangan, maka pemberontak akan hasut agar rakyat makan guna kaki.
ReplyDelete