MESTI BACA! KENAPA KAMI TINGGALKAN PAS – Part 2 (Pengakuan Benar)

Lanjutan dari entry sebelum ini di (SINI) yang mendapat perhatian ramai pembaca, sekali lagi AS bawakan khas artikel ini yang AS terima melalui e-mail dari Dr Rahman Kadir yang memperjelaskan dengan panjang lebar pelbagai kebejatan yang telah dilakukan oleh PAS.

Harap para pembaca dapat membaca sehingga habis kerana banyak kisah menarik untuk kita renungi dan sebar-sebarkanlah untuk kepada semua tentang KEBENARAN dan FAKTA yang perlu semua kita ketahui.


KENAPA KAMI TINGGALKAN PAS – Part 2

Saya ingin menambah beberapa perkara yg disebutkan oleh sdr Rahman Kadir sebelum ini. Saya mulakan dengan kata2 Saidina Umar yang lebih kurang berbunyi:

“Setiap manusia yg lahir dr rahim seorang ibu dilahirkan sebagai seorg yg merdeka”.

Oleh itu, saya ingin... menyatakan bhw kami sebelum ini menyertai PAS sebagai seorang yang merdeka dengan kehendak hati kami sendiri, dan kami keluar dari PAS juga sebagai seorg yg merdeka dengan kehendak hati kami sendiri. Kedua-dua keputusan dibuat berlandaskan ilmu yang ada pada ketika keputusan yang dibuat.

Perkara ini saya harus tegaskan kerana mereka yang masih mengikuti gerakan PAS ini terutamanya yang mengikuti gerakan ini di kampus, saya kurang yakin sebahagian besarnya bahawa jika tidak kerana dipaksa mengikuti program Tamrin Panjang, melakukan bai’ah, mereka akan terus beriltizam dengan PAS. Ada di antara mereka yg beriltizam kerana kawan-kawan, isteri mereka juga dari jamaah ataupun golongan yang sama dan juga persekitaran. Andaikata mereka diberi peluang memilih dalam keadaan merdeka, maka mereka akan sudah lari dari azali lagi. Ceritera ini bukan untuk mengangkat diri sendiri dalam bakul, tetapi untuk menolak tuduhan dan juga tanggapan bahawa kami masuk PAS dahulu kerana NADI kuat ataupun PAS kuat. Walhal di zaman itu, anda fikir sendiri, berapa ramai org PAS yg anda jumpa dalam batch anda?

Saya harus tegaskan bhw saya telah berintima’ dan mengenali PAS seawal dari sekolah rendah lagi. Mungkin bunyinya terlalu awal, tetapi itulah hakikatnya. Rakan-rakan yang membaca nukilan ini, masih teringatkah anda tentang pimpinan Arwah Haji Yusof Rawa (kemudian menjadi Mursyidul Am semasa pimpinan Arwah Ust Fadzil?), bagaimana peristiwa Memali berlaku melalui buku Cn Afghani, penubuhan CCC sekitar tahun 1986 yang menyaksikan penubuhan kelab penyokong Cina, pergolakan Team A dan team B yang menyaksikan pengharaman UMNO dan muncul parti Semangat 46. Sahabat-sahabat tahukah bahawa Parlimen Johor Bahru yang saudara2 kata mustahil PAS boleh menang,pernah menyaksikan UMNO kalah di tangan Dato’ Shahrir Samad dari team B yang telah menjadi calon bebas dengan lambang kunci. Sahabat2 semua mungkin sekadar tgk kartun transformer, ninja turtle, tapi saya sudah ikut perkembangan politik semasa ketika itu melalui pembacaan Harakah, Watan dan beberapa akhbar tabloid politik di ketika itu.

Ku Li yang dinobatkan sebagai ketua Angkatan Perpaduan Ummah sebagaimana Anwar hari ini, mendapat inspirasi dari kekalahan parti kongres kepada bharatiya janata party (BJP) untuk mengalahkan kerajaan UMNO baru pada pilihanraya 1990. Masihkah ingatkah sahabat2 bahawa jikalau tidak kerana tengkolok salib yg dipakai oleh tengku razaleigh, tentu PM selepas pilihanraya 1990 adalah Ku Li bukannya Mahathir. Sahabat2 ingat tak lagi siapa MB Kelantan sebelum TG Nik Aziz, MB UMNO namamnya Mohamed Yaacob.

Sahabat-sahabat bolehkah ingat ttg Isu Kerpan, di mana tanah2 org kampong di Kedah diambil oleh kerajaan BN Kedah utk membangunkan ladang ternakan udang dengan joint venture Syarikat Bin laden? Hero isu ini adalah Mat Sabu.

Saya boleh teruskan lagi semua2 cerita2 lain, tapi cukuplah setakat itu dari segi itu. Saya telah faham dengan hakikat bhw melaksanakan hukum hudud itu adalah wajib dan menegakkan Negara Islam itu adalah wajib seawal itu. Untuk umat kembali menjadi umat yg kuat seperti mana di zaman kegemilangannya kita harus kembali kepada Islam secara keseluruhan. Mungkin yang masuk sekolah ugama ketika itu pun tak faham benda2 seperti itu. Saya tidak katakan semua tidak faham, tetapi anda semua lebih tahu dari saya, cuba tanya balik di tahun 90-95, apakah fikrah anda?
Selain itu, saya kenal mana satu BMB dan mana satu NADI sebelum mencecah masuk ke kampus UM. Masih terang di ingatan saya, Sdr Khairuddin Mohd, Presiden PMUM 1995, diangkat dan dijulang di TV3. saya berasa hairan, kenapa TV3 menjulang Presiden PMU yang sedang berdemonstrasi, suatu perkara yg ajaib. Bila diperiksa, barulah diketahui bahawa mereka ini adalah proksi Anwar di kampus dan TV3 sendiri dikuasai oleh Anwar.

Saksi yg kepada pengetahuan saya tentang politik kampus ini, adalah (bakal) naqib saya sendiri, Ust Burhan Che Daud yang saat itu juga mengikuti haluansiswa (sebagai pelajar tahun 1 Akademi Pengajian Islam). Soalan saya kepadanya sebagai kepastian, yang pegang PMU tahun 1996, siapa? BMB ataupun Nadi. Beliau terkejut kerana soalan itu datang dari seorg pelajar Asasi yang sepatutnya tidak tahu apa2 tentang politik kampus. Masih segar di ingatan saya, seorg sahabat yang sama2 bertuisyen dengan saya di Taiping, mengetuai upcara sorakan bg pihak Kolej beliau, di masa yg sama Pres. PMU dari BMB ketika itu (1996) turut menjadi Pembantu Pelajar Kolej berkenaan.

