Nak tunggu kalah semua kerusi baru nak terima perletakan jawatan ke?
AS kata ni merujuk pada keputusan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang menolak peletakan jawatan presiden, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam dan Setiausaha Agungnya, Datuk Sim Kheng Hui.
Sikap George Chan dan Kheng Hui perlu dipuji kerana mereka berasa bertanggungjawab diatas kekalahan teruk SUPP pada pilihan raya negeri Sarawak pada Sabtu lalu.
Mengapa perlu CWC SUPP nak pujuk supaya jangan letak jawatan? Kita mesti ingat, kita perlu berubah segera kalau tak mau terus rebah. Biarkanlah saja Presiden dan Setiausaha Agungnya letak jawatan! reform kembali parti SUPP itu sendiri dengan kadar yang segera!
Apa kata letak saja muka baru yang 'fresh' bagi memimpin SUPP yang mungkin lebih disukai oleh orang cina di Sarawak. Mungkin faktor George Chan orang yang dah lama disebabkan Cina sarawak memilh DAP.
Ingat, PRU13 tak lama lagi. Semua parti perlu berubah. SUPP akan bertanding 6 kerusi Parlimen.Semua kerusi itu sangat penting untuk membantu BN mempertahankan kuasanya.
Janganlah bagi alasan yang penolakan perletakan jawatan ni disebabkan pemilihan pimpinan SUPP akan diadakan pada kongres parti akhir tahun ini. AS takut tak sempat je. Kita sudah tadak masa. jangan asyik berdrama dan berseloka lagi! Keputusan PRN Sarawak baru-baru ni dah beri petunjuk yang kaum cina dah tolak BN di Sarawak. SUPP harus lakukan sesuatu!
Letak jawatan atau tidak, yang penting ada strategi untuk tawan hati rakyat.
ReplyDeletehttp://apakecoh2.blogspot.com/