Tanah milik Melayu Pulau Pinang ‘mengecil’. Yang Pastinya LGE Salah Satu Penyebab!

Entry kali ni AS bawakan untuk kita bermuhasabah kenapa tanah milik orang melayu makin kurang terutamanya di Pulau Pinang. Selain dari sebab musabab yang dinyatakan di bawah, AS pasti peranan Lim Guan Eng celaka juga sungguh signifikan dalam hal ini.

Jika kita lihat semasa BN memerintah Pulau Pinang, Portfolio perihal Tanah dipegang oleh exco orang melayu iaitu Timbalan Ketua Menteri pada masa itu, Datuk Seri Abdul Rashid Bin Abdullah.

Salah satunya ialah isu tanah wakaf di Pulau Pinang, kerajaan negeri DAP telah membuat beberapa sekatan didalam pemilikan tanah wakaf yang selama ini diurus tadbir oleh majlis agama islam negeri (MAIPP). Dasar ini tentunya dibuat oleh Lim Guan Eng yang merupakan exco menguruskan hal ehwal pentadbiran tanah di P.Pinang.

Jika dibawah kerajaan BN dahulu, MAIPP memperolehi tanah wakaf melalui serah milik oleh pihak yang berniat untuk mewakafkan tanah dan juga beri milik tanah oleh kerajaan negeri setelah pembelian tanah untuk diwakafkan dibuat oleh MAIPP.

Tanah-tanah wakaf yang diperolehi biasanya akan dinamakan dibawah agensi-agensi MAIPP dan digunakan untuk tujuan-tujuan wakaf seperti mendirikan sekolah-sekolah agama dan juga pembinaan masjid.

Tetapi di bawah pemerintahan Lim Guan Eng, beri milik tanah oleh kerajaan negeri sudah tidak wujud lagi. Prosedur yang selama ini digunapakai didalam perolehan tanah wakaf juga diubah dan disekat supaya menyukarkan pengurusan tanah wakaf oleh MAIPP.

Tanah wakaf yang sepatutnya dinamakan diatas MAIPP dahulunya, kini tidak lagi dibenarkan untuk berbuat demikian. Setiap tanah wakaf baru dibawah kerajaan negeri Lim Guan Eng pula diwajibkan daftar dibawah SSI ( State Secretary Incorporated). SSI ialah sebuah syarikat GLC yang ditubuhkan oleh Lim Guan Eng bertujuan untuk menghapuskan sedikit demi sedikit hak milik tanah wakaf melayu secara sistematik di Pulau Pinang.

Sepatutnya tanah wakaf dipindah keatas nama MAIPP terlebih dahulu dan seterusnya ia akan dikelaskan dibawah tanah wakaf. Tetapi kini semua tanah wakaf ingin diuruskan oleh kerajaan negeri DAP. Nampak dak agenda Lim Guan Eng untuk menyonglap semua tanah wakaf orang melayu?

Ada satu kes di Kampung Aman, Pokok Sena Pulau Pinang yang membabitkan tanah seluas lebih kurang 2 ekar. Semua pengambilan dan pembayaran telah dibuat oleh MAIPP untuk menjadikan tanah tersebut sebagai tanah wakaf. Apabila tiba masa untuk proses penukaran nama tanah kepada MAIPP, kerajaan negeri DAP tidak membenarkan. Tanah tersebut telah didaftarkan dibawah kerajaan negeri dan juga didalam daftar senarai SSI.

Jika keadaan ini berterusan, mungkin selepas ini tanah wakaf tidak akan wujud lagi di Pulau Pinang. Tanah wakaf adalah merupakan sebagai satu "security" kepada masyarakat melayu/islam di masa hadapan. Jika ini pun hendak dirampas oleh kerajaan negeri DAP, maka akan telanjang bulatlah melayu Pulau Pinang suatu hari nanti.

Tanah milik orang Melayu di negeri ini dikatakan mengalami ‘pengecilan’ akibat digadai kepada bukan bumiputera atas pelbagai sebab, termasuk sikap orang Melayu yang suka berhutang.

Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Nik Haslinda Nik Hussain berkata, ‘pengecilan’ itu sudah berlaku beberapa tahun lalu ekoran tiadanya kesedaran daripada orang Melayu sendiri mengenai pentingnya hak itu dipertahankan.

“Mengikut kajian yang saya lakukan, ‘pengecilan’ ini berlaku sudah lama. Banyak faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku antaranya dasar yang telah dibuat, selain sikap orang Melayu yang suka berhutang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurutnya, proses berhutang dengan pekedai bukan bumiputera itu bermula dengan hanya menggunakan buku tiga lima dan ia boleh sampai ke tahap tergadainya tanah.

“Mungkin ia remeh, tetapi itulah realitinya kerana dengan berhutang setiap hari dan mencatatnya dalam buku tiga lima, lama kelamaan hutang itu akan jadi banyak.

“Hutang boleh mencapai sehingga tidak mampu dibayar kepada pemiutang dan dengan itu hanya tanah yang boleh digadai bagi membayar hutang,” katanya.

Katanya, beberapa tanah di negeri ini telah tergadai di tangan pemaju bukan bumiputera termasuk di Bukit Kechil, Balik Pulau dan masing-masing Kampung Jalan Pokok Asam dan Kampung Tengah di Jelutong.

Menurut Nik Haslinda, selain sikap suka berhutang, orang Melayu juga dilihat mudah ‘gelap mata’ apabila menerima tawaran tinggi selain kurang pengetahuan mengenai hak milik tanah yang membolehkan mereka ditipu oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Banyak kes yang saya temui adalah kes ‘Ali Baba’ iaitu orang tengah digunakan terutama orang Melayu untuk membeli tanah orang Melayu kerana tanah wakaf, hanya orang Melayu yang boleh beli dan jika kaum lain ingin mendapatkannya, mereka akan menggunakan orang tengah untuk membelinya.

“Namun perkara ini boleh dielak jika pemilik tanah itu berpengetahuan dan pelaksana iaitu badan berkuasa seperti Pejabat Tanah dan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) menjalankan kerja dengan betul dan amanah,” katanya.

Nik Haslinda berkata, selain itu, sikap pemaju yang 'kapitalisme' dengan membangunkan perumahan berharga tinggi mencecah ribuan ringgit memburukkan lagi keadaan apabila ia tidak mampu dimiliki oleh orang Melayu.

“Mereka buat bangunan berharga puluhan ribu ringgit. Orang kita tidak mampu untuk memilikinya sedangkan harga tanah yang dibeli tidaklah setinggi mana.

“Yang rugi adalah orang kita dan ini juga menyebabkan orang Melayu banyak berhijrah ke Seberang Perai kerana sudah kehilangan tanah untuk didiami,” katanya.

No comments:

Post a Comment