Perkara saya yg membuatkan saya beriltizam membantu NADI adalah apabila sekumpulan pelajara Akademi Islam mengadu mereka dipaksa mencukur janggut oleh pembantu2 pelajar Kolej kedua kepada pimpinan PMUM. Namun balasan dari Presiden PMU ketika itu hanyalah ini masalah masing2. Saya melihat betapa lemahnya dan betapa tidak perihatinnya pimpinan PMU yang ada.

Rakan saya, Abdul Rahman masih pekat UMNOnya, di hujung minggu haluansiswa, kami bertukar pendapat ttg politik Negara, dan menceritakan kewajipan menegakkan hukum Islam. Beliau tidak percaya dan saya mengusulkan agar dibawa ke pengetahuan Ust Burhan. Dalam usrah kami yang pertama, kami terus mengajukan soalan itu. Sebenarnya, ini sudah langkau silibus, tetapi dijawab oleh ust Burhan. Dan saudara Abd rahman menerima hujah saya dan bermula dari situ beliau menjadi seorg penyokong PAS sebagai seorg manusia yang bebas dan menerima hujah yang berdasarkan ilmu.

Saya sendiri dalam pengenalan pelajar2 Asasi di Kolej Pertama tidak menyembunyikan ideologi politik saya. Begitu juga dengan fikrah ini, saya selesa dengan abg2 senior JKP Kerohanian dan Etika. Boleh lepak dengan mudah sebab frekuensi kami sama.

Bagi kami, ujian kami yang pertama di Universiti Malaya secara praktikal bg menegakkan Islam adalah pilihanraya Asasi. Kami tahu bahawa ada terdapat dua pasukan, satu kumpulan senior2 yg mengikuti Usrah diketuai oleh sdr Fauzul Naim, dan sa...tu lagi senior yang berpusat di Kolej Ke Lapan diketuai oleh Sdr Sattar Hussin. Benar, sokongan pelajar2 tahun 1 diperlukan utk memastikan Asasi dikuasai oleh kelompok usrah yang pro PMI.Kami melihat ketika itu sokongan kepada pelajar2 usrah semasa merosot, kempen pihak Sattar cukup hebat dan menarik perhatian pelajar2 tahun 1 Sains hayat terutamanya. Pihak senior usrah, masuk di saat yg salah dan ramai pelajar hayat ketika itu sudah pun keluar. Kempen mereka tidak sampai ke audiens yg ada.

Pulang dari Kolej, saya dan Rahman serta beberapa anak usrah lain tidak puas hati.Kami bertekad, apa2 pun kami akan pastikan kumpulan A Bulat (grup anak surah) akan menang.Sdr Rahman mmg terkenal sebagai pendebat Malacca High School. Di pagi jumaat, Sdr Rahman telah berada di hadapan dan berkempen meminta agar grup A bulat ini diberi peluang utk memegang jawatankuasa di Asasi dan kami menyerahkan handbill2 kepada kawan2 lain supaya menyokong calon sokongan kami, akhirnya, hanya jawatan Presiden Asasi sahaja dipegang oleh Sdr Sattar, dan lain2nya dikuasai oleh grup A bulat. Ini merupakan kejayaan pertama kami dalam politik kampus (sambil tidak menafikan usaha oleh pemain2 sebenar di sebalik grup A Bulat).

Kejayaan ini memberikan satu makna besar kepada PMI dan NADI, kerana kemenangan di Asasi memberikan satu isyarat kepada pilihanraya kampus. Benar, telahan naqib kami (selepas Abg Burhan), Abg Norhisyam Ismail, PMU telah dikuasai oleh NADI/PMI, BMB yang dipimpin oleh Sdr Fakhrul razi Ibrahim yang mengetengahkan Sdr S Ramlee sebagai bakal Presiden kecundang. Semua kerusi umum, tumpas kepada NADI. Sdr Zainul Azizi diangkat sebagai Presiden PMU dr NADI. Ust Abu Zaki sebagai mantan Pres PMI ketika itu boleh berasa bangga kerana ground worknya sudah berhasil. Pres PMI ketika itu, Ust Anwar Ridwan Zakaria (juga naqib kami kemudiannya) membuka lembaran baru pemerintahan PMI dan NADi di kampus Universiti Malaya. Maka, bermulalah era pemerintahan NADI tanpa kalah sehinggalah tahun 2004/2005. Nadi bertukar nama kepada Gagasan, Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya dan saat ini Pro-Mahasiswa.

Usrah2 dan tamrin2 yg kami ikuti pada mulanya tidak menampakkan hala tuju ke arah menjadikan PAS sebagai jamaah yang patut kami serahkan jiwa dan raga kami. Atas nama untuk mengajar agama, maka pelajar2 Asasi dan juga fakulti diajak menyert...ai usrah. Masih segar lagi di ingatan kami, tamrin kami yang pertama memang penuh “hiburan” . Naqib2 di Kolej Pertama pun turut mengadakan outing seperti ke Taman Tasik Titiwangsa. Inilah cara bagi mereka mendekati pelajar-pelajar asasi dan juga fakulti.
Namun, semakin lama, nilai ‘hiburan’ itu semakin luput. Mereka yang benar2 berminat dgn agama dan berdisiplin dalam tarbiyyah sahaja yang akan kekal, yang lain2 akan lupus ditelan zaman. Sebelum itu, ada sahabat2 yg keluar 3 hari dengan gol. Tabligh. Ada yang rapat dgn pimpinan ABIM di kampus (utk yg berada di 2nd College), yg di 4th mula berjinak dengan JIM. Ada juga sahabat yg dipesan oleh ustazah di sekolah utk mencari naqib JIM yakni ustaz Alias Osman. Namun, akhirnya mereka masuk ke usrah PAS dan mengikuti bai’ah dengan pimpinan PAS.

Dalam tamrin kedua tidakpun sebelum Tamrin Panjang, anak usrah disuruh memilih jamaah yg benar. Hadith2 Nabi dikeluarkan, untuk menyokong bahawa PASlah jamaah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW. Bagi rahman dan saya, jemaah mana lagi? Mungkin bg sahabat2, ada yg masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Ya, sebab dalam borang taaruf dalam Tamrin panjang, ramai yang meletakkan tokoh yang dihormati sebagai Anwar Ibrahim ataupun Tun Mahathir.

