Peniaga dan pembuat kek lapis Sarawak, Fatimah Ali menunjukkan kek lapis Barisan Nasional yang di jual di gerainya di Pasar Malam Seberkas.
Kek lapis yang setiap satu seberat 600 gram mengambil masa selama tiga hari untuk disiapkan.
Menurutnya jualan kek lapisnya semakin meningkat kerana ramai orang dari luar tiba di Miri kerana pilihan raya negeri Sarawak ke-10 ini.
Kek lapis ini dijual mengikut saiz antara RM15 hingga RM20 setiap satu. Fatimah memulakan perniagaannya dari jam dua petang hingga sebelas malam setiap hari. -BERNAMA
No comments:
Post a Comment