Pegawai SPRM tonton pornografi selepas soal Teoh
Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan memuat turun dan menonton pornografi pada komputer milik pejabat selepas sejam menyoal siasat Teoh Beng Hock.
Perkara ini didedahkan oleh pengerusi Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh, Tan Sri James Foong hari ini.
Beliau berkata demikian ketika peguam Majlis Peguam, Cheow Wee menyoal bekas timbalan pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim berhubung memorandum dalaman yang mengingatkan kakitangannya supaya sentiasa memerhatikan pelawat, saksi ataupun suspek ketika mereka berada di premis berkenaan.
Dalam keterangannya, Fong berkata penolong penguasa Mohd Ashraf Mohd Yunus sedang menonton pornografi di komputernya pada jam 1.20 pagi, 16 Julai 2009.
Foong: Pada pendapat saya, adalah agak longgar cara saksi diperhatikan. Kenapa? Saya ingin tahu mengapa tiada kawalan keselamatan?
Hishamuddin: Arahan diberikan (melalui memorandum dalaman) dan mesti ada pegawai (yang mengiringi saksi).
Foong: Kenapa tidak tanya pegawai awak apa yang mereka lakukan (apabila awak berada di pejabat pada waktu itu)?
Hishamuddin: (Mereka tidak beritahu saya) kecuali saya tanya.
Foong: Tahukah awak bahawa Ashraf telah memuat turun bahan pornografi sekitar jam 1.20 pagi (16 Julai 2009). Apabila operasi dijalankan, dia menonton pornografi di internet.
Hishamuddin yang terkejut dengan berita itu mengambil masa sebelum menjawap “ia di luar kawalannya”.
“Ini tiada kaitan dengan kerja... mungkin inisiatif sendiri,” katanya.
Kejadian itu berlaku kira-kira sejam selepas beliau membantu seorang lagi rakannya menyoal Teoh.
AKU TAK KIRA, BENDA TAK BETUI KENA TEGUR! PEGAWAI KERAJAAN MACAM ASRAF NI LA YANG MENJATUHKAN IMEJ KERAJAAN. AMBIL JE TINDAKAN DISIPLIN KAT DIA NI.
DAN LEBIH MALANG LAGI, RAKYAT SUKA SEKALI HARUNG MENGATAKAN KESILAPAN DAN KESALAHAN PENJAWAT AWAM ADALAH KESALAHAN UMNO/BN.
PERKARA SEBEGINI PERLU DIPERBETULKAN. MACAM KES RASUAH, KELEMAHAN PENTADBIRAN, KECUAIAN AGENSI KERAJAAN, KITA JANGAN MENGHUKUM UMNO/BN. BOLEH DIKATAKAN RAMAI JUGA PENJAWAT AWAM YANG TAK SOKONG KERAJAAN.
CUBA SIASAT, MAMAT ASYRAF NI PENDOKONG PARTI MANA?
p/s: ulasan artikel ini adalah kes Ashraf sahaja, tiada kena mengena dengan siasatan TBH.
masak ar ko asyraf..
ReplyDeletesangap sgt ke?
ni la org yg merosakkan nama baik kakitangan kerajaan yg amanah dan ikhls bekerja.
ReplyDeletekenakan tindakan disiplin kpd dia ni..