Sebenarnya, yang membuatkan kami bersungguh2 untuk menyertai Tamrin panjang (selepas ini dirujuk sebagai TAMPAN) kerana perkara ini dibocorkan oleh salah seorang senior kami (dirahsiakan identitinya) apabila beliau yang sekolej haluansiswa di kolej ketiga dgn saudara Rahman telah memecahkan perkara ini. Sepatutnya ia adalah rahsia, tetapi kerana sebab tidak mahu Rahman tercicir, maka dibukakan rahsia ini supaya Rahman tidak lari dr gerakan usrah dan tamrin. Rahman pula memberitahu saya tentang adanya TAMPAN iaitu di mana akhirnya trdapat upacara bai’ah walaupun sebelum sampai ke tahap itu, terdapat mental and physical torture walaupun tidaklah sehebat tentera, namun, jikalau diketahui oleh sahabat2 yg lain, nescaya mereka akan lari.

Namun, disebabkan kami benar2 ingin menyertai PAS, maka ini menyebabkan kami lebih bersemangat utk menyertai usrah dan tamrin. Ini berlaku sebelum peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim sekitar tahun 1997. Namun, bayang2 berakhirnya kuasa hegemoni UMNO sudah kelihatan dengan tumpasnya UMNO di parlimen Arau pada tahun tersebut dengan calon PASnya, Ust Hashim Jasin.

Sebenarnya gerakan sirr ataupun rahsia ini wujud juga di Asasi tetapi secara longgar. Di antara cuti semester, kami telah menyertai TAMPAN yang dibuat di Taman Melewar. Naqib saya sendiri membawa saya ke sana dengan menaiki motorsikal. Kami tidak dibenarkan menelefon sesiapa (almaklumlah zaman pra-henfon) dan diminta utk berbohong tentang lokasi dan program yang kami ikuti kepada ibu bapa. Saya tidak akan menceritakan dengan lebih lanjut kerana kebanyakannya telah dimuatkan dalam nota ini.

Apa yg saya hendak beritakan, bahawa tamrin panjang ini telah menjadikan kami ahli PAS sebenar dengan mengikuti jalan tarbiyyah. Di sini, tiada pengecualian kredit, mereka yang pernah mengikuti modul yg sama di Universiti lain ataupun di Kolej Islam Kelang perlu mengikuti semula tarbiyyah UM. Keluar dari TAMPAN, menjadikan kami org2 yg semangatdengan perjuangan PAS.

Setelah beberapa ketika, saya berpeluang mengerjakan umrah bersama bapa saya. Kebetulan isu pemecatan Anwar masih hangat. Saya sempat bertemu dengan Datuk Seri Zahid Hamidi yang baru saja dilepaskan dari tahanan ISA dan terus mengerjakan um...rah bersama anak kecilnya. Di Tanah suci, saya mendapat gambaran Islam yang berbeza dari apa yg saya temui sepanjang tarbiyyah saya dengan PAS.

Islam tidaklah keras sperti mana yang saya hayati melalui tarbiyyah2 dalam PAS. Saya melihat Tuan Guru Melayu di Masjid Mekah juga tidak menyertai PAS dan mengatakan PAS seharusnya berusaha menghapuskan syirik dan khurafat dahulu. Mungkin beliau tidak mahu audiens lari, kerana menyedari suasana yg marak dengan isu Anwar.

Kembali ke tanah air, saya dibawa menyertai tamrin khusus untuk pimpinan PMI sahaja. Terdapat beberapa insiden yang membuatkan saya terfikir dan saya membuat bandingan di antara suasana di Tanah Suci dan juga apa yg berlaku semasa tamrin tersbut.

Di sini, kepercayaan saya terhadap PAS mula terhakis, walaupun saya sendiri melihat ada beberapa perkara yang mula tidak kena. Kepercayaan kami bahawa PASlah jamaah yang sah, membuatkan kami terus bersama dengan PAS. Mungkin Rahman lebih awal, tetapi sebelum ini pun kami menyoal tentang beban kerja jamaah yang tidak seimbang apatah lagi kepada pelajar perubatan. Sistem yang dibina tidak menguntungkan pelajar2 di luar Akaedmi Pengajian Islam.

Keraguan ini ada, seperti bola salji yang turun dari gunung yang tinggi. Kami cuba untuk tidak menyoal kerana bimbang ini hanyalah bisikan syaitan. Jika PAS tidak betul, kami risau pula, silap2 kami boleh jatuh shahadah kami. Tetapi, hati semakin tidak puas, melihatkan nasib rakan2 yg beban akademik semakin berat. Kami tidak berbincang tentang siapa yg akan dapat score A, tapi kami berbincang sapa yang lulus dan siapa yg tidak di bwh pemerhatian dekan.

Itu sebab, saya selalu menggelarkan zaman di kampus sebagai zaman gelap. Alhamdulillah, sebab “tamadun” kami tinggi, kami masih mampu bertahan. Ibarat billionaire, harta ditarah, tidak luak. Tetapi, ramai sahabat2 yg tidak bernasib baik. Dahulu di Asasi, kamilah pusat rujukan ilmu, tetapi di fakulti, kami tidak lagi. Malah, kami terpaksa menadah pula bantuan untuk terus hidup.

Masalah akademik yg meruncing menyebabkan kami perlu bertindak. Ikutkan, kami boleh buat sikap, apa aku kesah. Kami tidaklah bawah pemerhatian dekan, result pun ok berbanding kawan2, tetapi disebabkan kami merasakan Islam tidak zalim, maka kami mula merangka strategi utk merubah nasib pelajar2 PMI yg bukan ustaz ini. Mungkin sahabat2 yg membaca ini lebih mengangkat org2 yg kurang bersimpati dengan ada sekelian dan memusuhi kami, walaupun sebenarnya kami tidak perlu bersusah payah memikirkan kesusahan kalian walaupun kami ini secara akademiknya, survivor.

Pada mulanya, ada di antara org2 yg berpengaruh bersimpati dengan perjuangan kami ini, tetapi disebabkan hasutan, dia mula menyerang rayuan kami. Kami ketika itu sudah menjadi senior, sebaya dengan pimpinan yang ada ketika itu. Ketika yg sa...ma, saya dilantik menjadi Presiden AKIUM, di sana saya membina Utopia saya sendiri, sesuai dengan kesibukan akademik seorg pelajar kejuruteraan. Akademik menjadi keutamaan, Alhamdulillah saya rasa ia menjadi. Di situ, saya cuba membawa imej dengan berpegang jati diri sebagai seorg Muslim sejati, kita akan berjaya. Semboyan ini berjaya ditanamkan di kalangan ahli2 AKIUM tidak mengira apa fahaman. Namun, kesetiaan kami masih kepada PMI. Secara politik kami masih bersama PMI dan Gagasan. Walaupun begitu, oleh kerana mungkin kurang berguna dari segi politik utk PMI, kami dipinggirkan. Gerai konvo diletakkan jauh, dan diutamakan gerai anak Kelantan, Sajian Bonda mendapat 2-3 lot di tempat strategic, padahal kami di atas bukit. Yg menentang PMI lebihlah buruk nasibnya. Melihat beberapa ketidakadilan, kepercayaan terhadap gerakan PAS di kampus semakin luntur, namun, kami tiada jalan melainkan untuk terus bersama dengan mereka. Brgkali, PAS di UM kejam, zalim dan autokratik, tetapi di luar sana, bagus dan merekalah tempat umat utk mengadu nasib dan cemerlang andaikata mereka memerintah Malaysia.

