KP UMNO Negeri PP Hero Rakyat! Gambar-Gambar Beliau 'Bersemuka' Dengan LGE Musibat! (update with news)

AS ucapkan syabas diatas keberanian Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Ir. Shaik Hussein Mydin bersemuka dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng berhubung isu janji DAP untuk menghapuskan Tol di Laluan Sungai Nyor, Seberang Jaya di sini dan isu berhubung penganjuran pertemuan paderi didakwa menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan ketika ketua menteri itu mengadakan sidang media selepas merasmikan projek pembinaan jalan penghubung yang menghabiskan duit rakyat RM5.7 Juta (rujuk entry AS sebelum ini di SINI) di Jalan Bagan, Taman Bagan.

Tahniah Shaikh, keberanian anda memang dipandang tinggi. Semenjak anda dilantik menjadi ketua pemuda negeri 3 bulan yang lalu, anda begitu agresif dalam melawan penindasan dan penipuan LGE, ketua Menteri paling celaka dalam sejarah.

Kami Pemuda Pulau Pinang tetap berdiri gagah dibelakang anda!
LGE Terus Putar!
Orang Pertama "Beramah Mesra' dengan KM
LGE Muka Nak Teriak Dimalukan Depan Rakyat Di Kawasan Parlimennya Sendiri
Sahabat AS, Shahril antara yang dibawa Ke Balai Untuk Beri Keterangan Terhadap Polis

BUTTERWORTH: Belum pernah berlaku pada sidang media Lim Guan Eng, Pemuda UMNO Pulau Pinang dapat bersemuka dengan Ketua Menteri untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri yang gagal menunaikan janji pilihan raya umum lalu.
Bagaimanapun, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin, mendapat peluang itu ketika Guan Eng mengadakan sidang media selepas merasmikan pembukaan jalan penghubung di Jalan Bagan 29/Jalan Siram, semalam.
Shaik Hussein yang juga Ketua Pemuda UMNO Bagan tidak melepaskan peluang untuk mempersoalkan kenapa Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, tidak menunaikan janji untuk menghapuskan tol Sungai Nyiur jika dapat memerintah negeri ini.
Sambil mengalu-alukan kerajaan negeri membina jalan alternatif kepada penduduk bagi mengelak dikenakan tol, Shaik Hussien berkata, Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu menunaikan janji kepada rakyat ketika kempen pilihan raya lalu.
Bagaimanapun, Guan Eng dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan negeri, Lim Hock Seng, mendakwa mereka tidak berjanji, sebaliknya meminta bukti daripada Shaik Hussein.
"Kalau berjanji mesti tunaikan dan sekarang mesti mengakui sudah silap membuat janji. Lain kali, jangan berjanji kalau tidak dapat tunaikan," kata Shaik Hussein yang turut memperkenalkan dirinya kepada Guan Eng.
Pada kesempatan itu, Shaik Hussien mencabar Guan Eng supaya mengambil tindakan ke atas Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun atau Jeff Ooi, yang dikatakan menganjurkan majlis perjumpaan paderi seluruh Malaysia di sebuah hotel di Georgetown, beberapa hari lalu, yang membincangkan menjadikan Kristian agama Persekutuan dan melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.
Guan Eng pula mencabar supaya tindakan diambil ke atas Utusan Malaysia kerana menyiarkan berita berkenaan yang dianggapnya sebagai satu fitnah.
"Kalau berita itu benar, ambil tindakan ke atas Jeff Ooi, dan kalau berita palsu, ambil tindakan ke atas dua blog yang menyiarkan laporan itu," kata Shaik Hussien kepada Guan Eng yang bangun dari sofa dan menuju kenderaan rasminya sebelum meninggalkan majlis.
Shaik Hussien juga turut bersalaman dengan Guan Eng dan Hock Seng dan mengiringi Ketua Menteri ke kenderaan rasmi.
Terdahulu, kira-kira 100 penduduk sekitar Taman Bagan terutama anak muda mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah kerana kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji untuk menghapuskan tol Sungai Nyiur dan isu menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan.
Demonstrasi bermula sebaik Guan Eng melakukan perasmian jalan penghubung itu. Beberapa sepanduk turut dibawa untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka.
Tiada kekacauan dilaporkan berlaku tetapi polis menahan lima orang peserta demonstrasi bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketika kempen pilihan raya umum lalu, pakatan pembangkang berjanji akan menghapuskan kutipan tol jika menang pilihan raya. Bagaimanapun, kerajaan negeri gagal menunaikan janji dengan alasan kutipan tol di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat.
Sebagai alternatif bagi membolehkan penduduk sekitar mengelak membayar tol, kerajaan negeri membina jalan sepanjang satu kilometer dengan kos RM5.7 juta termasuk bayaran pengambilan balik tanah.

8 comments:

  1. syabas KP UMNO PP... baru anak jantan. KJ apsal tak melalak dekat LGE ni? kat sri pehin tahu pulak melalak...

    ReplyDelete
  2. 786 pun 786 lah, janji Muslim pejuang hak melayu.. hehe

    apapun , tahniah KP Negeri.

    ReplyDelete
  3. KP UMNO PP lepas ni boleh dicalonkan sebagai KP UMNO Malaysia. KJ tak ada telor!!!

    Tahniah!! Hentam aja Cina LGE Laknat tu!!

    ReplyDelete
  4. La... ingatkan MIC

    ReplyDelete
  5. Hey, orang PAS buka mata la Sikit.
    DAP terang-terang Menbelakang dan memperbodohkan org melayu.
    Jangan ikut Perangai NIK AZIZ.
    NIK AZIZ, jilat bontot DAP

    ReplyDelete
  6. Cina semakin kurang ajar bermula dari TUN DOL BODOHWI + KJ KITOl

    ReplyDelete
  7. Ini melayu ke? Cuba buka mata sikit, macamana rupa dan kulit orang melayu. Jangan2 KP ni balik rumah cakap tamil..............

    ReplyDelete
  8. muka macam rajinikanth je...pasti ke melayu tu??hahahah

    teman bukan nak mengata dia...tapi pasal umno ni wujud berdasarkan kaum...tu teman tanya...

    la ni...kalau tengok dalam umno...ramai yang muka bukan pure melayu...tengok dari jauh, dari dekat sama je macam sami vellu...

    boleh disimpulkan, melayu semakin pupus dalam UMNO digantikan oleh bangsa baru....india yang menyamar melayu...wakakakaka


    hero rakyat???? KAH KAH KAH KAH

    HERO TAMIL???lebih tepat

    ReplyDelete