Pok Nik! Mu Patut Malu Dengan Dirimu sendiri!

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya malu dengan diri sendiri yang seolah-olah sedia menerima perlakuan tidak bermoral individu yang dikatakan bakal menerajui negara.

Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapiea Nik Yusoff berkata, Nik Abdul Aziz hanya mengecam mereka yang mendedahkan pelakuan buruk itu tanpa mempedulikan pelaku sebenar dalam video seks itu.

''Apakah hanya keaiban musuh politik kita sahaja boleh diterima dari sudut agama sedangkan keaiban rakan atau orang yang kita bertuankan, kita tidak boleh dedah pula.

''Tidakkah pendedahan ini, jika ada kebenarannya menjadi peringatan yang jelas agar kita tidak terlanjur dalam mengangkat siapa yang bakal menjadi pemimpin," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Nik Sapeia berkata, Nik Abdul Aziz yakin pembabitan pemimpin pembangkang itu sehingga tidak langsung menyentuh soal tersebut, sebaliknya menyerang musuh politik yang mendedahkan keaiban itu.

Mengulas kecaman Nik Abdul Aziz terhadap mereka yang menayangkan rakaman video seks itu, katanya, adalah lebih wajar beliau menyelidik kesahihan video itu dan juga pelakunya daripada menolaknya secara membuta tuli.

''Jika terbukti ia suatu fitnah, maka ia suatu yang dapat membersihkan individu berkaitan malah pembangkang sendiri akan mendapat keyakinan rakyat.

''Tetapi bagaimana jika ia benar, apakah Pas sanggup terus bersekongkol dengan pemimpin yang bergelumang dengan persoalan moralnya dan terus mengangkatnya sebagai peneraju negara?" ujarnya.

Katanya, Nik Abdul Aziz dan Pas tidak harus mengetepikan persoalan itu, semata-mata untuk terus mengekalkan pengaruh pembangkang agar akhirnya berpeluang mendapatkan kuasa.

''Belum terlewat jika Pas tidak bersekongkol dengan pembangkang agar pemimpinnya dilihat lebih cerdik, imejnya bersih apatah lagi ia mempunyai kekuatan sendiri tanpa perlu menumpang pemimpin lain," ujarnya.

No comments:

Post a Comment