Senasa menjadi Pres AKIUM, saya berkenalan dengan prof Zaki. Dan kisah seterusnya adalah sejarah dan telah dimuatkan di dalam nota rahman di atas. Cumanya, usrah yg menjadikan prof sebagai naqib kami disetujui oleh Timbalan pres PMI dan juga di bawah pengetahuan Ustaz Harun Taib, ketua Dewan Ulamak.

Selepas berkhidmat dengan AKIUM, saya dan beberapa rakan setia, ingin menubuhkan satu rumah bersama untuk membantu pimpinan AKIUM sebagai badan penasihat. Saya sangka semuanya sebulat hati, tetapi salah seorang yang kami rasa yang paling warak dan jujur di kalangan mereka yg ditarbiyyah, berpaling tadah. Saya dan timbalan saya, Sdr Ahmad Rizal, terpaksa merempat beberapa hari, sehinggalah diselamatkan oleh seorg tutor di kejuruteraan mekanikal untuk bersama menjadi ahli rumah mereka. Bagi saya, jika seorg ahli yg paling baik pun boleh menkhianati janji setia ini, apa sgt dengan org lain?

Pemecatan Prof Zaki, seorg saya kenal bukan sahaja tidak pernah mengambil loan bank, tetapi juga loan govt., membuatkan saya hilang kepercayaan secara total kepada PAS. Namun, yang masih mengikat saya adalah hukum syarak. Prof Zaki sebelum dipecat sudah 2 kali digantung keahlian oleh PAS. Tetapi, dia masih beriltizam dengan PAS. Dalam pengadilan tersebut, beliau tidak dipanggil utk bicara.

Saya Alhamdulillah telah diberi peluang oleh kerajaan Malaysia utk menyambung pengajian di peringkat Masters di UK dalam keadaan masih menyokong PAS. Bagaimana saya ‘convert”, diceritakan di dalam nota atas.

Di sini, saya ingin rakan2 berfikir bahawa sokongan kami terhadap PAS, bukanlah disebabkan paksaan, tetapi disebabkan oleh kesedaran dan ilmu. Mungkin akan ada yg berkata, bukankah ini flip-flop? Tidak, kerana ia dibuat bersandarkan pengetahuan dan maklumat yg ada. Dari saat, saya tidak menyokong PAS sehinggalah ke hari ini, tiada dalil syarak yg boleh menggoyahkan pegangan saya dan sdr Rahman. Jika ada sesiapa yg ada dalil, silakan. Saya sudah menanti dr tahun 2003 sehingga sekarang, belum ada lagi, bukan kami menanti seperti tunggul tetapi kami keluar dan mencari. 8 tahun, maka dalam tahun ke-8 ini, kemukakanlah dalil bukannya dalih. Jika anda di pihak yg benar, maka saya tidak ada masalah utk masuk semula ke dalam PAS, tetapi jika tidak ada, hitungkanlah di mana akhirnya kalian di akhirat kelak, setelah hujah ditegakkan.

Janganlah kerana cintakan teh-o, karipap dan bihun kering, anda buang hadith yg sahih utk kepentingan mata dunia yg sedikit.

-Nashrul Fazli-

(Nashrul Fazli Merupakan Rakan Karib Kepada Dr Rahman Kadir)

44 comments:

  1. Tahniah!Pendedahan yang berani dan genuine!PAS hanyalah sebuah parti politik..saya berpegang pada prinsip itu.Tkasih

    ReplyDelete
  2. Saudara, tidak semesti selepas saudara pergi umrah, saudara boleh berubah arah. Saudara kena ingat, Rasulullah S.A.W pernah bersabda "Ummatku (Islam) benar-benar akan terpecah menjadi 73(tujuh puluh tiga) golongan, yang satu di Syurga, dan yang 72 (tujuh puluh dua) golongan di Neraka,’ Ditanyakan kepada beliau, ‘Siapakah mereka (satu golongan yang masuk Surga itu) wahai Rasulullah?’ Beliau menjawab, ‘Ahlussunnah wal jama'ah.’ Saudara kena ingat. Kebanyakan golongan Islam di Saudi Arabia mempunyai banyak fahaman. Wahabi lebih menonjol. Ingat, Kita hanya perlu berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasullulah. Assalamualaikum. - Kyo

    ReplyDelete
  3. Tahniah! Islam itu indah tanpa PAS!

    ReplyDelete
  4. salam. saya pun seorang muslim melayu. dalam situasi politik sekarang, umno adalah satu-satunya parti yg boleh menjaga agama Islam di malaysia sekarang. Diharap ada pihak yg boleh mengukuhkan nilai2 Islam dalam umno. mari kita sama2 lakukannya!

    ReplyDelete
  5. pas memang perosak..

    ReplyDelete
  6. ISLAM dipandang serong bila PAS bersengkokol dengan DAP...
    Banyak yang palsu dari kebenaran !

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.Betul. Saya juga lama bermazhab PASni. Dari sekolah sampai ke alam kampus. Tahun akhir saja baru dapat berubat menjadi orang yang rasional. Pas hanya parti politik . Jauh sekali dari mazhab akidah. Sayang sekali kampus menjadi tempat menanam dan menyemai kesetiaan kepada PAS melebihi cinta kepada sesama Muslim.

    ReplyDelete
  8. PAS makin jadi hamPAS, mementingkan politik,mula cerita agama jadi ceramah politik, mula ceramah agama kemudian ngumpat sana ngumpat sini. bagitau ceramah mana yang tak sebut BN, UMNO,sekarang bila video anwar keluar tau pulak dosa ngumpat, sama ngan dosa membunuh.

