Kerajaan Selangor Tak Bantu Peniaga Melayu Pun!
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) menyifatkan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak mempunyai dasar yang jelas bagi membantu peniaga bumiputera meningkatkan ekonomi mereka.
Yang Dipertuanya, Tan Sri Rozali Ismail berkata, faktor itu menyebabkan peniaga bumiputera tidak memberikan sokongan terhadap kerajaan negeri, khususnya melibatkan usaha meningkatkan taraf pendapatan dan ekonomi di Selangor.
''Di Selangor tidak ada polisi yang membantu peniaga Melayu, itu yang susah sedikit. Kalau kita lihat Kerajaan Persekutuan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mewujudkan pelbagai program, transformasi dan pakej-pakej untuk membantu orang Melayu," katanya.
Forum sehari itu memberikan penerangan mengenai peluang-peluang yang boleh dimanfaatkan oleh peniaga Melayu menerusi pelaksanaan ETP Kerajaan Persekutuan.
Rozali mencadangkan agar kerajaan memberi penumpuan terhadap peniaga Melayu kecil-kecilan yang sedia ada sebagai langkah untuk memperkasakan kaum itu dalam bidang perniagaan.
''Sekiranya kerajaan hanya menumpukan usaha mewujudkan peniaga Melayu yang baru, ia tidak banyak membantu ekoran peratusan untuk gagal itu mungkin tinggi,'' ujarnya.
Sebaliknya, beliau berkata, tumpuan perlu dibuat terhadap peniaga kecil-kecilan sedia ada kerana jumlah mereka sebenarnya tinggi.
''Sebilangan besar mereka telah lama menjalankan perniagaan, mempunyai akaun perniagaan yang aktif, ada tempat dan jualan.
''Golongan ini juga dilihat boleh turut sama memainkan peranan untuk manfaat peniaga baru dalam kalangan orang Melayu," katanya.
Erk, PKR masih ada hati Melayu ke? Aku ingatkan depa dah reject apa2 hal berkaitan Melayu.
ReplyDeleteSo, aku ingat PAS oklah sikit. Rupa-rupanya PAS pun takut nak cakap pasal Melayu. Aku ada follow program Kongres Pengupayaan Bangsa. Mahfuz poligam yg anjur. Mula2 PAS putus buat Kongres Pengupayaan Melayu, tapi ditukar secara tiba2 kpd Kongres Pengupayaan Bangsa. Depa kecut kat DAP!
DAP pulak selamba minta peruntukan utk sekolah cina. Mrk desak Cina diberikan hak samarata dlm pemberian biasiswa dan perkhidmatan awam. Apa punya penakut la PAS ni.
Siapa je la yg betul2 Melayu dlm PKR? Suruh la depa jaga I-City, projek penempatan komersial dll tu. Hampeh PKR! Next election, hancur!
PKR (baca Khalid) mana sempat nak bincang pasal polisi ekonomi untuk bantu Melayu ni. Baru nak buka mulut sikit, Teresa, Eli and Ronnie dah hentam mcm2.
ReplyDeletePKR (baca Azmin) dok sibuk nak buat master plan utk ganti Khalid. Skrg ni Team Azmin and Team Saari Sungip bertarung. Saari plan nak tolak Azmin next election utk contest Parlimen shja.
PKR (baca Khalid and Azmin) memang tak sempat la nak gubal polisi utk bantu org Melayu. Depa lebih suka pikir nak jaga kuasa masing2.
Kompleks PKNS takdak satu pun yg baru! Sewa premis pun tak turun2. Peniaga pun fed up dah ngan mrk ni.