Adeh.. Pesta Songkran Pun Nak kena Jadi Cuti Umum ke?

Perlu ke Pesta songkran yang disambut oleh Masyarakat Siam setiap 13 April dijadikan Cuti Umum peringkat Pusat? AS merujuk kepada cadangan yang akan dibawa dalam sidang Dewan Negara pada minggu depan oleh Senator Bon Soom Inong untuk kerajaan menjadikan Pesta songkran sebagai hari cuti umum.

Persoalannya disini, wajarkah? Sepertimana kita tahu, Malaysia antara negara yang banyak bilangan cuti umum. Tambahan pula Peratusan Rakyat Malaysia berketurunan Siam terlalu kecil dibandingkan jumlah penuduk Malaysia. Bukti penghormatan Kerajaan Malaysia salah satu contohnya ialah dengan melantik Senator Bong soom sebagai Senator.

Tapi jika perlu juga cuti ini sebagai penghargaan kepada masyarakat berketurunan Siam di Malaysia demi untuk meraikan semangat 1 Malaysia, AS cadangkan apa kata dimulakan cuti umum di peringkat negeri seperti Perlis, kedah dan Kelantan dimana majoriti rakyat berketurunan Siam adalah di negeri-negeri ini.

2 comments:

  1. kami memerlukan bantuaan anda untuk mempromosikan blog baru kami yg setahun jagung.. bantuan anda amatlah kami hargai.. terima kasih..

    http://melayuseberang.blogspot.com/2011/04/kempen-pegang-perut-anuwar.html

    semoga perjuangan kita diredai nya

    ReplyDelete
  2. Salam buat tuan.

    Dalam meminta dan memberi sesuatu kadang-kadang kita perlu bertanya tentang kewajarannya.

    Kadang-kadang apa yang diminta itu mahu menguji dan tidak kurang pula untuk mengukur mentaliti dalam memberi jawapan.

    Tambahan pula jika orang yang meminta berhajat kepada sokongan maka saat beginilah sebaik permintaan diajukan kerana siapa-siapa pun boleh memanipulasikan agenda tersebut selepas ini wal hal terlalu banyak cuti umum yang telah tersedia ada...walahualam

    ReplyDelete