    ReplyDelete
  9. Sesungguhnya aku sayangkan PAS bukan kerana Nik Aziz,bukan kerana Haji Hadi, Bukan kerana Fadzil Noor....sebab org pas adalah manusia biasa yg xlepas drpd melakukan kesilapan..apa yg aku dpt bila sokong PAS??..duit masuk xde..duit keluar lagi ade..tp kenapa aku masih sokong PAS..mungkin aku merasakan PAS satu2ny parti/jammah yg meletakkan al-quran n as-sunnah dlm perlembagaany..bila masuk PAS amalan makin baik...makin rajin solat,makin rajin puasa..pendek kata makin dekat dengan Allah..aku xrasa mcm ni bila bersama2 ngan UMNO...makin lalai ada...apapun mudah2an Allah tunjukkan pada kita yg benar2 itu benar dan yg batil itu batil..mudah2an dpt hidayah dariNya...Sesungguhnya hidupku,matiku hanyalah kerana Allah

    ReplyDelete
  10. salam,

    artikel yg menarik. penulis berkata kalau nak berhujah balik jgn beremosi. bagi sy, penulis membongkar pekung2 sndiri pun dah cara beremosi. pendapat sy, tak perlu pun bagitahu 1 Malaysia yg kamu nak keluar PAS sbb xda dalil (bukan dalih mcm penulis kata) yg PAS ni betul2 bawa Islam. kalau betul2 nak kepastian, tak susah, beli je tiket bus Mutiara takpun transnasional p kelantan, jmp Tok Guru, tny satu persatu soalan yg kamu nak tny. duk menyalak dlm blog, bukan semua pemimpin PAS baca blog pun.. itu lebih afdhal dan baik dr duk tuding sana n sini, ntah betul ke tidak info2 dia bg. kalau betul dia nak hujah scara dalil, so stiap historical isu kena come out dgn reference la, suratkhabar ke, buku ke, arkib mana2 ke..kalau masuk hukum2, bagi la ayat quran yg original, bukan transalation + tafsiran (baca; bukan terjemahan) dan hadith2 bserta takhrijnya sekali, kalau mcm tu baru la adil. jika xda, sama la kamu yg beremosi dan ats faktor tententu keluar PAS. Islam tak rugi apa2 pun kalau sokong mana2 t sikap umat ISLAM yg duk menuduh itu lebih menyedihkan. jd, lu fikirlah sendiri..! kpd tn blogger: jgn jd pak turut ja...nak bg rmai org bc blog n rating up.. itu semua politik bloger..hahaha..

    ReplyDelete
  11. Kepada Anon,April 8, 2011 11:58 AM

    Saya adalah sahabat kepada Dr Rahman. Penulis seorang yang professional. Niatnya menulis adalah untuk membongkar kesesatan PAS agar umat tidak diselewengkan. Dalilnya sudah ada dalam artikel beliau yang terbaru...Part 3.
    Tuan blogger, sila publishkan.

    ReplyDelete
  12. ni lah akibatnya bila dok Oversea dan tak cukup hujah bila berdepan dengan puak2 wahabi.

    oh, sekarang saudara mesti dah tak baca doa qunut, dan tahiyat goyang2 jari.

    apa2 yang orang lain buat lain sikit semua haram.

    biarpun royal di saudi merogol dan membunuh, ulama kat saudi senyap je. sebab bila yang bersuara saja kena tangkap. dan tuan mengambil pendapat itu? bukankah hadis nabi jihad paling besar bercakap benar di depan sultan yang zalim.

    wahabi

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum...
    hmm isu professionalism diiutarakan
    etika sebagai seorang doktor seharusnya tidak mendedahkan perkara2 private tentang pesakitnya.
    samalah seperti kita yg seharusnya menjaga perkara yg patut dijaga.
    adakah dengan anda mendedahkan semua ini akan membantu umat islam sekarang semakin mendekati islam? ataupun hanya membangkitkan kebencian sesama umat islam sendiri?? fikir2kanlah.... orang Pas pn muslim jugak. tak semua muslim itu mukmin, xsemua org pas sama seperti yg anda utarakan. dan x semua ahli pas berpandangan seperti anda. yang penting niat.. dan tak semua muslim di malaysia ini kenal apa Pas sebenar, tp dengan membaca artikel ini mgkin memberi sedikit idea kpd mereka. so think about the outcome??? what will happen next?? :]

    ReplyDelete
  14. betul le tu dia buat... penyakit kena dedah bahaya dan kesannya. Kena dedah cara nak kenal gejala dan prevent dari kena.PAS tu tipu dan penyakit bagi umat Islam. Dia dedah la... Tu lah kerja doktor.. Ko nak pertikai kerja dia ke, bodoh?

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum, saya anonymous April 14.Saya sekadar memberi pendapat sahaja. Perkataan BODOH yg saya dapat :] see the outcome?? umat Islam mula mencaci sesama sendiri. Ini baru dengan membaca blog anda. Saya risau kalau yang membaca artikel ini adalah org yg tidak tahu asal usul perjuangan Islam di malaysia ini atau dalam erti kata lain sejarah. Saya harap mereka2 tersebut juga ada mencari maklumat dari sumber yang lain selain dari artikel ini sebelum membuat penilaian. Pastikan sumber yang sahih dan nilailah dari akal yang waras dan hati yang murni :] Untuk pengetahuan saudara yang mengatakan saya BODOH, sy juga pernah menjadi seorang pelajar perubatan 3 tahun yang lalu. Saya kesal dan agak malu kerana ada bahagian dalam artikel ini mengatakan Dr tersebut terpaksa mengulang kerana gerak kerja jemaah. Sesunggguhnya rezeki lulus atau tidak adalah ketetapan Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.:]

    ReplyDelete
  16. Kepada Anon April 8, 2011 11:58 AM ,

    Tulisan Nashrul dan Dr Rahman ni diambil dari facebook mereka ... kalau dah facebook tu dah tentu untuk tatapan member-2 ... secara kebetulan je artikel di copy paste ... dan kebanyakan fakta adalah betul sebab aku pun pernah bersama-2 dia orang ni ....

