“Artis ini tak sumbang apa-apa pun sepanjang hampir lima tahun menginap di pusat ini. Dia cuma bagi belanja makan dan minum untuk diri sendiri saja,” kata Pengerusi Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Datuk Yunus Pathi, ketika meluahkan kekecewaannya terhadap penyanyi popular Jamal Abdillah, 52.
Menurut Yunus, walaupun menggunakan pelbagai kemudahan di pusat itu sepanjang lima tahun lalu, tidak banyak sumbangan diberikan Jamal kepada Pengasih sedangkan dia seorang artis popular.
“Saya tahu dia banyak duit tapi kalau nak minta...sorry.’ Terpulanglah kepada dia sendiri menyumbang,” katanya.
Menurutnya, Jamal yang nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali boleh dianggap memecahkan rekod sebagai penghuni paling lama menginap di Pengasih tanpa dikenakan bayaran yang sepatutnya.
Yunus berkata, tempoh penghuni yang menjalani pemulihan dadah di pusat itu dikategorikan kepada tiga kategori iaitu tiga, enam bulan dan setahun sebelum dibenarkan keluar bagi memulakan kehidupan baru
penagih dan pegasih saling perlu memerlukan..dulu pengasih yg benor nk jaga jamal smpai jamal buat konsert apa jea pegawai yg follow jamal..
ReplyDeletekamu jamal xkenang budi orang..ate ce kamu pikior masak2 ase usul kamu..bior bebeno le kamu,ulo2 aje le kat deme tu....'ORG LAME KG.BAHAGIA'
ReplyDelete