    ReplyDelete
  17. KEPADA ANON 11.02 DAN 6:03, SAYA TAHU KERISAUAN ANDA TAKUT ADA ORANG YANG TERPENGARUH KEPADA ARTIKEL INI DAN DAPAT BERFIKIRAN LEBIH RASIONAL.
    JIKA ANDA INGIN MENDEKATI AGAMA BUKANLAH DENGAN JALAN PAS. PAS ADALAH GERAKAN UNTUK MENJATUHKAN SEBUAH KERAJAAN, SAMAADA AGAMA BAGI MEREKA ADALAH LAPEKAN SEMATA-MATA ATAU PEMIMPIN PAS TELAH TERLIBAT SECARA LANGSUNG DENGAN GERAKAN KHAWARIJ.
    SEBAGAI CONTOH, ANDA DAN PAS INGIN AMALKAN ALQURAN DAN SUNNAH, TAPI APA SUNNAH YANG SEDANG DIAMALKAN OLEH PEMIMPIN PAS? APA SUNNAH YANG SEDANG DIAMALKAN OLEH PENGIKUT PAS? TIADA SELAIN SERBAN DAN JANGGUT (IMEJ SAHAJA?). KADANGKALA SERBAN DAN JANGGUT YANG DIPAKAI MEROSAKKAN IMEJ ISLAM KERANA KELAKUAN PEMAKAINYA (MENCARUT,MENGUMPAT,MENGHINA MENGKAFIRKAN DLL) TERHADAP SAUDARA
    SEAGAMA.
    MAKA SUNNAH YANG KONON DIIKUT TELAH MENJADI FITNAH KEPADA AGAMA ITU SENDIRI (ISLAM).
    INGATLAH, AGAMA ISLAM BUKAN UNTUK DIPERTANDINGKAN DIMEDAN POLITIK, AGAMA DATANG UNTUK KITA TEGAKKAN DAN DAKWAH KEPADA SETIAP UMMAT. PERBUATAN MEMEPERJUDIKAN KESUCIAN ISLAM DIMEDAN POLITIK ADALAH PERBUATAN YANG AMAT TIDAK BERTGGUNGJWB. (NAK PERTANDINGKAN ISLAM, KENA BAYAR RM5,6 RIBU SETIAP CALON LIMA TAHUN SEKALI).
    KALAU ANDA INGIN AMALKAN SUNNAH, MAKA TABLIQH LAH JAWABNYA. SAYA BUKAN AHLI TABLIQ, TAPI FAHAM APA YANG MEREKA CUBA SAMPAIKAN.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum, saya anonymous April 14.Saya sekadar memberi pendapat sahaja. Perkataan BODOH yg saya dapat :] see the outcome?? umat Islam mula mencaci sesama sendiri. Ini baru dengan membaca blog anda. Saya risau kalau yang membaca artikel ini adalah org yg tidak tahu asal usul perjuangan Islam di malaysia ini atau dalam erti kata lain sejarah. Saya harap mereka2 tersebut juga ada mencari maklumat dari sumber yang lain selain dari artikel ini sebelum membuat penilaian. Pastikan sumber yang sahih dan nilailah dari akal yang waras dan hati yang murni :] Untuk pengetahuan saudara yang mengatakan saya BODOH, sy juga pernah menjadi seorang pelajar perubatan 3 tahun yang lalu. Saya kesal dan agak malu kerana ada bahagian dalam artikel ini mengatakan Dr tersebut terpaksa mengulang kerana gerak kerja jemaah. Sesunggguhnya rezeki lulus atau tidak adalah ketetapan Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.:]

    NI NK JAWAB KAT BEKAS PELAJAR PERUBATAN YANG BAJET BAGUS TU...

    -memanglah lulus atau tak exam tu rezeki Allah Taala..kalau ko ikut ceramah motivasi derang letak tawakkal last sekali slpas usaha..ko ni mmg hancur la..ckp mcm org xde akal..lantak ko lah nk marah aku ke, ckp aku emo ke..kau fikir logik dan simple je semua org tau..kalau ko duk sibuk bertamrin..dlm kelas ingat tamrin..kompom xfokusnye stadi..tambahan pulak ambik medic..ko ingt senang..leh doa jer..rezeki tu berubah bile kau selitkan dengan usaha..tu yg pnting...aku yakin sebb dia kantoi dan mengulang subjek tu sbb xpi kelas dan sibuk bertamrin yg tak masuk akal..ckp ambik medic..tp berhujah mcm org xsekolah..tp alhamdulillah..aku sedar dan jelas PAS parti yg taasub..semuanye hentam,maki, carut kafir ke umat Islam sendiri...kian

    ReplyDelete
  19. memanglah lulus atau tak exam tu rezeki Allah Taala..kalau ko ikut ceramah motivasi derang letak tawakkal last sekali slpas usaha..ko ni mmg hancur la..ckp mcm org xde akal..lantak ko lah nk marah aku ke, ckp aku emo ke..kau fikir logik dan simple je semua org tau..kalau ko duk sibuk bertamrin..dlm kelas ingat tamrin..kompom xfokusnye stadi..tambahan pulak ambik medic..ko ingt senang..leh doa jer..rezeki tu berubah bile kau selitkan dengan usaha..tu yg pnting...aku yakin sebb dia kantoi dan mengulang subjek tu sbb xpi kelas dan sibuk bertamrin yg tak masuk akal..ckp ambik medic..tp berhujah mcm org xsekolah..tp alhamdulillah..aku sedar dan jelas PAS parti yg taasub..semuanye hentam,maki, carut kafir ke umat Islam sendiri...kian

    >> terima kasih banyak2 :] Semoga Awak dirahmati Allah.

    ReplyDelete
  20. Sebab itu ...jangan terjerat dengan ilmu.Berpeganglah hati kepada tuhan semata-mata.Tuhan menguasai alam dan seisinya.Kita hanya mengikut garapan takdirnya.Ilmu bisa mempermainkan kita.Dengan ilmu pun bisa jadi syirik.Tambah dengan partai.
    Jika perjuangan hanya bersandarkan emosi atau kalah hujah ...itu masih lagi penipuan.
    Maunya ikhlas.....walaupun derita.

    ReplyDelete
  21. pendedahan kedua-dua mum, teruharu dan memang diketahui ukan perkara sahabat ini sungguh meruntun jiwa. tuan telah ditaarbiah semasa di varsiti. namun demikian saya merasa kasihan terhadap anak anak kelantan yang ditarbiahkan sejak di alam sekolah lagi. menjadikan palajar pelajar ini pejuang yang sanggup angkat senjata adalah dalam pengetahuan ibu bapa. namun mereka buat tak apa saja. pas adalah serpihan umno seperti juga semangat 46, perjuangan pas adalah perjuangan politik. nampak sekarang ini semakin terdesak kerana bersekongkol dengan kafir laknatullah. jika nak mendalami islam, sebaik baiknya ikut kumpulan yang kurang menyesatkan, contohnya jemaah tabliq.alhamdulillah saya selamat walaupun dah lama tak join keluar 3 hari. mereka menekankan nilai kekeluargaan lebih dan mengajarkan kita mendidik anak isteri sebelum berdakwah keluar. bagi yang sentiasa keluar dan melupakan tanggung jawab tu, sebenarnya mereka lupa antara ayat yang pertama dan selalu disebut dalam majlis taalim, usrahkan anak isteri kita dahulu. allahualam

    ReplyDelete
  22. pas,umno,pkr semua tu parti politik je.Kalau nak berpegang teguh pada Islam biarlah lahir dari hati yang tulus ikhlas.Masuk umno pun boleh beribadat,masuk pkr pun boleh juga. tetapi carilah parti yang dapat menjaga kebajikan rakyat & Islam serta kedudukan melayu di Malaysia.

    ReplyDelete
  23. Hello, yeah this paragraph is genuinely nice and I have learned lot of things from it regarding blogging.
    thanks. payday loan online direct lender
    Here is my website ; payday loan

    ReplyDelete
  24. Thanks for sharing your thoughts about choreal.
    Regards
    Check out my weblog :: Historical stock Charts

    ReplyDelete
  25. Having read this I thought it was extremely informative.
    I appreciate you taking the time and energy to put this information together.
    I once again find myself personally spending a lot of time both reading and commenting.
    But so what, it was still worth it!
    Feel free to surf my weblog : best penny stocks to buy

    ReplyDelete
  26. Hi there, I enjoy reading all of your post. I wanted to write a little comment to support you.
    Also see my website > affiliation

    ReplyDelete
  27. Greate article. Keep posting such kind of information
    on your page. Im really impressed by it.
    Hello there, You've done a great job. I will definitely digg it and in my view suggest to my friends. I'm sure
    they'll be benefited from this web site.
    Also see my web page - free link building service

    ReplyDelete
  28. Hi, its good piece of writing about media print, we all understand media is a impressive
    source of information.
    Feel free to visit my web page - how to make easy money fast

    ReplyDelete
  29. Its not my first time to go to see this web page, i am visiting this
    website dailly and get fastidious data from here daily.
    Here is my weblog :: binary options affiliate program

    ReplyDelete
  30. This website certainly has all the information I wanted about this subject and didn't know who to ask.
    Also visit my page - casino Slots No deposit bonus

    ReplyDelete
  31. Appreciation to my father who told me concerning this website, this
    website is actually awesome.
    My blog ; day trading blog

    ReplyDelete
  32. Link exchange is nothing else except it is only placing the other person's web site link on your page at suitable place and other person will also do same in favor of you.
    my website: Best Forex platform

    ReplyDelete
  33. saya tetap penyokong PAS biar apa pun hujjah yang diberikan....biaq PAS dikatakan sesat tp isteri pemimpinnya pakai tudung....biar PAS dikatakan perosak, tp rasuah tak pernah dilakukan...biar PAS dikatakan hampas tetapi tidak membaham amanah rakyat...PAS memang agenda politik....apakah tidak sama dengan UMNO...kalau dengan UMNO boleh berlapang dada kenapa tidak dengan PAS....maksudnya penulis dan penyokong BN pun sama je...tak lebih mana pun....

    ReplyDelete
  34. Wahai Umat Muhammad S.A.W! Terutama saudaraku seIslam..., Perkara pertama dilalui ketika hidup adalah untuk mengEsakan Allah S.W.T dari Adam A.S hingga manusia terakhir sebelum kiamat. Kemudian mentaati perintah dan meninggalkan larangan Allah S.W.T. Semua jalan kehidupan akan berjaya hanya dengan cara Nabi Muhammad S.A.W. Sunahtullah untuk semua makhluk ikut aturan Allah....begitu juga kita manusia. Melalui Nabi S.A.W telah ditunjuk cara-cara untuk memerintah dan cara untuk membentuk negara. Pemilihan Saidina Abu Bakar R.A menjadi Amirul Mukminin adalah melalui mesyuarat/halqah para-para sahabat. Tiada undi mengundi dan lobi melobi.Tugas seorang amirul mukminin sangatlah berat kerana sebagai ketua yang harus memikul semua tanggung jawab dari kecil hingga besar. Perkara pertama setalah Nabi S.A.W wafat, Abu Bakar R.A telah menghadapi Ribuan Orang Islam yang murtad dan beliau bejaya menangani masaalah murtad ini dalam tempoh yang singkat sahaja. Dalam isu blog ini...sebenarnya kita semua telah diperdayakan olih Syaitan Laknatullah. 100 tahun dahulu tiada PAS dan UMNO dan mungkin lagi 100 Tahun pun tiada lagi nama UMNO dan juga PAS....Sebenar-benarnya HANYA ALLAH lah yang menjaga agama Islam kita ini, dari dulu sampai kiamat. Kita manusia tiada daya dan upaya. Wasallam.

    ReplyDelete
  35. If you desire to increase your knowledge just keep visiting this website and be updated with the most recent information posted
    here.
    Look at my web blog ; slots online games

    ReplyDelete
  36. I really like your blog.. very nice colors & theme.
    Did you create this website yourself or did you hire someone to do
    it for you? Plz answer back as I'm looking to design my own blog and would like to know where u got this from. cheers

    Feel free to surf to my web-site: work from home opportunities

    ReplyDelete
  37. saya tetap penyokong PAS biar apa pun hujjah yang diberikan....biaq PAS dikatakan sesat tp isteri pemimpinnya pakai tudung....biar PAS dikatakan perosak, tp rasuah tak pernah dilakukan...biar PAS dikatakan hampas tetapi tidak membaham amanah rakyat...PAS memang agenda politik....apakah tidak sama dengan UMNO...kalau dengan UMNO boleh berlapang dada kenapa tidak dengan PAS....maksudnya penulis dan penyokong BN pun sama je...tak lebih mana pun....

    ..................................
    jangan emo sdr..
    Bukan tak mau berlapang dada..

    Tak rasuah?
    apa kes 2 ngeh ngot dengan balak?
    Apa cerita ladang nik ajis suami isteri?

    sekadar jawapan contoh..

    Hudud cuma 0.0001% dan tak perlu tergesa gesa.. siapa cakap tu?
    Negara IIslam tak ada pun dalam alQuran.. siapa yang cakap tu?

    Ini buka soal bertudung atau tidak bertudung, ini melibat soal akidah dan dosa yang lebih besar fdaripada tidak memakai tudung ...

    Sudah sampai masanya perkataan Islam itu diharamkan daripada digunakan oleh mana mana parti politik ... kerana akhirnya Islam itu menjadi mangsa politikus politikus yang rakus mengejar kuasa semata mata .. Islam dijadikan produk untuk melariskan parti parti politik, ibarat Islam itu dijadikan produk MLM oleh pengedar pengedar Melayu, ini Islam , ini bla bla sedangkan niat mereka tak lebih sekadar hendak melariskan produk .. aku lebih respek Tabligh dan al Arkam dalam bab hendak menybarkan syiar Islam...

    ReplyDelete
  38. Jgn percaya dgn hujah pjg lebar ni..berlagak mcm otai. POORAH. Kalau nkau terus duduk dlm Paspispus lg bagus. Nk promote diri ke..konon2 blh jd ayam laga utk lwn paspispus pulak..
    Buat semak blog ni je.
    Cara NADI kempen dlm UM thn 1995 masih sama cara yg Pas amalkan sekarang. Tiada idealisme kecuali mfitnah.. Aku pun dok um jugak.. puak Nadi siap nak belasah aku sbb ambik calon JkP budak kelantan yg pro BmB. Menfitnah calon pro BmB mcm Yahudi.
    Yg buat kerja sebar fitnah awek2 tudung labuh muncung longkang.. Diaorang Kamtoi dgn aku sbb ada sorang budak asasi yg suci hatinya tak sanggup simpan fitnah krn tharu dgn keikhlasan calon PRO BMB dan ceritakan sambil teresak2 apa yg mrk sampaikan dlm usrahfitnah tu.
    Kalau org camni masuk dlm organisasi pemerintah skrg maksudnya virus akan menular lg. Cukup2 la.
    Hati2 dgn org2 yg dh sebati dgn usrah fitnah camni kalau dh insaf tinggalkan terus politik.. Anjing yg makan tahi kalau jumpa lg sekali kalau dia tak makan pun mesti diciumnya.

    ReplyDelete
  39. BERSATU ISLAM SEJAGAT, BERSATU ISLAM BERSAUDARA, ASSIDQU, ALAMANATU, ALTABLIGHU, ALFATONATHU......

    ReplyDelete
  40. Pelik pula bunyi ahli PAS yang mengatakan bila bersama PAS mereka rajin solat, kemasjid dsbnya,tetapi lalai amalan bila bersama UMNO. UMNOkah yang buat anda lalai atau anda yang lebih terleka kerana terbuka kepada keasyikan duniawi? Ramai dikalangan ahli UMNO yang tak kurang waraknya! tetapi siapalah kita yang nak mengukur warak, atau tidak, beriman dengan luhur atau tidak, atau masuk syurga atau neraka? Islam orang Melayu kalau setakat memandai-mandai menilai iman atau tidaknya orang lain adalah Islam dangkal dan hipokrit! Itulah sebabnya kadangkala bila seseorang rasa dirinya "lebih" beramal atau beriman, mulalah timbul riak dan Allah tiada memberi yang terbaik pada mereka walaupun di dunia. Janganlah letakkkan pada parti politik untuk menentukan samada anda lebih atau kurang beragama! Yang sepatutnya menakutkan orang Melayu Islam sekarang, ialah fahaman agama yang sangat mengelirukan! seperti, orang perempuan yang menutup aurat fizikalnya tetapi tidak takut berzina dan bergaul tanpa batas dengan bukan muhrimnya, menipu, cilok dalam pekerjaan, tidak amanah dsbnya. Orang lelaki Muslim Melayu yang berpewatakkan alim, berjubah, berkopiah tetapi menjadikannya topeng untuk berbuat maksiat! pemalas, makan hasil perempuan, tidak mampu berfikir jauh, tidak intelek, tinggi emosi, ego tak bertempat, dayus pada agama dan bangsa, dan berfikiran cetek! Kalaulah benar-benar ahli PAS semuanya mengikut ajaran dan beriman pada Allah ,Kelantan tidak semundur hari ini! Jadi hentikanlah berlakon menggunakan agama. Muhasabahlah dan mohon sentiasa dilindungi Allah pada perkara yang menjahanamkan umat Islam setiap masa. Amin!

    ReplyDelete
  41. Pelik pula bunyi ahli PAS yang mengatakan bila bersama PAS mereka rajin solat, kemasjid dsbnya,tetapi lalai amalan bila bersama UMNO. UMNOkah yang buat anda lalai atau anda yang lebih terleka kerana terbuka kepada keasyikan duniawi? Ramai dikalangan ahli UMNO yang tak kurang waraknya! tetapi siapalah kita yang nak mengukur warak, atau tidak, beriman dengan luhur atau tidak, atau masuk syurga atau neraka? Islam orang Melayu kalau setakat memandai-mandai menilai iman atau tidaknya orang lain adalah Islam dangkal dan hipokrit! Itulah sebabnya kadangkala bila seseorang rasa dirinya "lebih" beramal atau beriman, mulalah timbul riak dan Allah tiada memberi yang terbaik pada mereka walaupun di dunia. Janganlah letakkkan pada parti politik untuk menentukan samada anda lebih atau kurang beragama! Yang sepatutnya menakutkan orang Melayu Islam sekarang, ialah fahaman agama yang sangat mengelirukan! seperti, orang perempuan yang menutup aurat fizikalnya tetapi tidak takut berzina dan bergaul tanpa batas dengan bukan muhrimnya, menipu, cilok dalam pekerjaan, tidak amanah dsbnya. Orang lelaki Muslim Melayu yang berpewatakkan alim, berjubah, berkopiah tetapi menjadikannya topeng untuk berbuat maksiat! pemalas, makan hasil perempuan, tidak mampu berfikir jauh, tidak intelek, tinggi emosi, ego tak bertempat, dayus pada agama dan bangsa, dan berfikiran cetek! Kalaulah benar-benar ahli PAS semuanya mengikut ajaran dan beriman pada Allah ,Kelantan tidak semundur hari ini! Jadi hentikanlah berlakon menggunakan agama. Muhasabahlah dan mohon sentiasa dilindungi Allah pada perkara yang menjahanamkan umat Islam setiap masa. Amin!

    ReplyDelete
  42. senang saja nak menilai sama ada parti itu benar2 memperjuangkan Islam.Bukan dari segi pakaian mereka,berserban, berkupiah berjubah dsbnya. Kita lihat dari pendirian mereka tidak terlalu taksub. Mereka akan lebih rela membelakangkan segala2-nya berkawan/berkerjasama dengan orang seagama dan sebangsa dengan mereka. Bukannya dengan puak agama lain yang terang-terang membenci dan memusuhi Islam. Bukalah mata dan mata hati kita luas2. Jangan terpedaya dengan gaya mereka bertopengkan pakaian Islam.Padahal kalau dinilai betul-betul tahukah kamu perumpamaan "ALIM KUCING" kalau orang fasik pun dipakai pakaian jubah dan serban besar pasti orang percaya mereka alim...
    padahal kebanyakan mereka adalah kucing2 belaka yang tiada berilmu menunggu masa menerkam mangsa....

    ReplyDelete
  43. Hі there, You haѵe done аn incredible job.
    ӏ'll certainly digg it and personally suggest to my friends. I'm сonfident they will be benеfited from this website.


    my sіtе; payday loans

    ReplyDelete
  44. Great deliverу. Outstаnding arguments.
    Keep up the great ωoгk.

    Mу page: Same Day Payday Loans

    ReplyDelete